Tokkebi merupakan salah sebuah hidangan yang amat popular dikalangan anak muda sekarang. Didalamnya terdapat sosej dan diluarnya adalah kentang. Walaupun ianya amat popular, tahukah anda caranya amat mudah untuk disediakan?

Kali ini kami sediakan resepi tokkebi khas buat anda semua! Bolehlah anda sediakan tokkebi sebanyak mana yang anda suka!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Eka Zahra dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Tokkebi

Resepi Tokkebi

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 batang sosej (guna inti cheese pun boleh)
  • 500 gram kentang goreng sejuk beku
  • 6 batang cucuk sate
  • Topping ikut citarasa

Bahan pencelup:

  • 3 sudu makan tepung goreng serbaguna (Bestari pedas)
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 60-75 ml air

Cara penyediaannya:

  1. Rebus sosej separuh masak. Angkat dan toskan. Keringkan dgn tisu dapur kemudian cucuk dgn cucuk sate. Ketepikan.
  2. Potong-potong french fries bentuk dadu kecil.
  3. Campurkan semua bahan pencelup hingga menjadi adunan yang pekat seperti gam.
  4. Oleskan sosej dgn bahan pencelup kemudian salut dgn potongan french fries. Tekan-tekan supaya melekat elok.
  5. Goreng dengan minyak banyak  (deep fried) hingga kecoklatan.
  6. Letakkan topping ikut suka (sos cili/tomato, mayonis, parutan keju, keju leleh)

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .