Nando’s merupakan jenama terkenal dalam kalangan penggemar ayam. Siapa yang tidak tahu mengenai pelbagai perasa ayam yang terdapat di Nando’s. Sejak tahun 1998, Nando’s telah menjadi tempat pilihan untuk menjamu selera sama ada ketika bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Hidangan ayam di Nando’s juga diinovasikan dari resepi-resepi kegemaran ramai menjadikannya tempat pilihan bagi peminat ayam.

Bagi penggemar ayam Nando’s, anda pasti tahu mengenai sos yang disajikan mengikut aras kepedasan dan citarasa anda. Antara sos yang disajikan terdiri daripada Lemon & Herb, Mild, Hot, Extra Hot dan Vusa XXHot. Sos ini boleh diletakkan pada ayam, burger, pita serta banyak lagi hidangan lain.

Bagi peminat ayam Nando’s, anda pastinya tahu mengenai ayam PERI-PERI panggang yang diinspirasikan dari sajian Portugis. Ayam ini juga mempunyai perisa yang lazat dan menyegat. Suasana kedai yang berwarna-warni diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya Afrika Selatan yang merupakan negara asal Nando’s. Bagi peminat Nando’s, anda pastinya teruja dengan edisi terhad yang akan dilancarkan. Jom tengok edisi terbaru ini.

Promosi Nando’s

Pada Mei 2022, Nando’s Malaysia telah memperkenalkan perisa paling menyengat yang diberi nama Vusa XXhot. Sama seperti nama yang diberi, perisa ayam ini kaya dengan rasa pedas yang pastinya akan menjadi kegemaran mereka yang menyukai makanan pedas. Perasa pedasnya akan menjadi cabaran bagi mereka yang ingin mencuba!

Nama Vusa dalam Bahasa zulu membawa maksud “keseronokan dan api.” Oleh itu, penggemar-penggemar Nando’s pastinya dapat merasai pengalaman ini apabila mencuba menu terbaru. Vusa XXHot ini juga diperbuat menggunakan resepi tradisional yang terdiri daripada kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih.

Menu Nando’s juga sesuai dinikmati oleh pelbagai usia. Jangan risau untuk datang ke sini bersama anak-anak dan ibubapa anda untuk mencuba menu baru ini. Ramai rakyat Malaysia pada masa kini yang gemar dengan makanan pedas dan sedap. Oleh itu, perisa terbaru yang kaya dengan rasa pedas dan menyengat pastinya menjadi pilihan anda.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba sendiri menu baru yang terdapat di semua cawangan Nando’s. Vusa XXHot meal merupakan potongan ¼ ayam, dua hidangan sampingan dan satu minuman bottomless pada hanya RM27.90. Sebagai tambahan sajian itu, anda akan juga dapat menikmati Frozen Yogurt Bottomless pada harga RM2.90! yang disajikan di cawangan terpilih.

Cabaran Menarik Nando’s

Menariknya lagi, anda bukan sahaja dapat menikmati menu baharu, anda juga dapat menyertai cabaran #VusaXXHot! yang dijalankan pada 11 Jun 2022. Nando’s Malaysia akan menganjurkan ekstravaganza media sosial bagi semua penggemar sajian pedas. Anda boleh hadir di mana-mana restoran Nando’s untuk menikmati empat kepak dan drumet perisa Vusa XXHot dalam masa tiga minit ke bawah. Rakamkan aksi anda menyahut cabaran hangat penuh keenakan ini dan tag @NandosMY serta  #VusaXXHotDay di laman Facebook, Instagram atau TikTok anda.

Tiga video terpilih yang diupload menggunakan hashtag ini akan memenangi 50 baucar hidangan Nando’s setiap satu! Pastikan anda telah mengikuti media sosial Nando’s untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut. Komplikasi video-video untuk meraikan kesemua peserta yang menyertai cabaran ini juga akan turut diupload di media sosial Nando’s.

Nando’s telah membuka restoran di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Sejak itu, ramai yang mula meminati perisa ayam serta menu yang terdapat di Nando’s. Kini, terdapat 73 restoran Nando’s di seluruh dunia. Nama Nando’s mula meningkat naik setelah resepi ayam PERI-PERI panggang yang lazat. Kini, Nando’s Malaysia telah melancarkan perisa baru yang paling menyengat bagi peminat makanan pedas. 

Jangan lupa untuk datang ke restoran Nando’s yang terdapat di tempat tinggal anda. Jom sama-sama kita raikan hujung minggu dengan menikmati makanan lazat di Nando’s sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Nikmati Vusa XXHot Meal Nando’s yang kini boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022.  Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan baru dengan kepedasan maximum ini.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh pergi ke website www.nandos.com.my atau ikuti Nando’s Malaysia di www.facebook.com/NandosMY

Promosi Menarik Lain

Promosi lain yang menarik seperti:

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.