GrabPay adalah salah satu penyedia utama e-wallet Malaysia. Ia menawarkan kemudahan untuk membayar perkhidmatan harian seperti bil, barangan runcit, makanan, perkhidmatan tunggangan, ulang nilai prabayar dan banyak lagi. Semuanya dalam satu aplikasi. Anda juga akan mendapat mata GrabRewards untuk setiap transaksi yang anda buat dengan GrabPay. 

Anda boleh menggunakan aplikasi grabpay ini di mana-mana kedai yang boleh menggunkan aplikasi ini. Sebagai contoh, Mcdonald, KFC, Tealive, Speedmart, 7 Eleven dan banyak lagi. Grabpay dapat mempercepatkan masa pembayaran dan juruwang tidak lagi akan salah memberi wang baki.

Grabpay juga akan membuat promosi bagi pelanggan untuk memesan barang atau makanan. Salah satunya adalah diskaun Mcdonald.

Jom dapatkan promosi Grabpay yang terkini.

Promosi Grabpay x Mcdonald

promosi grabpay

Imej via Facebook

Mcdonald telah berkolabarasi dengan grabpay untuk membuat promosi diskaun sebanyak RM5 setiap pembelian satu resit RM25 dan ke atas. Anda boleh menggunakan grabpay untuk membayar pesanan yang dibuat oleh anda. Jika pembelian anda lebih daripada RM25, anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM5 dalam satu resit.

Menarik, bukan? Bagi pelanggan yang suka membeli Mcd dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi grabpay, ia satu peluang yang bagus untuk berjimat. Namun ada syarat-syaratnya.

Terma dan syarat

-Tawaran ini sah dari 9 Mac 2020 sehingga 15 April 2020

-Sah untuk 2 penebusan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh promosi.

-Boleh diguna di Kaunter Dine-In, Kiosk Pesanan Sendiri, Drive-Thru, Pusat Makanan Pencuci Mulut / Kios dan McCafe / Express untuk pembayaran menggunakan GrabPay sahaja.

-Tidak boleh digunakan untuk penghantaran makanan atau grabfood.

-Minimum pembelian RM25

-Tawaran ini boleh didapati di semua cawangan Mcdonald

-Tawaran tidak sah dengan mana-mana promosi.

-Tawaran ini tidak boleh ditukar kepada tunai

-Tawaran ini adalah terhad kepada 140,000 penembusan pertama sahaja

-Jumlah bayaran balik akan mengecualikan rebat GrabPay dengan setiap transaksi yang dibuat yang akan dikreditkan ke dalam akaun GrabPay anda.

-Grab berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma dan syarat mengikut budi bicaranya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya berlaku pertikaian secara langsung atau tidak langsung dari promosi, keputusan Grab adalah muktamad.

-Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau dalam promosi berkaitan akan dirujuk ke bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Jangan tunggu lagi, cepat muat turun aplikasi Grabpay untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 di mana-mana cawangan restoran Mcd. Bagi yang sudah ada aplikasi ini boleh terus pergi ke Mcd untuk membuat pesanan dan mendapatkan diskaun.

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke sini.

Promosi lain

Selain promosi GrabPay, jom cuba promosi menarik lain juga.

Penulis: aqirah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.