Coolblog telah mengeluarkan edisi baru minuman yogurt hasil kalobarasi bersama jenama snek terkenal di Malaysia iaitu Amazin’ Graze. Edisi ini juga dilancarkan sempena menyokong Pink Oktober iaitu kempen kesedaran mengenai kanser payudara yang diadakan pada Oktober setiap tahun.

Hasil inovasi terhadap minuman di Coolblog, terciptalah siri Cool Amazin’ Yogurt yang terdiri daripada tiga perisa smoothie yogurt yang enak dan menyegarkan iaitu Merry Mango, Blueberry Bliss dan Strawberry Swirl.

Ketiga-tiga perisa smoothie adalah berasaskan yogurt, dimana kini menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia. Tak cukup dengan itu, setiap perisa juga mempunyai rasa manis yang seimbang agar rasa sebenar buahnya menyerlah.

Anda pasti tertanya-tanya rasa setiap minuman untuk edisi ini sebelum membuat pilihan untuk membelinya. Jangan risau, kami memberi sedikit gambaran terhadap rasa minuman yang bakal anda nikmati.

Bagi Smoothie Merry Mango, rasa yogurt mangganya memang lemak berkrim dihiasi pula dengan puri mangga yang enak dan manis di atasnya. Blueberry Bliss pula adalah minuman smoothie yogurt berasaskan blueberi segar yang sedikit masam, digandingkan dengan puri blueberry di atasnya.

Perisa Strawberry Swirl pula sesuai untuk mereka yang menyukai gandingan dua buah. Hal ini kerana smoothie strawberri segar diletakkan puri mangga yang enak di atasnya. Tak cukup satu perisa, apa kata anda cuba kesemuanya. Pasti memuaskan hati dan melegakan tekak anda!

Coolblog sebagai jenama tempatan yang sering mengutamakan kegembiraan terhadap pelanggannya telah berkalobarasi dengan jenama tempatan iaitu Amazin’ Graze untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

Pelanggan kini boleh mendapatkan smoothie yogurt bersama granola di cawangan Coolblog yang terpilih. Gabungan minuman dan snek yang sedap ini sempurna untuk anda dan pasti membuatkan anda bersemangat dan seronok untuk menjalani hari tersebut.

Harga setiap perisa memang berbaloi dan mampu milik iaitu hanya RM 11.90 untuk Blueberry Bliss manakala RM 10.90 untuk Merry Mango dan Strawberry Swirl.

Sebagai langkah menyokong kempen Pink Oktober, RM 1 pada setiap pembelian Strawberry Swirl akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Langkah ini merupakan inisiatif berterusan Coolblog untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dari segi pendidikan, penjagaan dan sokongan terhadap penghidap kanser ini.

Bukan itu sahaja, disebabkan kebanyakan pelanggan Coolblog adalah wanita bersama kelompok pasukan yang diketuai oleh wanita, Coolblog juga telah menjalinkan kerjasama dengan BookDoc untuk menawarkan diskaun khas bagi pakej pemeriksaan kesihatan wanita melalui laman web BookDoc.

Secara tidak langsung, kerjasama ini dapat memperkasakan komuniti Wanita khususnya pada bulan Pink Oktober ini.

Namun promosi Cool Amazin’ Yogurt terhad bermula 1 Oktober 2022 hingga 24 November 2022. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya di semua cawangan Coolblog di seluruh Malaysia dan menyokong kempen Pink Oktober!

Nak maklumat lanjut atau promosi terkini Coolblog? Layari laman berikut:

Laman web rasmi: CoolBlog Malaysia

Facebook: Coolblog Malaysia

Instagram: Coolblog Malaysia

Hashtag rasmi: #CoolBlog #CoolAmazinYogurt #StayInLoveWithCoolblog

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.