Nasi kandar boleh dikatakan adalah menu yang sangat terkenal di Pulau Pinang. Kata orang, kalau datang Penang,tidak cuba nasi kandar kiranya tidak sahlah kunjungan anda tersebut.

Terdapat pelbagai kedai nasi kandar di Pulau Pinang. Contohnya seperti Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Kayu dan banyak lagi. Semua ini adalah antara nasi kandar yang sedap di Penang.

 

Nasi Kandar Sedap Di Penang

Antara yang berada dalam carta, nasi kandar Deen Maju boleh dikatkan yang berada dalam carta atas. Ianya boleh dikatkan nasi kandar yang menjadi viral dua menjak ini.

Nasi Kandar Deen Maju

Imej via Foursquare

Kedai makan ini menjadi fenomena sejak 1-2 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.

 

Deen Maju Buka Pukul Berapa?

Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.

Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau habis nasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah lincin ketika artikel ini ditulis.

Nasi Kandar

Imej via Foursquare

Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.Boleh terliur melihatnya. Sleian itu jangan dilupakan telur sotong sebagai sampingan.

Ada juga yang mencadangkan gabungan nasi dalca dan nasi tomato. Terbaik kata mereka. Mungkin anda bole mencuba untuk berbuat demiian apabila berada di sini.

 

Murah dan Berbaloi

Berdasarkan tinjauan, ramai juga mengatakan harga yang dikenakan cukup murah. Harganya boleh dikatakan paling murah berbanding nasi kandar yang ada di sekitar.

 

Kesimpulan

Berdasarkan keadaan ketika artikel ini ditulis, kedai nasi kandar Deen Maju bolehlah dikatakan kini berada di tangga pertama untuk tempat makan nasi kandar di Penang.

Ianya boleh dikatakan menjadi viral dan memerlukan seseorang itu beratur panjang untuk mencubanya.

Apa pendapat anda? Jangan segan untuk berkongsi di bawah.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.