Mencari tempat makan best di Penang? Tetapi tidak pasti yang mana?

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan!

Di sini kami senaraikan 35 tempat makan menarik di Penang  yang patut anda pergi, jadi teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Nasi Kandar Deen Maju

Nasi Kandar Deen Maju

Imej via Foursquare

Tidak dinafikan, kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.

Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.

Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau habisnasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah lincin. Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

#2 Hameed Pata Mee Sotong

Mee Goreng Sotong @ Hameed Pata Special Mee Sotong

Mee Sotong & Coconut Shake @ Hameed Pata Special Mee Sotong

Imej via Foursquare

Satu lagi restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Terkenal dengan menu Mee Goreng Sotong, restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi!Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Sambil anda mengenakan Mee Sotongnya yang cukup istimewa, bolehlah anda menghirup Coconut Shake yang sangat menyegarkan tekak!

Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

#3 Hameediyah Beriani

Restoran Hameediyah

Kedai ini merupakan antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang, sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula! Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya dan Murtabak, dijamin enak!

Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

#4 Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis Balik Pulau

Laksa Penang @ Laksa Janggus

menu @ Laksa Janggus

Imej via Foursquare

Pernah terdengar tentang menu Laksa Penang? Tidak dinafikan laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah.Selain laksa, anda juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.

Keenakannya berganda-ganda jika dikenakan semasa cuaca panas-panas bersama Laksa Penang yang menjadi kegemaran ramai!

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

#5 Astaka Taman Tun Sardon

Nasi Lemuni Astaka Taman Tun Sardon

Serabai Astaka Taman Tun Sardon

Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini, tetapi kami sangat mengesyorkan anda untuk mencuba menu yang paling unik di sini iaitu Serabai.

Serabai? Tidak pernah dengar, bukan? Menu ini merupakan lempeng tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan disajikan bersama kuah sirap gula melaka dan santan. Kemanisannya sangat memikat!

Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi lemuni. Menu yang cukup unik ini sebenarnya kelihatan seakan-akan nasi lemak, cuma warna nasinya sedikit gelap. Unik dan menyelerakan!

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

#6 Cargas Cafe Bayan Lepas

Cargas cafe

Cargas Cafe

Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing lagi bagi mereka.

Keistimewaan utama di sini terletak pada kari ikan, sambal sotong dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk sudah kehabisan, kerana menu-menu ini memang laku keras!

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#7 Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed

Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di  Restoran Sup Hameed. ‘Best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, ia terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent sahaja!

Roti dan Sup @ Sup Hameed

Imej via Foursquare

Antara sup yang terbaik di sini ialah sup kambing, sup ayam dan sup lembu. Sup-sup yang sangat istimewa ini lebih enak jika dikenakan bersama beberapa keping roti kosong. Bukan sahaja sedap rasanya, malah mengenyangkan!

Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

#8 Kapitan Restaurant

Kapitan Restaurant
Nasi Kapitan Restaurant

Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown . Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.

Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

#9 Cucur Udang Chowrosta

Cucur Udang Chowrosta

Cucur udang disini memang lain dan antara paling sedap kami pernah cuba dalam Malaysia. Tidak percaya? Cubalah datang ke sini. Memang sedap, kami tak tipu!

Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Memang terangkat!

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

#10 Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru

nurul ikan bakar

Jika anda mencari tempat makan ikan bakar yang menarik, apa kata anda jengah ke kedai ini. Berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang, kedai Nurul Ikan Bakar Special antara kedai makanan yang menjadi pilihan ramai jika mereka singgah di sini.

Anda boleh memilih untuk makan di dalam ataupun lepak di luar di bawah redupan pokok. Suasana kedai makan yang cukup santai merupakan antara punca ianya begitu disukai ramai.

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang

#11 Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu

Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, tidak sahlah jika anda tidak mencuba nasi kandar! Nasi Kandar Kampung Melayu yang mula beroperasi sejak tahun 1970 ini merupakan antara restoran nasi kandar yang paling terkenal di Pulau Pinang,

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang keenakan nasi kandar di sini memang tiada tandingan. Hal ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang sanggup beratur panjang dan berebut tempat parkir semata-mata untuk merasai nasi kandar di sini!

Restoran ini menghidangkan beraneka jenis lauk seperti ayam goreng, kari kepala ikan dan banyak lagi. Kuah banjir yang menjadi tarikan istimewa di sini juga tidak terkecuali!

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

#12 Burger Ayam Goreng NJoy

njoy burger @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Tempat ini mula menjadi bualan orang ramai dek kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. Bukan itu sahaja, rotinya juga berwarna-warni. Nampak menarik dari luarannya!

Sinonim dengan namanya, burger ayam goreng di sini cukup nikmat rasanya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.

Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

#13 D’ Seafood Paradise

AlamatJalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Kami pasti ramai di kalangan pembaca di sini yang menggemari makanan laut, bukan? Untuk mencuba makanan laut yang segar, singgah sahaja di D’ Seafood Paradise.

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Sememangnya restoran ini syurga makanan laut. Pelbagai jenis ikan, kerang, sotong, udang, ketam dan banyak lagi jenis makanan laut ada disediakan di sini. Pilih sahaja cara masakan kegemaran anda!

#14 Sani Char Koey Teow

Sani Char Koey Teow

Imej via Foursquare

Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di  Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan.

Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!

Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#15 Ilyana Cafe

ilyana cafe

Imej via Foursquare

Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang.

Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan. Cukup enak dikenakan bersama nasi putih panas!

Alamat: 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#16 Pak Hussin Tomyam

Kedai tomyam merupakan antara tempat makan di Penang yang kerap menjadi kunjungan pelancong. Bukan pelancong sahaja, malah orang Penang pun selalu makan malam di situ.

pak hussin tomyam tempat makan penang

Imej via Foursquare

Salah satu kedai tomyam yang best di Bayan Lepas ialah Pak Hussin Tomyam. Menu-menu seperti tomyam, siakap stim, ayam gajus dan aneka jenis nasi goreng merupakan antara yang laku keras di sini,

Alamat: 14, Jalan Bayan, Kampung Tersusun Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#17 Mee Pitchay

mee pitchay

Imej via Foursquare

Untuk mereka yang sukakan masakan bergoreng, astaka Medan Suri Sungai Nibong antara tempat yang anda boleh kunjung. Boleh dikatakan tempat makan untuk peminat mee goreng mamak.

Mee rebus antara menu yang disyorkan. Selain mee rebus, curcur udang juga turut disediakan. Yang penting, kesemuanya enak-enak belaka!

Alamat: Kompleks Medan Suri Sungai Nibong, 11900 Gelugor, Penang

#18 Nasi Kandar Beratur

nasi kandar beratur

Imej via Foursquare

Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, memang benar yang nasi kandar di sini membuatkan ramai pelanggannya sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakannya!

Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Jika anda lihat di Google Maps atau Waze, lebih mudah untuk anda menjumpainya.

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

#19 Roti Canai Transfer Road

roti canai @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Satu lagi tempat makan di Penang yang wajib anda terjah utuk mencuba roti canai yang tersedap sekitar sini. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’.

Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.

Alamat:  114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

#20 Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang

Idrus Ikan Bakar

Imej via Foursquare

Kedai makan Idrus Ikan Bakar boleh dikatakan menarik untuk anda cuba. Menarik lagi, ianya terletak bersebelahan dengan ikan bakar Nurul yang tidak kurang terkenalnya.

Ada beraneka jenis lauk yang disajikan di sini. Semestinya ikan bakar menjadi pilihan ramai, jadi anda wajib mencubanya sendiri untuk mengetahui mengapa ianya begitu istimewa!

Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#21 Kedai Nasi 7 Benua

nasi 7 benua

Imej via Foursquare

Jika anda suka yang sedikit berwarna-warni, mungkin kedai inia anda boleh cuba. Nasi 7 Benua yang bewarna-warni. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.

Nama kedai ini bukan Kedai Nasi 7 Benua tetapi Koo Boo Cafe. Ia betul-betul tereletak bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE.

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

#22 Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Imej via Foursquare

Tempat makan ini antara pilihan utama kami untuk singgah jika di Pulau Pinang. Kalau disebut dimana letaknya Ikan bakar Adnan Bin Hassan, mungkin sedikit kaget untuk mendapat info daripada orang ramai.

Tetapi jika anda sebut sahaja Ikan Bakar Teluk Tempoyak, fuh pasti ramai yang mengenali. Ianya betul-betul terletak di teluk tempoyak dan tepian pantai.

Gerai disini berbeza dengan konsep kedai ikan bakar yang lain. Mereka tidak bersaing antara satu sama lain. Hanya ada satu sahaja gerai ikan bakar. Jika anda ingin ambil pesanan air ataupun sotong goreng tepung, anda perlulah memesan daripada gerai yang lain.

Dibuka pada setiap hari bermula pukul 6 sehinggalah pukul 11.30 malam. Ianya ditutup pada setiap Isnin.

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#23 Nasi Kandar Line Clear

 

Satu lagi restoran yang cukup terkenal dengan nasi kandar – Nasi Kandar Line Clear! Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan!

Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. Anda juga boleh tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

#24 Originally Bangkok Tomyam

Ingin mencuba tomyam yang bukan sahaja enak, malah asli resepinya dan membuatkan anda seolah-olah merasai Tomyam di kota Bangkok sendiri? Restoran Originally Bangkok Tomyam ini wajib anda serbu!

menu @ Originally Bangkok Tomyam

Imej via Foursquare

Tomyam di sini ada tiga jenis iaitu Tomyam Po Thek yang menyajikan kuahnya sahaja, Tomyam Seafood dan Tomyam Campur. Saiz hidangannya yang besar menjadikan menu ini begitu mengeyangkan, anda wajib merasainya bersama masakan Thai yang lain!

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#25 Mee Kicap Masjid Bayan Baru

Asyik sebut tentang nasi kandar dan roti canai saja, makanan lain bagaimana pula? Usah gundah, kami yakin anda pasti menggemari menu-menu yang disediakan di Mee Kicap Masjid Bayan Baru ini.

Kuey Teow Kerang @ Mee Kicap Masjid Bayan Baru

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang disediakan di sini ialah Mee Kari Ipoh, Mee Kicap dan Kuey Teow Kerang. Kesemuanya enak-enak dan digemari ramai, jadi pilihlah mana-mana yang anda suka!

Alamat:  2, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#26 Rockstarz Burger

Perut mula berbunyi pada waktu malam dek kerana mengidamkan burger? Leklaslah cuba burger di Rockstarz Burger ini! Bukan biasa-biasa burger yang disajikan di sini.

Metallicheeze rockstarz burger @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Antara yang boleh dicuba ialah burger Metallicheeze. Burger ini sangat sesuai dinikmati jika anda pencinta keju, kerana kejunya melimpah-limpah. Nikmat betul!

Alamat: 128, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#27 Ais Tingkap

Dari luaran, minuman yang disajikan di Ais Tingkap ini kelihatan seperti air sirap selasih. Tetapi sebenarnya ianya adalah sejenis ais parut yang disediakan ala-ala sirap selasih.

ais tingkap @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Minuman yang disediakan di sini memang manis, namun tidaklah melampau. Rasanya yang enak dan menyegarkan tekak akan membuatkan sesiapa sahaja ketagih dengannya. Satu gelas pun tak cukup!

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

#28 Restoran Anggerik Desa

Satu lagi tempat makan di Penang yang boleh anda kunjungi ialah Restoran Anggerik Desa. Restoran ini menyajikan hidangan

anggerik desa@ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba ialah bihun sup celup, nasi dagang dan nasi kerabu. Memang sesuai dinikmati untuk makan tengah hari mahupun minum petang. Enak & mengenyangkan!

Alamat: 21, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

#29 Penang Road Famous Teochew Chendul

Penang Road Famous Teochew Chendul adalah salah satu tempat makan di Penang yang patut anda serbu untuk mencuba cendol yang manis dan menyegarkan tekak.

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Selain cendol, laksa dan kuey teow juga turut dijual di sini. Alang-alang singgah ke gerainya, cuba saja kesemua ini sekali. Dijamin memuaskan hati!

Alamat:  Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

#30 Sany Char Koay Teow

Selain cendol dan laksa Penang, char kuey teow juga merupakan antara menu yang tersedap di Penang. Untuk itu, singgahlah di Sany Char Koay Teow untuk mencubanya!

Sany Char Koay Teow tempat makan penang

Imej via Foursquare

Ramai yang mengakui bahawa sepinggan memang tak cukup. Char kuey teownya bersaiz sederhana namun tidaklah kecil, jadi kalau anda menikmatinya dengan perut kosong pun anda akan kenyang juga.

Alamat: 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#31 Jawi House Cafe Gallery

Bukan sahaja makanan yang enak yang dititikberatkan oleh pelanggan. Pasti dekorasi restoran juga memainkan peranan, bukan? Tidak dinafikan, dekorasi restoran ini memang sangat cantik. Klasik dan santai!

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Menu yang wajib dicuba di sini ialah nasi briyani. Selain itu, roti jala bersama kuah kari juga boleh anda pesan sebagai pembuka selera. Kuah karinya memang sedap, rugi tak cuba!

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang

#32 Ayu Mee Udang

Siapa peminat tegar mi udang? Di Teluk Kumbar, ada satu restoran yang menyajikan mi udang yang dikatakan antara yang tersedap sekitar sini – Ayu Mee Udang.

tempat makan penang

Imej via Foursquare

Udang yang disajikan bersaiz besar dan segar. Kuahnya yang secukup rasa serta saiz hidangan yang agak besar merupakan antara faktok mi udang di sini digemari ramai. Anda pasti akan menyukainya juga!

Alamat: 1, 936 B, Lengkok Kampung Masjid 2, 11920 Teluk Kumbar, Penang

#33 Pak Su Curry House – Kari Kepala Ikan

Dari namanya sahaja anda boleh teka menu apa yang terbaik di sini – semestinya kari kepala ikan! Menurut pelanggan yang pernah mencubanya, keenakkannya bukan biasa-biasa.

pak su curry house @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Kuah kari yang pekat dan secukup rasa serta isi kepala ikan yang cukup lembut merupakan gabungan yang cukup sempurna. Enak dimakan bersama nasi putih panas-panas!

Alamat: 230, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Pagar Buluh, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#34 Adam Char Koey Teow

Char kuey teow merupakan antara makanan yang kerap menjadi pilihan ramai untuk makan malam. Di Permatang Pauh, restoran Adam Char Koey Teow ini merupakan antara yang paling terkenal di sini.

adam char kuey teow @ tempat makan penang

Imej via Foursquare

Kuahnya merupakan tarikan utama menu ini. Rasa udang yang segar, ditambah pula dengan jumlah kuey teow yang banyak membuatkan ramai pelanggan terpikat dengannya. Anda wajib cuba!

Alamat: 115, Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

#35 Nasi Campur Awet Muda

Masakan kampung memang dekat di hati orang kita. Untuk makanan tengah hari, pasti ramai di kalangan pembaca yang gemar menikmati masakan kampung, bukan?

nasi campur awet muda

Imej via Foursquare

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Campur Awet Muda! Lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara ada disediakan di sini. Jangan lupa pilih ulam-ulaman bersama!

Alamat: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Kesimpulan

Anda ada cadangan lain untuk tempat makan di Penang? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda ya. Manalah tahu mereka mencari tempat makan di Penang yang menarik!

Artikel Menarik Lain:

Selain tempat makan di Penang, kami juga mempunyai senarai tempat makan lain yang boleh anda rujuk di masa hadapan. Oh, satu lagi jangan lupa tinggallkan komen pandangan anda tentang tempat makan di atas dan share di Facebook ya!

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .