Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Pasembur Padang Kota Penang | GANI Famous Pasembur

Padang Kota Penang sangat terkenal dengan makanan Pasembur. Apa lagi kalau bukan GANI Famous Pasembur. Setiap kali orang ke Padang Kota, pasti akan…

Dikemas kini 20 Ogos 2023oleh Rina
Hidangan pasembur GANI Famous Pasembur di Padang Kota Penang
Tempat Letak Kereta
Sukar didapati, kerap penuh dan terpaksa berpusing dua tiga kali
Lokasi
GANI Famous Pasembur, Padang Kota, Penang3, Medan Renong, Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Padang Kota Penang sangat terkenal dengan makanan Pasembur. Apa lagi kalau bukan GANI Famous Pasembur. Setiap kali orang ke Padang Kota, pasti akan singgah ke GANI Famous Pasembur untuk makan pasembur Penang. 

Gerai GANI Famous Pasembur di Padang Kota, Penang

Imej via google

Di sini terlalu banyak pilihan hidangan pasembur malah ia memang sangat sedap turun temurun dari dahulu lagi. Ia terletak di perkarangan medan selera di Padang Kota. 

Anda boleh datang beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan kerana tempat makan ini mempunyai meja dan kerusi panjang cukup untuk semua. 

Sambil makan, anda boleh menikmati udara laut dan melihat keindahan lautan sekitar Padang Kota Penang ini.

Pinggan pasembur dengan pelbagai lauk dan kuah kacang

Imej via utusan

Makanan Pasembur Di GANI Famous Pasembur Padang Kota

Anda boleh memilih jenis-jenis pasembur seperti bebola ikan, bebola ketam, sotong, fishcake, telur, kentang, tauhu, cucur dan macam-macam lagi. Pendek kata, makan rojak pasembur ada campur-campur jenis bebola daging. 

Pasembur GANI dengan sotong, tahu dan kerang

Imej via google

Hidangan pasembur oleh GANI Famous Pasembur serta kuah pasembur tersebut adalah menggunakan resepi tradisional pasembur Pulau Pinang. Sebab itu, ramai yang sanggup ke sini walaupun ramai orang.

Kuah pasembur GANI sedikit pedas tetapi tidak terlampau pedas, ia sesuai dengan citarasa semua dan bergantung kepada lidah masing-masing. Yang penting rasanya memang boleh diterima tekak. 

Pinggan pasembur bercampur sayur dan gorengan

Imej via google

Ramai yang berpuas hati makan pasembur di sini. Kalau datang dari jauh, haruslah makan di sini. Pendek kata, GANI Famous Pasembur ini adalah Pasembur No 1 di Penang. 

Namun, dari segi keselesaan kedai, ia berkonsep gerai terbuka dan sarat dengan pelanggan. Selalunya meja pasti penuh. Kena datang awal sedikit untuk dapat tempat yang anda mahukan.

Harga Pasembur GANI Famous Pasembur Padang Kota Penang

Papan tanda harga pasembur di GANI Famous Pasembur

Imej via google

Harga pasembur Gani Famous ini memang agak berpatutan memandangkan ia merupakan tempat yang sering dikunjungi pelancong dan pasemburnya begitu sedap! Tetapi mampu milik. 

Jika pilih seafood seperti udang, sotong dan ketam, harga akan menjadi sedikit mahal. Semuanya bergantung kepada jenis pemilihan pasembur. 

Untuk pengetahuan anda, artis dan influencer juga suka datang ke sini. Bukan sahaja pelancong luar dan dalam negeri. Orang tempatan juga sangat gemar makan pasembur di sini. 

Menu dan senarai harga pasembur di GANI

Imej via google

Tips Berkunjung Ke GANI Famous Pasembur

Jika anda ingin makan malam di Gani Pasembur, datang seawal yang boleh kerana parking lot di Padang Kota Penang amatlah padat. Jika bertuah, anda akan mudah dapat parking. Jika tidak, terpaksa pusing dua tiga kali.

Tetapi tak mengapa, sebab Pasembur Gani ni memang sedap. Berbaloi bila datang ke sini!

Lokasi: 3,Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,, George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11 Pagi sehingga 1 Pagi

Telefon: 017-2020460
Jom baca juga Kedai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey dan Masakan Padang Asli Kampung Baru