Mencari lokasi sarapan pagi di Penang?

Penang merupakan antara negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan dan ianya sering dikunjungi oleh pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. Tempat makan di sini juga ada pelbagai, memang best!

Masih tercari-cari port sarapan pagi di Penang? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 lokasi sarapan pagi di Penang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Roti Canai Jalan Gemas

Alamat: 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang

Waktu operasi: Khamis, Sabtu, Ahad (7 am – 12.30 pm), Selasa, Rabu, Jumaat (7 am – 12:30 pm, 5:30 – 9 pm) dan ditutup pada Isnin

Restoran Roti Canai Jalan Gemas ini tidak perlu kami perkenalkan lagi. Ianya merupakan antara restoran roti canai yang paling popular di Penang. Selain itu, restoran ini juga merupakan antara lokasi sarapan tersedap di sini.

sarapan pagi di penang
Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji rotinya yang sedap dan berkualiti tinggi. Kuahnya juga menggandakan lagi keenakkannya, lebih sedap jika kuahnya banjir. Harganya juga berpatutan dan tidak ‘cekik darah’, sangat berbaloi!

#2 Astaka Taman Tun Sardon

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

Waktu operasi: 24 jam

Astaka Taman Tun Sardon yang terletak di Georgetown ini merupakan antara port sarapan pagi di Penang yang terkenal. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya memang syurga sarapan pagi.

sarapan pagi di penang
Imej via Foursquare

Hal ini kerana menu sarapan di sini ada berbagai dan semuanya ssedap-sedap belaka. Anda boleh cuba menu-menu seperti lontong, nasi lemak, kuih serabai, capati dan banyak lagi, dijamin enak!

#3 Roti Bakar Hutton Lane

Alamat: Setiap hari, 5.30 am – 2 pm manakala Jumaat 5.30 am – 12.45 pm

Waktu operasi: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Selain roti canai dan nasi lemak, roti bakar juga merupakan menu sarapan yang disukai ramai. Jika anda berada di Penang, singgahlah bersarapan roti bakar di Roti Bakar Hutton Lane.

sarapan pagi di penang
Imej via Foursquare

Restoran legend yang beroperasi sejak tahun 1957 ini terkenal dengan menu-menu seperti roti benggali, Roti Bakar George Town dan roti balut telur. Roti yang lembut dan gebu ini pasti akan bikin anda ketagih!

#4 Nasi Kandar Kampung Melayu

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 6:30 am – 1:30 pm, 4 – 10 pm

Ingin menikmati makanan berat semasa sarapan? Alang-alang berada di Penang, singgahlah menjamu selera di Nasi Kandar Kampung Melayu yang terletak di Ayer Itam ini.

sarapan pagi di penang
Imej via Foursquare

Lauk-pauk yang beraneka jenis dan rasanya yang sedap membuatkan ramai pelanggan tidak putus-putus mengunjungi restoran ini. Jangan lupa untuk cuba kuah campur, pasti lebih menyelerakan!

#5 Sup Hameed

Alamat: 48, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 2 am

Ingin mencuba makanan bersup untuk sarapan pagi? Di George Town, restoran Sup Hameed ini cukup terkenal dengan pelbagai jenis sup yang disukai ramai.

sarapan pagi di ipoh
Imej via Foursquare

Antara sup yang boleh anda cuba ialah sup daging, sup tulang, sup torpedo, sup ayam dan sup kambing. Ramai memuji rasa supnya yang memang secukup rasa yang enak dimakan bersama roti, rugi jika anda tak cuba!

#6 Warung Adik & Abang

Alamat: Warung Adik & Abang, Kampung Pertama, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 6 am – 11 am

Warung Adik & Abang yang terletak di Permatang Pauh ini hanya menyediakan menu sarapan pagi. Jadi, anda wajib serbu di restoran ini untuk mencuba hidangan sarapan pagi mereka.

Imej via Foursquare

Antara menu yang disajikan ialah roti benggali telur goyang dan nasi lemak. Roti benggali di sini merupakan antara menu terlaris dan untuk nasi lemak pula, ada pelbagai pilihan lauk yang disediakan.

#7 Nazzeeras’ Roti Bakar Kacang Phool Penang (Tg. Tokong)

Alamat: Jalan Desiran Tanjung 3, No. 1 & 2, Kompleks Desiran Tanjung, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 am – 4 pm

Selain dinikmati bersama sup, kuah kari dan telur goyang, roti bakar juga enak dimakan bersama kacang pool. Di Tanjung Tokong, restoran Nazzeeras’ Roti Bakar Kacang Pool Penang ada menyediakan menu yang cukup laris itu.

Imej via Foursquare

Selain roti kacang pool, menu lain seperti roti nan bawang putih keju, fajitas dan roti telur goyang juga turut disediakan. Melihat gambarnya sahaja pasti sudah bikin anda terliur, bayangkanlah keenakkannya!

#8 Restoran Anggerik Desa

Alamat: 21, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 10 pm

Ingin menikmati masakan Pantai Timur untuk sarapan pagi? Jika anda berada sekitar Seberang Jaya, singgahlah bersarapan di Restoran Anggerik Desa.

Imej via Foursquare

Restoran yang menyajikan selera Pantai Timur ini terkenal dengan menu-menu seperti nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan bihun sup daging. Saiz hidangan yang besar merupakan antara tarikan di restoran ini, memang terbaik!

#9 Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Alamat: Sri Weld Food Court, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 2 manakala Sabtu 7 am – 1 pm

Nasi lemak merupakan makanan yang digemari oleh ramai orang kita, jadi semestinya ianya menu sarapan pagi yang popular. Untuk itu, singgah sahaja bersarapan di warung Ali Nasi Lemak Daun Pisang.

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada nasi lemak yang harum dan sambalnya yang sangat sedap. Pilihan lauk pula termasuklah ikan bilis, ayam, ikan masin, udang dan sotong.

#10 WHEELER’S

Alamat: 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 8 am – 12 am manakala Jumaat – Sabtu 8 am – 1 am

Ingin mencuba citarasa Barat untuk sarapan? Singgahlah di kafe Wheeler’s yang terletak di George Town ini dan cubalah hidangan mereka yang sedap-sedap belaka.

Imej via Foursquare

Minuman yang terlaris di sini ialah semestinya kopi. Anda boleh cuba tiramisu latte dan toffee nut latte. Untuk makanan pula, pesanlah Big Breakfast yang bersaiz besar, sedap dan semestinya mengenyangkan!

Kesimpulan

Sudah jumpa lokasi sarapan pagi di Penang yang ingin disinggah? Jika berpeluang, singgah sahaja mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.