Pulau Pinang merupakan negeri yang cukup terkenal dengan tarikannya yang berbagai. Sebut sahaja tentang negeri ini, pasti banyak tarikan istimewa yang terlintas di minda anda, bukan?

Bagi yang merancang untuk berkunjung ke Pulau Pinang, adakah anda masih tercari-cari restoran yang menghidangkan roti canai terbaik yang pernah anda cuba? Teruskan membaca kerana kami tahu  restoran-restoran ini pasti cocok dengan anda!

Roti Canai Abu Mamak

Imej via Foursquare

#1 Roti Canai Abu Mamak

Restoran ini merupakan salah satu restoran yang cukup terkenal di Georgetown. Antara menu yang paling digemari pengunjung Restoran KSB Cahaya atau lebih dikenali dengan Abu Mamak ini ialah roti canai!

Saiz roti canai yang besar dan teksturnya yang lembut dan tidak berminyak menjadikan roti canai di sini cukup digilai ramai!

Alamat: 90, Lorong Macalister, 11400 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad bermula dari jam 8 malam hingga 4 pagi, ditutup pada hari Rabu

Roti Canai Jalan Argyll

Imej via Foursquare

#2 Roti Canai Jalan Argyll

Nama restoran ini juga tidak asing lagi di Georgetown. Restoran Roti Canai Jalan Argyll ini cukup terkenal dengan roti canai yang dihidangkan bersama kuah karinya.

Kedengaran seperti biasa-biasa sahaja namun jika anda mencubanya sendiri, anda pasti terpegun! Kuah karinya yang cukup berempah dan pekat ini menjadi tarikan utama di sini!

Alamat: Jalan Argyll, 10050, Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad bermula dari jam 6 pagi hingga 12:30 tengahari

Roti Canai Gemas Road

Imej via Foursquare

#3 Roti Canai Jalan Gemas

Jika anda sudah bosan dengan roti canai kosong dan teringin untuk mencuba kelainan, kami yakin restoran Roti Canai Jalan Gemas pasti cocok dengan citarasa anda!

Antara menu yang cukup popular di restoran Roti Canai Jalan Gemas ini ialah Roti Canai Ayam Cheese. Kedengaran unik, tapi rasa kuahnya yang pekat dan pedas yang digabungkan dengan keju ini memang terbaik!

Alamat: 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 pagi hingga 10 malam

Roti Canai Jalan Transfer

Imej via Foursquare

#4 Roti Canai Jalan Transfer

Sebut sahaja restoran yang menghidangkan roti canai terbaik di Pulau Pinang, tidak sah jika nama restoran Roti Canai Jalan Transfer yang cukup terkenal di Georgetown ini tidak termasuk dalam senarai!

Roti canai yang lembut dan gebu yang dihidangkan bersama kuah kari ayam peha ini cukup digemari ramai pengunjungnya. Malah, ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menikmati roti canai di sini yang cukup padu!

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad, bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari

Roti Canai Istimewa Aziz

Imej via Foursquare

#5 Roti Canai Istimewa Aziz

Seperti nama restorannya, kami berani jamin roti canai di restoran Roti Canai Istimewa Aziz yang cukup terkenal di bahagian seberang ini pasti akan mendapat tempat yang istimewa di hati anda.

Terkenal dengan kelembutan roti canainya, tidak hairanlah restoran Roti Canai Istimewa Aziz cukup popular sekali di sini. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah roti canai yang dihidangkan bersama kuah sardin, dijamin menyelerakan!

Alamat: 1553 B, Jalan Teluk Air Tawar, Telok Air Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 7 pagi hingga 12 tengahari

Roti Canai Medan Penjaja Pkg. Berapit

Imej via Facebook

#6 Roti Canai Medan Penjaja Pkg. Berapit

Anda pernah cuba roti canai yang dihidangkan bersama gula putih buatan sendiri? Kedengaran unik tapi roti canai versi ini memang wujud di Medan Penjaja Perkampungan Berapit!

Bagi penggemar makanan manis, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan roti canai yang dihidangkan di sini! Bukan itu sahaja, harganya yang murah juga sangat berbaloi dengan kepuasan hati yang dijanjikan, memang menarik!

Alamat: 1951, Jalan Besar, Taman Berapit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu atau Khamis, bermula dari jam 7:30 pagi hingga 12:30 tengahari

Roti Canai Jalan Tengah

Imej via Foursquare

#7 Roti Canai Jalan Tengah

Anda lebih menggemari roti canai yang rangup, seimbang rasa manis dan masinnya dan yang paling penting, murah dan menjanjikan kekenyangan? Kami yakin roti canai di Jalan Tengah ini pasti menepati citarasa anda!

Roti canai  yang cukup rangup ini enak dimakan bersama kuah karinya yang cukup istimewa rasanya. Walaupun menu ini megenyangkan, kami yakin sepinggan pasti tidak akan cukup buat anda!

Alamat: Jalan Tengah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari minggu, bermula dari jam 7 pagi hingga 10 pagi

 

#8 Roti Canai Nasi Kandar Kampung Melayu

Menu utama restoran ini memang nasi kandar, tetapi jangan terkejut jika kami katakan yang restoran Nasi Kandar Kampung Melayu juga menyajikan roti canai yang memang terbaik di sini!

Roti canai yang gebu yang dihidangkan dengan kuah yang beraneka ini pasti akan menjadi pilihan ramai pelanggan untuk sarapan pagi dan rata-ratanya memang puas hati, anda wajib cuba sendiri!

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 6:15 pagi hingga 1:30 tengahari

Banyak betul restoran yang menyediakan roti canai yang enak-enak di Pulau Pinang ini, bukan? Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca sudah mula kecur air liur membayangkan roti canai lembut yang dicah bersama kuah kari yang cukup berempah!

Untuk menikmati sarapan pagi yang terbaik, kami sarankan anda cepat-cepatlah serbu restoran-restoran yang kami senaraikan ini sebelum terlepas peluang. Anda juga digalakkan untuk datang awal sebelum ruang di restoran-restoran ini penuh dengan pengunjung!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.