Anda pernah merasai nasi beriani Johor? Jika ya, anda mungkin boleh menjadi berhantu apabila teringat akannya. Tetapi dimanakah restoran nasi beriani yang sedap boleh dicari di Shah Alam?
Berdasarkan tinjauan, ramai yang mencadangkan untuk mencuba nasi beriani gam Johor di restoran Pak Anjang Bariani Johore. Restoran ini terletaknya di Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh jadikan kedai makan PappaRich atau Giant Seksyen 13 sebagai landmark untuk makan di sini. Kiranya tidak sukar sebenarnya mencari kedai ini.
Imej viaFoursquare
Kami kongsikan info jelas mengenai kedai ini.Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam dan ditutup pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga.
Restoran Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor
Telefon: 03-55106535
Koordinat GPS: U 3.088933 T 101.546588
Menu wajib di sini sudah tentunya nasi beriani. Tetapi untuk mereka yang ingin mencuba menu lain, restoran ini turut menyajikan pelbagai makanan seperti mee bandung, rojak petis dan sirap bandung. Keseua menu ini bertemakan makanan asli Johor.
Pelbagai jenis beriani anda boleh pilih di sini.Selain beriani gam ayam, restoran ini turut menyajikan nasi beriani gam kambing. Layanan disini juga dikatakan cepat.
Sirap bandung adalah minuman wajib kami jika makan nasi beriani. Jika anda ingin mencuba, bolehlah memilih sirap bandung Muar yang ada dalam menu di sini.Apa yang membezakan sirap bandung Muar dengan sirap bandung adalah pada ramuannya. Sirap bandung Muar ini akan dicampur dengan aiskrim soda.
Sirap bandung Muar ini hanya terdapat di restoran-restoran yang menyajikan nasi beriani dari Johor. Jarang sirap bandung ini dijual di restoran biasa. Bila dah sampai kesini jangan lupa untuk cuba sirap bandung Muar.
Keseluruhannya, ramai yang memberikan info positif untuk restoran ini. Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda makan di sini? Jika belum, jangan segan untuk kongsikan pengalaman anda.
Sumber : KLUbarnite