Sebut sahaja tentang daging wagyu, sudah pasti ramai yang menggelengkan kepala. Masakan tidak menggeleng kepala, harga hidangan daging wagyu untuk satu hidangan boleh mencecah ratusan ringgit dan mungkin juga ribuan ringgit. Satu harga yang tidak masuk akal dibuatnya.

Siapa agaknya yang mampu merasai daging wagyu sebagai hidangan, jika harganya boleh bikin sakit kepala. Berbulan – bulan duit disimpan untuk membayar harga sebuah hidangan daging wagyu. Berbaloi kah agaknya ?

Daging Wagyu

Imej via facebook

Daging Wagyu Berkualiti Premium

Kalau anda nak tahu, daging wagyu ini sebenarnya merupakan daging yang berkualiti premium dan ianya menjadi kegemaran bagi penggemar hidangan steak. Jika suatu tika dahulu hidangan daging wagyu begitu mahal harganya, namun kini hidangan tersebut sangat berpatutan harganya.

Bagi yang ingin mencuba hidangan daging wagyu, anda boleh datang dan mencuba sendiri hidangan daging wagyu di Jahhet Fine Meat. Restoran ini terletak di Taman Nirwana Ampang dan mudah didekati oleh ramai pelanggan pelbagai peringkat.

Jahhet Fine Meat merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan daging wagyu pada harga mampu milik buat pelanggannya. Daging wagyu ini dibawa masuk segar dari ladang dan disembelih di rumah sembelihan Miyazaki, Jepun.

Lamb Chop

Imej via facebook

Sijil Akreditasi Halal Dari Jepun

Daging yang disembelih di Miyazaki, Jepun ini memiliki  sijil akreditasi halal dan daging tersebut dijamin kekal baik dan segar ketika dimasak hingga siap menjadi hidangan pelanggan.

Pemilik restoran Jahhet Fine Meat, Mustaffa Othman yang sudah berpengalaman selama 20 tahun sangat arif mengendalikan daging premium. Malah, turut pakar dalam menonjolkan rasa hidangan yang terbaik dengan gaya yang tersendiri.

Setiap daging wagyu terbaik tidak memerlukan rempah ratus yang banyak. Cukup sekadar menggunakan secubit garam sahaja bersama perapan ringkas seperti lada hitam. Bahan ini adalah cukup memadai untuk menaikkan rasa serta keenakan daging lembu Jepun.

Penyediaan seringkas ‘carpadio’ yang merupakan hirisan kepingan daging mentah akan memberikan tekstur seakan hirisan keju nipis yang mencair dalam mulut. Bagi yang pertama kali merasai daging wagyu ini pastinya tidak akan dapat melupakan keenakan daging ini.

Burger

Imej via facebook

Pelanggan boleh menilai rasa sebenar daging wagyu yang dihidangkan tanpa sebarang sos ataupun kuah kerana rasa dagingnya yang lebih asli. Hidangan daging wagyu yang dipanggang tanpa sebarang sos atau kuah lebih menonjolkan rasa sebenar daging tersebut. Hanya secubit garam sudah cukup menaikkan rasa sebenar daging wagyu tersebut.

Walaupun daging wagyu enak dimakan begitu sahaja, namun ia tidak menjadi kesalahan jika dimakan bersama sos lada hitam atau menu sampingan lain. Ia juga boleh dimakan bersama kentang lecek ataupun salad atau coleslaw.

Terdapat juga daging lain yang dijadikan hidangan selain daging wagyu iaitu daging lembu import dan juga biri – biri. Daging – daging ini juga merupakan daging yang berkualiti premium serta enak dijadikan hidangan bersama keluarga.

Saiz Hidangan Besar

Saiz hidangan yang disediakan adalah agak besar. Setiap hidangan daging disajikan bersama menu sampingan pilihan pelanggan seperti kentang lecek, kacang hijau Perancis, French fries dan juga coleslaw.

Selain itu juga, restoran ini turut menghidangkan pasta serta hidangan ringan seperti sup cendawan dan juga roti. Restoran ini turut menyediakan pilihan minuman secara percuma tanpa sebarang caj tambahan bagi minuman isian semula. Air minuman di restoran ini menggunakan stevia bagi memastikan aspek kesihatan tetap dijaga semasa menjamu selera di sini.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 3.30 petang hingga 10.30 malam.

Alamat : Street Mall Bangi Gateway, 43650 Bangi

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.