Kami yakin pasti rata-rata pembaca di sini menggemari nasi ayam Hainan. Nasi ayam Hainan ini aromanya harum dan rasanya juga enak. Selalunya nasi biasa terasa tawar sahaja, namun berlainan pula dengan nasi ayam Hainan.

Ada pembaca di sini yang masih tercari-cari restoran apakah yang boleh anda singgah sekitar Shah Alam untuk mencuba nasi ayam Hainan yang cukup ‘tip-top’? Kami tahu restoran apa yang patut anda terjah!

crg

Imej via Foursquare

Restoran Chicken Rice Guys atau lebih dikenali dengan CRG ini baharu sahaja beroperasi sekitar tahun 2014, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Nasi Ayam Hainan, Pujaan Hati Ramai

Nasi Ayam @ CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

Jika anda teringin untuk mencuba nasi ayam Hainan yang asli resepinya, CRG ini merupakan restoran yang tempat untuk menepati kemahuan anda.

Keistimewaan hidangan ini di CRG tidak dapat disangkal lagi. Rata-rata pelanggan memuji keenakan sambal dan kicap yang menjadi pelengkap rasa menu ini.

ayam @ CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

Nasinya yang lembut dan tidak tawar, ditambah pula dengan ayam yang dipanggang dengan sempurna menjadi punca utama ianya sangat disukai. Kami yakin anda juga akan turut jatuh cinta dengan menu ini!

Hidangan Lain yang Tidak Kurang Hebatnya

CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

roti bakar @ crg

Imej via Foursquare

Bukan Nasi Ayam Hainan sahaja yang terkenal di CRG ini, hidangan lain juga tidak terkecuali. Antaranya ialah mi kari, mi wantan, kuey teow, roti bakar dan banyak lagi.

CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

Antara menu-menu yang kami sebutkan tadi, kuey teow goreng merupakan antara yang terkenal di CRG. Dihidangkan bersama udang, hidangan ini juga bersaiz besar. Memang mengenyangkan!

Servis Terbaik dan Harga yang Sangat Berpatutan

Kehebatan sesebuah restoran itu tidak terletak pada kualiti makanannya sahaja. Servis, kebersihan dan harga yang ditawarkan memainkan peranan yang penting dalam memastikan ianya sentiasa maju.

Menurut ramai, servis yang ditawaran di restoran ini memang terbaik. Walaupun ramai pelanggan, namun mereka tidak perlu menunggu makanan yang dipesan terlalu lama.

Selain itu, harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mencekik darah – bermula dari harga RM 5.50 sahaja! Kebersihan restoran ini juga turut dipuji ramai.

Banyak Lagi

CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

Buat pengetahuan anda, restoran CRG ada menawarkan hidangan set iaitu Main Dish Noodle Combo dan Main Dish Rice Combo. Lebih berbaloi jika anda pesan hidangan berset kerana harganya lebih murah!

CRG Chicken Rice Guys

Imej via Foursquare

Untuk minuman pula, ada berbagai jenis minuman yang boleh anda pilih. Jika dilihat sendiri pada menu, pasti anda rambang mata kerana terlalu banyak minuman yang boleh dipesan.

Kesimpulan

Jika kami senaraikan kesemua menu terbaik di restoran CRG Chicken Rice Guys ini, pasti tidak akan habis. Tidak dinafikan, restoran yang menawarkan makanan Cina yang halal dan enak ini memang terbaik!

Jadi, kepada pembaca yang sudah mula memasang niat untuk singgah di restoran CRG, lekaslah berbuat demikian ya. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran CRG.

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi hingga 7 malam

Mencari tempat makan yang menarik sekitar Shah Alam? Klik sahaja di link di bawah ya. Selamat menjamu selera!
25 Tempat Makan Best Di Shah Alam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.