Chicken Chop murah ada di Jalan Kebun Kota Kemuning. Bagi anda yang tinggal di kawasan berdekatan boleh lah mencuba chicken chop di sini.

Kawasan Kota Kemuning ini suatu tika dahulu merupakan kawasan pertanian yang kemudiannya menjadi sebuah pekan. Penduduk pun semakin ramai di kawasan ini, malah menjadi kawasan tumpuan ramai.

Western Food

imej via facebook

Bermula dengan hanya sebuah gerai kecil di tepi jalan, Achamm Chicken Chop ini memulakan perniagaan. Biarpun hanya menjual chicken chop di gerai tepi jalan, namun ramai pelanggan sentiasa memenuhi gerai ini.

Menu chicken chop yang disajikan di Achamm Chicken Chop ini mendapat sambutan ramai bukan hanya kerana harganya yang murah. Namun, ayam yang digoreng ternyata rangup dan garing serta tidak liat.

Sos black pepper yang disediakan juga mempunyai rasa yang cukup menyelerakan tanpa ada sebarang kekurangan. Coleslaw yang dihidangkan bersama juga enak rasanya.

Kombinasi harga yang murah serta hidangan yang hebat membuatkan ramai pelanggan sentiasa memenuhi restoran ini. Harga yang dikenakan begitu murah berbanding hidangan yang disediakan adalah bertaraf restoran lima bintang.

Chicken Chop

Imej via facebook

RM 5.00 Sahaja Satu Set

Harga RM 5.00 untuk satu set hidangan chicken chop ternyata begitu murah di pasaran. Biarpun terdapat restoran lain yang mengenakan harga yang murah untuk hidangan yang sama, ternyata kepuasan yang dipersembahkan adalah berbeza.

Achamm Chicken Chop sudah pasti tidak akan mengecewakan anda. Ia sangat berbaloi untuk  poket anda, tambahan pula di waktu hujung bulan yang agak sesak. Dengan hanya RM 5.00, anda mampu mengenyangkan perut anda yang sedang menari – nari kelaparan.

Sebaik sahaja anda tiba di restoran Achamm Chicken Chop ini, pastinya kelihatan banyak kenderaan sudah tersedia parking di sini. Jangan khuatir, kerana anda pasti dapat menjamu selera di sini kerana ruang yang disediakan agak besar.

Menu Lain Yang Best

Bagi yang kurang menggemari ayam, pelanggan juga boleh mencuba hidangan lain seperti lamb chop, meatball, chicken balls, fish & chips, French fries dan juga wedges.

Harga hidangan selain chicken chop adalah antara RM 4.00 hingga RM 7.00 sahaja untuk set hidangan. Masih tetap murah dan tidak mencecah RM 10.00 setiap set.

Meatball

Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 4.00 petang hingga jam 12.00 malam. Ramai pelanggan tiba di restoran ini mulai jam 8.00 malam yang merupakan waktu kemuncak restoran ini.

Lokasi yang begitu strategik membuatkan pelanggan mudah untuk datang ke sini. Restoran yang sentiasa ramai dan dipenuhi pelanggan setiap hari menjadikan ia sebagai salah satu tarikan buat pelanggan baru.

Anda pastinya teruja untuk mencuba hidangan di sini yang begitu murah serta mempunyai pelbagai pilihan menarik. Harga yang begitu berpatutan membuatkan ramai pelanggan menjamu selera di sini.

Alamat : Kg Batu 7, Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.