Mencari destinasi buffet ramadhan di Terengganu? Jangan pening kepala, kami akan kongsikan beberapa tempat menarik boleh anda cuba.

Jangan risau, singgah sahaja di salah satu destinasi buffet sekitar Terengganu yang bakal kami senaraikan ini. Senarai ini berbagai dan semestinya adalah yang terkini, untuk tahun 2023. Teruskan membaca!

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Kuala Terengganu Drawbridge20000 Kuala Terengganu, Terengganu75.0045.00Terengganu Drawbridge
Tanjong Vista Hotel132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu73.0040.00Hotel Tanjong Vista
Hotel YT Midtown Kuala TerengganuNO.30, JALAN TOK LAM, 20100 KUALA TERENGGANU, Kuala Terengganu, Malaysia64.0040.00Hotel YT Midtown Kuala Terengganu
Duyong Marina & ResortPulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu79.0049.00Duyong Marina & Resort
Grand Puteri HotelJalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu68.0038.00Grand Puteri Hotel
Kuala Terengganu Golf ResortPersiaran KTGR, Jln Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu63.0043.00Kuala Terengganu Golf Resort
The Qamar PakaLot 473, Kampung Cacar, 23100 Paka, Terengganu78.0040.00The Qamar Paka
Sumai Hotel Apartment4479, Jalan Persinggahan, Kampung Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu85.0055.00Sumai Hotel Apartment
Paya Bunga Hotel TerengganuJalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu79.0039.00Paya Bunga Hotel Terengganu
Rumbia Resort VillaLot 3573 Paka, 23100 Dungun, Terengganu79.00Rumbia Resort Villa Paka Terengganu
Raia Hotel & Convention CentreJalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu87.0048.00Raia Hotel & Convention Centre
Hotel PermaiJalan Sultan Mahmud, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu75.0038.00Permai Hotel Kuala Terengganu
Coffee Garden UTC Kuala TerengganuLot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu59.9029.90Coffee Garden Terengganu

Buffet Ramadhan Terengganu 2023

Terengganu Drawbridge

Buffet Ramadhan Terengganu Drawbridge pada tahun ini menawarkan harga yang cukup berbaloi. Harga tempahan ialah RM 78 untuk dewasa, RM 60 untuk warga emas dan RM 45 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

Antara menu istimewa mereka ialah Sup Kambing Rempah Asli, Gulai Kawah Daging Tetel, Pengat Pisang D’Muara dan Mee Rebus Johor. Bertemakan Singgah Selatan Di Timur, pakej buffet disini diadakan bermula 26 Mac sehingga 20 April. Kemudahan seperti parkir, tandas dan surau disediakan dengan selesa.

Alamat: Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Tanjong Vista Hotel

Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Terengganu yang berbaloi ialah Tanjong Vista Hotel. Hotel ini menawarkan harga buffet RM 73 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak dan warga emas. Buffet yang bermula dari 25 Mac hingga 21 April 2023 ini menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Destinasi Rasa.

Bukan sahaja pakej buffet berbuka puasa ditawarkan, malah ada juga pakej Sahur Buffet serendah RM 24 sahaja!

Alamat: 132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Hotel YT Midtown Kuala Terengganu

Hotel YT Midtown Kuala Terengganu juga mengadakan pakej buffet Ramadhan bermula 30 Mac sehingga 20 April namun diadakan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja.

Harga tempahan adalah RM 64 untuk dewasa manakala RM 40 untuk kanak-kanak dan warga emas. Nak menu lebih sedap, tempah set siakap yang bernilai RM 84 dan sesuai untuk hidangan 4 orang. Bagi tetamu yang menginap di hotel ini, diskaun diberikan dan hanya perlu membayar RM 58 seorang.

Alamat: NO.30, JALAN TOK LAM, 20100 KUALA TERENGGANU, Kuala Terengganu, Malaysia

Duyong Marina & Resort

Duyong Marina & Resort menyediakan buffet berbuka puasa yang berkonsepkan Warna Warni Malaysia pada tahun ini. Harga untuk dewasa ialah RM 79, warga emas RM 59 manakala untuk kanak-kanak, harganya ialah RM 49. Untuk tempahan awal yang terhad 500 baucar sahaja, anda akan mendapat harga tawaran RM 69 sahaja.

Alamat: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Grand Puteri Hotel

Selera Warisan Melayu merupakan tema hidangan utama untuk buffet Ramadhan yang diadakan oleh Grand Puteri Hotel. Sudah pasti aneka sajian tradisi atau masakan kampung menjadi menu utama. Harga tempahan ialah RM 68 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak.

Bagi yang membuat tempahan awal sehingga 21 Mac 2023, anda akan mendapat potongan harga iaitu serendah RM 55 sahaja. Memang jimat dan berbaloi!

Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Kuala Terengganu Golf Resort

Dari 25 Mac hingga 19 April 2023, anda juga boleh berbuka puasa di Saffron Cafe yang berada di Kuala Terengganu Golf Resort. Untuk tempahan awal, anda akan mendapat tawaran harga RM 53 tetapi terhad sehingga 28 Febuari sahaja.

Alamat: Persiaran KTGR, Jln Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

The Qamar Paka

Jika anda berada sekitar Paka, lekaslah tempah buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh The Qamar Paka. Menyediakan sajian tempatan bertemakan Cahaya Ramadhan, harga untuk dewasa ialah RM 78 dan RM 40 pula untuk kanak-kanak,OKU dan warga emas.

Alamat: Lot 473, Kampung Cacar, 23100 Paka, Terengganu

Sumai Hotel Apartment

Buffet berbuka puasa yang diadakan di Sumai Hotel Apartment menawarkan harga permulaan serendah RM 76 sahaja yang terhad untuk 100 orang terawal sebelum 24 April 2023. Lebih 70 jenis menu menanti anda dan antara yang menarik adalah Kambing Bakar, Gulai Kawah dan Sate.

Banyak kemudahan disediakan termasuk surau, tandas, parkir yang luas dan percuma. Dewan juga selesa dan cantik ala-ala taman bunga.

Alamat: 4479, Jalan Persinggahan, Kampung Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Paya Bunga Hotel Terengganu

Yang menarik tentang buffet Ramadhan yang disediakan di Paya Bunga Hotel ini, lebih 200 jenis makanan terhidang untuk dinikmati saat berbuka puasa. Konsep buffet Ramadhan Terengganu bagi hotel ini adalah Iftar Maidah Al-Barakah.

Untuk dewasa, harganya ialah RM 79 dan untuk kanak-kanak, harganya ialah RM 39. Mereka turut menawarkan harga promosi untuk 100 tempahan terawal iaitu RM 69 untuk dewasa. Antara kelebihan berbuka di sini adalah pengunjung berpeluang menikmati pemandangan 360 darjah Kuala Terengganu, parkir mudah, surau dan terawih berjemaah serta kawalan keselamatan.

Alamat: Jalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Rumbia Resort Villa

Rumbia Resort Villa yang terletak di Paka ini juga merupakan antara destinasi buffet Ramadhan Terengganu yang menarik dan berbaloi. Untuk dewasa, harga permulaan adalah RM 69 sahaja dan terhad sehingga 18 Mac 2023. Terdapat lebih 14 gerai yang tersedia dengan pelbagai jenis juadah sedap di sini.

Alamat: 23100 Paka, Terengganu

Raia Hotel Convention Centre

Bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023, Raia Hotel & Covention Centre menyediakan buffet berbuka puasa dengan tema Rasa Nostalgia. Harga dewasa ialah RM 87 dan RM 48 untuk kanak-kanak.

Harga belian awal sehingga 22 Mac 2023 adalah RM 77. Mereka turut mengadakan promosi dimana setiap pembelian 10 baucar akan mendapat 1 baucar percuma.

Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Hotel Permai

Hotel Permai merupakan antara lokasi buffet Ramadhan di Terengganu yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi serendah RM 68 untuk 200 orang terawal. Anda akan disajikan dengan lebih 150 menu istimewa termasuk Nasi Mandy Khabsa, Kambing Panggang dan Shawarma Daging.

Buffet ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Selain itu, ada juga pakej moreh serendah RM 15 dan pakej sahur serendah RM 18.

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Coffee Garden Terengganu

Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Kuala Terengganu ialah Coffee Garden yang terletak di UTC Kuala Terengganu. Selera tempatan merupakan hidangan yang disajikan. Tempahan awal terhad 150 pax akan mendapatkan harga buffet serendah RM 49.90 untuk dewasa manakala RM 20.90 untuk kanak-kanak.

Alamat: Lot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Kesimpulan

Ada destinasi buffet yang berjaya menarik minat anda? Jangan lepaskan peluang ini, terus membuat tempahan. Jika anda menempah pada tarikh yang lebih awal, berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi, jadi rebutlah peluang keemasan ini.

Yang penting, tempah awal juga untuk mengelakkan tiada tempat sebelum berbuka. Lebih-lebih lagi jika pergi beramai-ramai. Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.