Mencari kedai keropok lekor di Terengganu?

Terengganu merupakan salah satu negeri Pantai Timur di Malaysia yang cukup terkenal dengan tarikan pelancongan. Setiap kali musim percutian menjengah, pasti negeri ini akan dibanjiri dengan pelancong.

Bukan sahaja tarikan pelancongan, malah makanan di sini juga turut menambat perhatian ramai. Hidangan seperti nasi dagang juga turut diburu oleh ramai pengunjung.

Ini termasuklah keropok lekor, salah satu hidangan popular di sini. Jadi, berikut kami senaraikan 10 kedai keropok lekor di Terengganu. Teruskan membaca!

#1 Keropok Mengabang Tapah

Alamat: T1, Kampung Merang, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 9 pm

Kedai keropok lekor ini sememangnya cukup terkenal di Kuala Terengganu. Sebut sahaja namanya pada penduduk di sini, pasti mereka tahu kedai apa yang anda maksudkan.

kedai keropok lekor terengganu
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama keropok lekor yang dijual di kedai Keropok Mengabang Tapah ini ialah semuanya segar-segar belaka. Isi ikannya juga banyak, jadi memang enak. Jangan lupa untuk cicah bersama sosnya!

Servis yang ditawarkan di sini juga turut dipuji. Pekerja di sini dikatakan ramah dan ringan tulang. Ruang kedai yang luas juga membuatkan ramai pengunjung selesa menjamu selera di sini.

#2 Keropok Lekor Dynar Cawangan Utama

Alamat: Lot 8338, Kampung Buluh Gading, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am – 6 pm

Ingin mencuba keropok lekor yang lain daripada yang lain? Jika anda berada sekitar Kampung Buluh Daging, kedai keropok lekor yang wajib anda serbu ialah kedai Keropok Lekor Dynar.

kedai keropok lekor terengganu
Imej via Foursquare

Kelainan yang mencuri perhatian ramai terletak pada aneka jenis keropok lekor yang disajikan. Anda boleh cuba keropok lekor keju, lada hitam, lada hitam keju dan banyak lagi.

Bunyinya unik, rasanya juga sememangnya enak. Saiz keropok lekor yang tebal serta gabungan rasa keju dan lada hitam memang memikat hati ramai. Ruang parkir juga luas, jadi usah risau jika anda terlambat datang!

#3 Keropok Lekor Tokku

Alamat: 10, Jalan Losong Feri, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 am – 6 pm

Satu lagi kedai keropok lekor di Kuala Terengganu yang harus anda serbu ialah Keropok Lekor Tokku.

Terletak di Kampung Losong Masjid, keistimewaan utama keropok lekor di sini terletak pada kesegaran keropok lekornya. Ianya dibuat sendiri dan semestinya isi ikan yang digunakan berkualiti tinggi.

kedai keropok lekor terengganu
Imej via Foursquare

Tidak hairanlah rasanya begitu sedap sekali. Keropok lekor di sini turut dijual dalam bentuk sejuk beku. Beli sahaja, kerana kami yakin anda pasti akan merindui kelazatannya!

#4 Sibling’s Keropok Losong

Alamat: Kampung Kuala Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9 am – 7 pm

“Antara keropok lekor tersedap yang pernah saya cuba” – ini merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pengunjung kedai Sibling’s Keropok Losong.

Bukan itu sahaja, kebanyakan ulasan yang ditinggalkan juga positif, jelas menunjukkan yang keropok lekor di sini bukan biasa-biasa.

keropok lekor kuala terengganu
Imej via Foursquare

Keropok lekor yang disediakan menggunakan isi ikan segar yang banyak dan kurang tepungnya. Ini merupakan satu aspek yang cukup dititikberatkan oleh pencinta keropok lekor, jadi keropok lekor di sini memang terbaik!

#5 Keropok Warisan Losong

Alamat: 74, Jalan Kuala Hiliran, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm

Kalau dah namanya pun keropok warisan, semestinya kehebatan resepi warisan yang digunakan untuk menyediakan keropok lekor di sini tidak dapat dinafikan lagi.

Imej via Foursquare

Hal ini terbukti apabila rata-rata pengunjung yang mencuba keropok lekor di sini mengakui yang keropok lekor mereka bukan sahaja enak, malah istimewa rasanya.

Keropok lekornya lembut dan kenyal, tekstur yang sempurna untuk keropok lekor yang berkualiti tinggi. Rugi jika anda tak cuba sendiri!

#6 Keropok Lekor Sukaramai

Alamat: Kampung Ru Tujuh, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Melihat namanya, pasti anda dapat meneka yang keropok lekor yang disediakan di Keropok Lekor Sukaramai ini sememangnya disukai oleh orang ramai.

Imej via Foursquare

Kebanyakan keropok lekor mempunyai bau yang kadangkala kurang menyenangkan, namun berbeza dengan keropok lekor di sini. Ianya mempunyai bau yang memikat, jelas membuktikan kesegarannya.

Saiz keropok lekor yang tebal serta aneka jenis keropok lekor yang disajikan merupakan antara punca utama pengunjung di sini menggemari keropok lekor mereka, sangat menarik!

#7 Keropok Lekor Pozi

Alamat: Lot 18533, Jalan Selasih 6, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 am – 6 pm

Di Kampung Kubang Badak, antara kedai keropok lekor yang namanya menjadi sebutan ramai ialah Pozi Keropok Lekor.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis keropok lekor. Anda boleh cuba keropok lekor rebus dan Bebola Moza. Bebola Moza merupakan sajian keropok lekor yang dihidangkan bersama keju, memang enak!

Restoran ini juga turut menyediakan hidangan Pantai Timur seperti nasi dagang yang laku keras. Alang-alang singgah ke sini, cuba sahaja kesemuanya sekali!

#8 Keropok Lekor Sungai Rengas

Alamat: 860, Jalan Sungai Rengas, Kampung Sungai Rengas Baharu, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Di Jalan Sungai Rengas, kedai keropok lekor yang namanya kerap menjadi sebutan ramai ialah kedai Keropok Lekor Sungai Rengas. Lokasinya mudah sahaja untuk dicari, memang strategik.

Imej via Foursquare

Kedai keropok lekor ini menyajikan keropok lekor yang cukup segar. Jenis hidangan juga ada banyak, bikin ramai rambang mata.

Antara yang boleh anda nikmati ialah keropok lekor cheese, keropok keping, keropok lekor goreng dan keropok lekor vacuum. Sos yang manis dan pedas juga turut digilai oleh ramai pelanggannya!

#9 Keropok Lekor Wawa Merang

Alamat:  pt375 Kg. Pantai, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 9 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai Keropok Lekor Wawa Merang ini, kami yakin pasti anda akan rambang mata melihat susunan keropok lekor yang dijual.

Imej via Foursquare

Sememangnya bungkusan keropok lekor yang disusun memang banyak! Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati keropok lekor tersebut di kedai ini.

Semestinya kesegaran keropok lekor yang disediakan tidak dapat kami nafikan lagi. Dicicah pula bersama sos yang enak, pasti anda akan jatuh cinta dengan kelazatannya!

#10 Keropok Lekor Tok Molor

Alamat: Jalan Kampung Laut, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 9 pm

Keenakkan keropok lekor terletak kepada kualiti keropok lekor yang digunakan dan sos yang dihidangkan. Kami yakin anda pasti setuju dengan hal ini, bukan?

Jika anda cuba keropok lekor di kedai Keropok Lekor Tok Molor, kami yakin aspek yang disebutkan tadi pasti akan dipenuhi.

Imej via Instagram

Bukan sahaja menyajikan keropok lekor yang sedap, malah sos yang disajikan juga turut dipuji ramai. Pendek kata, anda wajib pesan sos lebih jika singgah di sini. Dijamin terlajak sedap!

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai keropok di Kuala Terengganu yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu kedai keropok lekor ini kerana semuanya memang terbaik!

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.