Mencari kafe di Kuala Terengganu?

Terengganu merupakan salah sebuah negeri Pantai Timur yang mempunyai pelbagai tarikan, terutamanya tarikan pelancongan. Pulau-pulau yang cantik serta tempat makan menarik merupakan antara keistimewaan negeri ini.

Ini termasuk juga dengan kafe-kafe yang terdapat di sini. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 kafe di Kuala Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Qawa Coffee

Alamat: 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Setiap hari, Sabtu – Selasa (12 pm – 12.30 am), Rabu & Khamis (12 pm – 2 am) dan Jumaat (5 pm – 2 am)

Pernah terdengar tentang kafe kontena? Di Kuala Terengganu, salah satu kafe berkonsepkan kontena yang paling popular ialah Qawa Coffee yang terletak di Kampung Mengabang Tengah.

kafe kuala terengganu
Imej via Foursquare

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Qawa Coffee merupakan syurga kopi, kerana kafe kontena ini menyediakan lebih 60 jenis kopi. Antara kopi yang boleh dicuba termasuklah mocha, capuccino, latte dan espresso. Selain kopi, makanan dan pencuci mulut juga turut disediakan.

#2 On The Way Kopitiam

Alamat: No. 147, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 12 pm

Kebanyakan kafe moden atau kafe hipster kerap menyajikan makanan Barat. Namun, perkara sebaliknya berlaku di On The Way Kopitiam, kerana kafe ini menyajikan hidangan Terengganu yang asli dan enak.

kafe kuala terengganu
Imej via Foursquare

Antara sajian Terengnnau yang boleh anda cuba ialah laksam, laksa Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, minuman pencuci mulut iaitu bingsu urut dihidangkan di sini. Bukan sahaja cantik rupanya, malah menyegarkan tekak.

#3 Oliva Cafe

Alamat: 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am

Mengidamkan makanan Barat? Singgah saja di Oliva Cafe yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu ini. Ada berbagai jenis hidangan yang disajikan seperti pencuci mulut, makanan berat stik, pasta dan burger.

kafe kuala terengganu
Imej via Foursquare

Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Smoked Paprika Ribs, Crab Spaghetti, Apple Crumble with Vanilla Ice Cream dan banyak lagi. Pendek kata jika anda ke sini, pasti anda akan rambang mata dengan menu-menu yang beraneka!

#4 The Syrup VS Soda

Alamat: 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 pm – 12 am

Kafe The Syrup VS Soda ini juga merupaan antara kafe di Terengganu yang wajib anda terjah. Kafe ini menyajikan makanan Barat yang berbagai pilihan yang sangat menyelerakan.

kafe kuala terengganu
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis makanan yang boleh dicuba. Antaranya ialah Spaghetti Carbonara, Double Chicken Burger, Meatballs dan banyak lagi. Minuman ice blended di kafe ini juga ada berbagai dan semestinya sedap!

#5 ThePayekCafe

Alamat: Jln Kubur Shariff, Taman Baiduri, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 11.30 pm

Adakah anda berada sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu? Jika ya, singgah sahaja di The Payek Cafe yang terletak di Taman Baiduri ini.

kafe kuala terengganu
Imej via Foursquare

The Payek Cafe merupakan kafe moden yang menyajikan hidangan tempatan dan Barat. Di sini, anda boleh cuba menu-menu seperti Crispy Chicken Burger, Chicken Chop, Chicken Grill, Nasi Goreng Kampung dan Tomyam Campur.

#6 Star Anise Cafe

Alamat: 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pm – 12 am

Ada pencinta kopi di sini? Jika anda berada sekitar Kuala Terengganu, anda wajib singgah di kafe Star Anise yang terletak di Kampung Banggul.

Imej via Foursquare

Antara jenis kopi yang dihidangkan ialah espresso, americano, mocha dan latte. Keistimewaan kopi di sini ialah ianya mempunyai bentuk kucing di permukaannya. Rasanya juga tidak terlampau manis, sangat menarik!

#7 Rahsia Kitchen

Alamat: 1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 7 pm, 8 – 11 pm

Kebanyakan kafe memang menyajikan makanan Barat, namun tak semua kafe menyediakan pilihan yang berbagai. Berlainan pula dengan Rahsia Kitchen kerana sajian Barat di sini bukan sahaja berbagai, malah sedap.

Imej via Foursquare

Antara menu terlaris di sini ialah Chicken Roulade yang merupakan potongan dada ayam yang disajikan bersama krim putih. Selain itu, menu lain seperti Chciken Salami Carbonara, Sirloin Steak dan Mac & Cheese juga turut disediakan.

#8 Dinnie Cafe

Alamat: Kampung Ladang Sekolah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Mahu menikmati minuman pencuci mulut yang menyegarkan tekak? Jika anda berada sekitar Kuala Terengganu, singgah sahaja di Dinnie Cafe.

Imej via Foursquare

Selain minuman pencuci mulut, kafe ini juga ada menyediakan makanan tempatan seperti mi goreng, mi bandung, nasi ayam kunyit dan kerabu maggi. Cukup beraneka pilihannya!

#9 The Pallet Cafe

Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Sekolah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5 – 11 pm

Seperti namanya, The Pallet Cafe ini menggunakan banyak palet kayu. Dindingnya dipenuhi dengan tanda kapur yang ditinggalkan oleh pelanggannya, sangat menarik bunyinya!

Imej via Foursquare

Hidangan yang disajikan di sini ialah hidangan Vietnam. Antara yang anda boleh cuba ialah Pho Chicken, Vietnamese Shrimp Roll dan Chicken Salad Noodle. Untuk minuman, jangan lupa untuk cuba Vietnamese Black Cofee yang pekat!

#10 Dabellicious Cafe

Alamat: Lot 37783 Rimba Square,Tingkat Bawah,Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, 21300 Kuala Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 2 – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm

Mahu bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati hidangan Barat dan Korea yang lazat? Singgahlah di Dabellicious Cafe yang terletak di Gong Pak Damat ini!

Imej via Instagram

Perkataan double pada nama kafe ini sebenarnya untuk menunjukkan yang terdapat dua jenis sajian di kafe ini. Antara menu yang boleh anda pesan ialah tteokbokki, spicy korean fried chicken, spaghetti carbonara, chicken chop dan lamb chop.

Kesimpulan

Sudah jumpa kafe di Kuala Terengganu yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.