Jika anda berada di Johor, pasti anda mencari destinasi buffet Ramadhan Johor untuk tahun ini yang menyediakan pakej yang berbaloi dan serasi dengan citarasa anda. Kami sediakan banyak pilihan tempat berbuka yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Sekali sekala berbuka di luar pasti memuaskan hati dan perut anda. Paling seronok bila dapat berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Bukan itu sahaja, anda juga akan berada di suasana yang meriah bersama umat Islam yang lain untuk berbuka. Situasi ini memang hanya dapat dirasai pada bulan mulia ini.

Tak perlu susah payah anda mencari tempat. Di sini kami ada sediakan senarai terkini (2023) untuk 30 destinasi buffet berbuka puasa di Johor yang boleh anda terjah untuk sesi iftar. Anda perlu pilih sahaja tempat dan menu yang anda mahu. Jom tengok senarai tersebut!

Berikut ialah senarai buffet berbuka puasa 2023 yang boleh anda terjah sekitar Johor:

Buffet Ramadhan 2023 Johor

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Zaituna Restaurant27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor79.0039.00Zaituna Restaurant
Ramada Meridin Johor Bahru5, Persiaran Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor128.0068.00Ramada Meridin
Thistle Johor BahruJalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor148.0085.00Thistle Johor Bahru
Amerin Hotel Johor BahruNo, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor119.0069.00Amerin Hotel JohorBahru
Capri by FraserMenara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor158.0086.00Capri By Fraser, Johor Bahru
DoubleTree by Hilton JBLokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor198 (Makan Kitchen) | 138 (The Food Store)99 (Makan Kitchen) | 69 (The Food Store)DoubleTree by Hilton (Johor Bahru)
Grand AlmizanAvenue M (Msuite Hotel) No 16A, Jalan Skudai, Stairts View, Johor Bahru88.0058.00Grand Almizan
Holiday Inn JB City CentreJalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor178.0098.00Holiday Inn Johor Bahru City Centre
KSL Hotel33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor120.00 60.00KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Grand Paragon18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor148.0074.00Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Impiana Hotel SenaiJalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor98.0045.00Impiana Hotel Senai
Holiday Villa Johor Bahru City Centre260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor158.00108.00Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Pulai Springs Resort Johor Bahru20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor128.0064.00Pulai Springs Resort
Four Points by Sheraton DesaruJalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor138.0069.00Four Points Desaru
Renaissance Johor Bahru2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor188.0094.00Renaissance Johor Bahru Hotel
GBW Hotel9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor98.0048.00GBW Hotel
KUROMA Buffet & DiningTD Central, 3, Jalan Sagu 21, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor149.0045.00-85.00KUROMA Buffet & Dining
St. Giles SouthkeyMid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor188.00St. Giles Southkey
Le Grandeur Palm Resort SenaiJalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor128.0068.00Le Grandeur, Palm Resort Senai
Amari Johor Bahru82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor178.0088.00Amari Johor Bahru
Hotel Sentral Johor Bahru17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor70.0040.00Hotel Sentral Johor Bahru
Good Hope HotelNo.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor80.0055.00Goodhope Hotel
Hotel Seri MalaysiaLOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor68.0034.00Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
Opero HotelNo 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, Johor Bahru188.0088.00Opero Hotel
TROVE Johor BahruJalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor160.00108.00TROVE Johor Bahru
Hard Rock Hotel DesaruJln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor138.0069.00Hard Rock Hotel Desaru Coast
Tunamaya Beach & Spa Resort81930 Bandar Penawar, Johor98.0068.00Tunamaya Beach & Spa Resort
The Els Club Desaru CoastDarul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor128.0064.00The Els Club Desaru Coast
Hotel Granada Johor Bahru55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor99.0079.00Hotel Granada Johor Bahru
Sunway Hotel Big BoxPersiaran Medini 5, Sunway City, 79250 Nusajaya, Johor138.0069.00Sunway Hotel Big Box
Fraser Place Puteri HarbourResidensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor158.0088.00Fraser Place Puteri Harbour

Zaituna Restaurant

Mahukan suatu kelainan untuk berbuka puasa? Apa kata anda berbuka di Zaituna Restaurant yang menyediakan buffet Ramadhan bertemakan True Arabian Buffet.

Terletak di Johor International Convention Centre, Persada Johor, pakej buffet Ramadhan ini diadakan bermula 25 Mac sehingga 21 April 2023. Lebih 55 hidangan menarik termasuk Nasi Arab, Kambing BBQ, Arab BBQ dan banyak lagi pilihan menanti anda!

Pakej buffet serendah RM 79 untuk dewasa manakala RM 39 untuk kanak-kanak. Setiap pembelian 10 pax akan mendapat 1 baucar/pax percuma. Bukan itu sahaja, diskaun istimewa akan diberikan buat tempahan secara berkumpulan atau korporat.

No telefon: 07 213 3577 | Whatsapp

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Ramada Remidin Johor Bahru

Ramada by Whyndam Meridin akan mengadakan buffet Ramadhan dengan tema Aneka Rasa Warisan. Paling menarik, mereka akan masak menu tradisional secara langsung di sana. Antara menu utama adalah Kambing Panggang, Sup Gear Box dan Satay.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird serendah RM 108 untuk dewasa. Harga ini sah sehingga 22 Mac sahaja.

No telefon: 07-531 8888

Lokasi: 5, Persiaran Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor

Thistle Johor Bahru

Jom rasai pengalaman berbuka puasa dengan istimewa bertemakan Citarasa Warisan Kampung. Menu utama yang disediakan berkonsepkan menu tradisi. Anda pasti suka dengan gulai daging salai, kibas panggang 30 hari, ikan siakap tiga rasa, air katira dan sebagainya.

Sambil menikmati juadah, anda akan ditemani dengan persembahan istimewa daripada selebriti terkenal. Pakej buffet ini diadakan bermula 23 Mac sehingga 20 April 2023.

No telefon: 07-267 8999

Lokasi: Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Amerin Hotel Johor Bahru

Jika anda berbuka di sini pasti anda rambang mata kerana banyak pilihan menu yang ada. Menu utama yang dihidang akan bertukar setiap kali. Selain menu utama, mereka turut menyediakan pelbagai gerai dengan menu yang berbeza seperti gerai kambing panggang, makanan laut, gerai gerai buah-buahan dan lain-lain.

Bukan sekadar berbuka puasa, ada tiga kelebihan berbuka di sini iaitu setiap 5 pembelian pakej akan mendapat 1 pakej buffet percuma, persembahan band secara langsung serta cabutan bertuah.

No telefon: 07-2330333

Alamat: No, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor

Capri by Fraser

Pakej buffet Ramadhan ini diadakan di tingkat 1, Caprilicious. Harga early bird? Sudah tentu ada iaitu serendah RM 148.

Bertemakan Juadah Warisan, pakej buffet di Capri by Fraser ini akan bermula dari 26 Mac 2023 hingga 18 April 2023. Pelbagai juadah menarik menanti anda!

No telefon: 607-277 0888

Lokasi: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor

DoubleTree by Hilton JB

Terdapat dua pakej buffet Ramadan yang boleh anda pilih iaitu Makan Kitchen yang bertemakan Sajian Antara Benua serta The Food Store dengan konsep Bazaar Selera Warisan. Kedua-dua pakej ini diadakan bermula 22 Mac sehingga 21 April 2022.

Lokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Grand Almizan

Jika anda ingin menempah baucer buffet Ramadhan di sini, buat tempahan segera kerana harganya sangat berbaloi iaitu RM88 untuk dewasa manakala RM58 untuk kanak-kanak. Buffet ini dianjurkan oleh Grand almizan yang terletak di M Suites Hotel.

Bertemakan Buffet Kampung Kita, terdapat lebih 40 hidangan buffet yang anda boleh pilih. Antara menu yang bakal mengenyangkan anda adalah Rojak, Daging Berlado, Bubur Pulut Hitam dan sebagainya.

No telefon: 011 1860 0471

Lokasi: 16A, Jalan Skudai, Straits View, Johor Bahru, Johor

Holiday Inn JB City Centre

Bertemakan Selera Warisan, sudah tentu menu utama yang disajikan adalah menu kesukaan rakyat Malaysia iaitu menu tradisi. Menu istimewa yang disajikan termasuk kambing golek warisan dengan 33 jenis herba, sup tanjung, oxtail asam pedas dan sebagainya.

Jika berkesempatan, jom grab harga promosi serendah RM 128 untuk seorang. Namun, baucer ini sah sehingga 4 April 2022 sahaja.

No telefon: 07-2078888

Lokasi: 80000, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

KSL Hotel & Resort

Jom buka puasa di KSL Hotel yang akan diadakan di Infusion Cafe & Restaurant yang berada di aras bawah hotel ini. Urusan anda untuk menunaikan solat selepas atau sebelum berbuka pasti mudah kerana pihak hotel menyediakan ruang solat yang selesa. Jom ber’Icip-Icip Buka Puasa di KSL’!

No telefon: +6 07 2882688

Lokasi:  33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Grand Paragon Hotel

Dengan tema Warna Warni Ramadan Buffet, anda mempunyai pelbagai pilihan makanan enak untuk berbuka.

Jom dapatkan harga promosi sebelum 19 Mac 2023 untuk dapatkan tawaran harga serendah RM 118 sahaja!. Harga asal untuk dewasa adalah RM 148 manakala kanak-kanak serendah RM 74 sahaja. Layari laman web atau hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: +607-268 5255 / 5252 / 5222

Lokasi: 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

Impiana Hotel Senai

Nak berbuka dengan keluarga atau rakan pejabat? Hotel ini menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuk percutian di salah satu penginapan milik Impiana!

Antara menu yang pasti membuat anda terliur adalah Nasi Briyani Gam, Daging Gulai Kawah, Lemang, Roasted Lamb dan sebagainya. Pakej ini diadakan bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023.

No telefon: +60 16-713 4590

Lokasi: Jalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor

Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Sajian Desa Ramadan merupakan konsep buffet Ramadan kali ini yang tentunya menyajikan masakan kampung kegemaran semua. Juadah termasuk nasi briyani kambing golek, rendang tok, sup tulang merah dan sebagainya!

Masih sempat untuk anda dapatkan harga promosi dengan harga RM 138. Harga ini sah sehingga 416 Mac 2023 sahaja. Jom ajak keluarga berbuka di sini!

No telefon: +607 290 3367/ +6016 679 4278

Lokasi:  260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Pulai Springs Resort Johor Bahru

Seperti biasa, Pulai Springs Resort dengan Gleneagles Terrace Restaurant tidak menghampakan dalam menyediakan pakej berbuka yang unik, menarik dan sedap! Dengan Bufet ala Bazar, pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih menu.

Dapatkan harga promosi serendah RM 110 untuk dewasa manakala RM 55 untuk kanak-kanak sebelum 13 Mac ini!

No telefon: 016-733 2918 / 016-733 2919

Lokasi: 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor

Four Points by Sheraton Desaru

Harga promosi yang ditawarkan adalah serendah RM 88 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas dengan kadar RM 44 sahaja. Harga ini sah sehingga 23 Mac 2023 sahaja. Paling best, setiap pembelian 10 baucar akan mendapat satu baucar percuma.

Dengan tema Citarasa 4 Juadah dan kolaborasi bersama Yatie Kitchen, menu yang diketengahkan merupakan menu dari setiap pelusuk negeri. Antara menu yang diketengahkan adalah Nasi Kerabu, Nasi Ambeng, Ayam Varuval dan sebagainya.

No telefon: +𝟔𝟎𝟏𝟕 𝟐𝟑𝟗 𝟗𝟏𝟔𝟑

Lokasi: Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Renaissance Johor Bahru

Buffet Ramadhan Johor Renaissance Johor Bahru menawarkan pakej berbuka berkonsepkan Sajian Tradisi Ramadan Buffet dengan pelbagai pilihan menu. Seperti yang anda lihat di atas, pelbagai menfaat jika anda membeli pakej dengan harga early bird.

No telefon: 017 771 3327

Lokasi: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

GBW Hotel

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi dengan RM 78 sahaja dan terhad sebelum 31 Mac 2023. Uniknya, buffet ramadhan kali ini bertemakan Resepi Warisan Meldrum. Sudah tentu juadah tempatan dan kontemporari ada untuk anda!

No telefon: +6016 710 0048

Lokasi: 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

KUROMA Buffet & Dining

Nak berbuka dengan menu yang unik dan luar biasa? Apa kata anda berbuka di KUROMA Buffet & Dining untuk berbuka dengan pelbagai menu Jepun. Jangan risau jika ingin membawa keluarga bersama berbuka di sini kerana ada juga pelbagai masakan melayu dan antara yang teristimewa adalah Ayam Masak Merah, Kambing Rendang Sambal Ikan Bakar dan kuih-muih.

No telefon: 019-7730 754

Lokasi: TD Central, 3, Jalan Sagu 21, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

St. Giles Southkey

Citarasa Warisan Johor merupakan tema bagi hidangan buffet berbuka puasa bagi St. Giles Southkey kali ini. Dapatkan harga promosi serendah RM 150 sahaja sebelum 13 Mac ini! Lebih jimat dan berbaloi!

Lokasi: Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai

Jom berbuka dengan Le Grandeur, Palm Resort Senai! Pasti tak mengecewakan kerana dapat menikmati pelbagai menu lazat. Jika anda membeli 5 voucher buffet, anda akan menerima 1 voucher percuma! Cepat, hubungi nombor tertera atau layari laman web mereka.

No telefon: 011 362 47754

Lokasi: Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor:

Amari Johor Bahru

Gurindam Asia Buffet merupakan tema buffet ramadan kali ini bagi Amari Johor Bahru. Sambil menjamu selera, pengunjung akan disajikan dengan persembahan muzik secara langsung dari 10Papers Band. Pakej buffet ini akan bermula dari 24 Mac sehingga 20 April 2023.

Konsep menu juga adalah makanan tradisi dan masakan Thai. Antara menu yang menanti anda adalah Kambing Gearbox, Somtam, Gulai Kawah, Ikan bakar dan banyak lagi!

Harga yang ditawarkan adalah RM 178 untuk dewasa, RM 158 untuk warga emas dan RM 88 untuk kanak-kanak. Setiap pembelian 5 baucar sebelum 15 Mac 2023 akan mendapat satu baucar percuma.

No telefon: +607 266 8888

Lokasi: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Hotel Sentral Johor Bahru

Jelajah Selera Bersama Sentral merupakan tema buffet ramadhan untuk kali ini. Pakej buffet ini diadakan bermula 24 Mac sehingga 20 April 2023. Tawaran harga memang sangat berbaloi dan mampu milik walaupun bertaraf hotel.

No telefon: 07 – 222 7788

Lokasi: 17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

GoodHope Hotel

Jika sempat, jangan lepaskan peluang untuk membeli baucer promosi serendah RM 70 yang sah sehingga 16 Mac 2023 sahaja. Dengan harga ini, anda boleh datang berbuka di hotel ini di satu tarikh yang anda mahu bermula 24 Mac sehingga 20 April.

No telefon: 07-557 2828

Lokasi: No.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor

Hotel Seri Malaysia

Harga yang ditawarkan oleh Hotel Seri Malaysia serendah RM 60 sahaja dan dapatkannya sebelum terlambat. Jom berbuka dengan Citarasa Istimewa@Seri Malaysia di Hotel Seri Malaysia!

Oh ya, anda pasti nak tahu menu istimewa yang ada. Menu utama adalah kambing bakar, sup gear box, shellout, yong tau foo dan pelbagai menu tradisi. Lain daripada yang lain!

No telefon: +607-2211002

Lokasi: LOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Opero Hotel

Lebih banyak pilihan menu di sini yang bakal membuatkan anda rambang mata dengan lebih 400 menu dari seluruh pelusuk dunia. Konsep hidangan di sini adalah Bazaar Makan-Makan, di mana pelbagai gerai dengan juadah berbeza menanti anda.

No telefon: 011 3680 0699

Lokasi: 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

TROVE Johor Bahru

Dengan konsep Nostalgia Di Bazaar, pelbagai menu istimewa ditawarkan buat pengunjung seperti Sup Tulang Merah Gearbox, Burasak, Gulai Kawah Kambing, Aneka Celup Tepung dan sebagainya.

Jika berkesempatan, jangan lupa dapatkan harga promosi serendah RM 98 sahaja sebelum 18 Mac 2023. Pakej buffet ini berlangsung dari 25 Mac sehingga 18 April 2023.

No telefon: 016 723 1917

Lokasi: Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hard Rock Hotel yang berada di Desaru juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pakej buffet yang menarik yang berkonsepkan Rentak Selera. Terdapat lebih 200 pilihan menu menati anda yang terdiri daripada menu tempatan dan antarabangsa.

Buat tempahan segera kerana pakej buffet adalah terhad. Jangan lupa dapatkan harga early bird serendah RM 128 untuk dewasa manakala RM 64 untuk kanak-kanak sebelum 23 Mac ini!

No telefon: +6012-738 8247 / +6012-738 8243.

Lokasi: Jln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor

Tunamaya Beach & Spa Resort

Tunamaya Beach & Spa Resort juga menyediakan buffet ramadhan dengan tema Sajian Dapur Ayahanda. Makanan utama yang disajikan sudah pasti makanan tempatan dan tradisi dan paling menarik untuk edisi tahun ini adalah konsep 7 Chef 7 Kawah. Nak tahu apa yang menarik? Anda perlu cubanya sendiri!

Jika anda membuat tempahan sebelum 20 Mac 2023, harga serendah RM 88 untuk dewasa manakala RM 58 untuk kanak-kanak menanti anda. Memang berbaloi dan mampu milik!

No telefon:  017 772 7328

Lokasi: 81930 Bandar Penawar, Johor

The Els Club Desaru Coast

Jom ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka dengan istimewa di The Els Club Desaru Coast yang bertemakan Jom Makan Ala Lokal. Pakej ini diadakan bermula 29 Mac sehingga 19 April 2023. Harga promosi ditawarkan adalah RM 108. Namun anda perlu dapatkannya sebelum 15 Mac 2023.

Antara menu yang diketengahkan adalah Gulai Ikan Patin, Asam Laksa, Bakso, Tauhu Kukus Ayam Cincang, Nasi Beriyani Daging, Kambing Bakar, Satay dan banyak lagi! Memang sedap belaka.

No telefon: +016-774 4038

Lokasi: Darul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Hotel Granada Johor Bahru

Mungkin Olla Restaurant di Hotel Granada Johor Bahru menjadi destinasi berbuka anda bersama yang tersayang. Dengan tema Citarasa Muhibbah Buffet, banyak station berkonsepkan warong yang menyediakan makanan tradisi dan manisan.

Sayur Pecal Leleh, Ikan Gulai Darat, Ikan Pari Asam Pedas mahupun Sotong Gulai Padang pasti membuatkan anda bertambah. Antara menu sampingan menanti anda adalah Mee Bandung, Laksa Johor dan Rojak Asma Mee Rebus.

Lakukan pembelian baucer dengan awal sebelum 22 Mac ini untuk dapatkan harga early bird serendah RM 79 untuk dewasa dan RM 59 untuk kanak-kanak.

No telefon: 017-799 8413

Lokasi: 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Sunway Hotel Bix Box

RM 118 ditawarkan buat anda yang membeli voucher sebelum 22 Mac 2023. Harga tersebut untuk dewasa manakala harga untuk kanak-kanak RM 59 sahaja.

Menu berbuka di sini tidak kurang hebatnya. Ada shellout, kambing golek, sup gearbox dan durian! Selepas pukul 8.00 malam, pengunjung akan dihidangkan dengan pemanis mulut yang sedap termasuk aiskrim Baskin Robbins. Paling best, ada persembahan secara langsung dari Cherlike Acoustic setiap hari!

No telefon: 019 2334738 / 011 2165 5355

Lokasi: : Persiaran Medini 5, Sunway City, 79250 Nusajaya, Johor

Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadhan di sini bertemakan Sajian Dari Dapur Ayahanda yang akan diadakan bermula 27 Mac sehingga 20 April 2023. Di sini juga ada harga promosi iaitu serendah RM 128 yang terhad sehingga 26 Mac ini!

Kambing dan Ayam Golek semestinya menu yang pasti membuatkan ramai terliur. Durian pun ada untuk peminat raja buah ini.

No telefon: 013-7786821

Lokasi: Residensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor

Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Johor yang mempunyai harga berpatutan. Menu-menu yang ditawarkan melalui laman web tempat tersebut juga kelihatan enak dan pasti buat anda terliur. Pakej pula sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Jika anda berminat dengan destinasi buffet yang kami senaraikan ini, lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda. Harga ini diberikan untuk anda yang terawal mengikut tempoh tertentu. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

Jangan lupa share artikel ini kepada rakan-rakan anda agar mereka turut mendapat manfaat. Selain artikel buffet berbuka puasa di sini, kami juga ada menulis artikel buffet berbuka puasa di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.