Bagi yang menetap atau berada di Perak pada bulan Ramadhan ini, sudahkah anda jumpa destinasi buffet yang terbaik untuk sesi berbuka puasa?
Jika belum, kami ada senarai 20 destinasi buffet Ramadhan sekitar Perak tahun 2023 untuk sesi iftar anda. Yang pasti, harga yang ditawarkan memang berpatutan. Teruskan membaca!
Di sini kami kongsikan senarai buffet Ramadhan 2023 Perak yang boleh anda terjah sekitar Perak:
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Hotel Seri Malaysia Ipoh | Jalan Sturrock, 31350 Ipoh, Perak | 65.00 | 45.00 | Hotel Seri Malaysia Ipoh |
Travelodge Ipoh | Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak | 75.00 | 52.50 | Travelodge Ipoh |
Kinta Riverfront Hotel & Suites | Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak | 108.00 | 78.00 | Kinta Riverfront Hotel & Suites |
Symphony Suites Hotel | Business Park, 41, Jln Lapangan Symphony, Pusat Kesihatan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak | 80.00 | 40.00 | Symphony Suites Hotel |
The Haven All Suite Resort | Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak | 158.00 | 138.00 | The Haven All Suite Resort |
Impiana Hotel Ipoh | 18, Jln Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak | 118.00 | 78.00 | Impiana Ipoh |
Weil Hotel Ipoh | 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak | 128.00 | 78.00 | WEIL Hotel |
MU Hotel | Level R, 18, Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak | 85.00 | 48.00 | MU Hotel |
Royal Perak Golf Club | Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak | 75.00 | 40.00 | Royal Perak Golf Club |
Gopeng Glamping Park | LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak | 40.00 | 25.00 | Gopeng Glamping Park |
Hotel Taiping Perdana | Lorong Koperasi 1, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak | 75.00 | 55.00 | Hotel Taiping Perdana |
Hotel Seri Malaysia Taiping | Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak | 68.00 | 58.00 | Hotel Seri Malaysia Taiping |
Hotel Grand Baron | 34000 Taiping, Perak | 58.00 | 33.00 | 017-581 7600 |
Novotel Taiping | 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak | 85.00 | 70.00 | 05-820 8239 |
The Regency Hotel Seri Warisan Taiping | 2453, Jalan Convent, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak | 48.00-60.00 | 35.00-45.00 | 05-805 2312 |
Bukit Merah Laketown Resort | Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak | 55.00 | 35.00 | Bukit Merah Laketown Resort |
The Orient Star Resort Lumut | Lot 203 @, 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak | 88.00 | 58.00 | The Orient Star Resort Lumut |
Casuarina Kuala Kangsar | Jalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak | 60.00 | 35.00 | Casuarina Kuala Kangsar |
Sayong Resort Kuala Kangsar | Persisiran Sayong, 33000 Kuala Kangsar, Perak | 30.00 | 25.00 | Sayong Resort Kuala Kangsar |
Hotel Seri Malaysia mempunyai pelbagai cawangan dan salah satunya terletak di Ipoh. Untuk buffet Ramadhan, harga yang ditawarkan ialah RM 65 untuk dewasa, RM 45 untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dan RM 55 untuk warga emas. Harga untuk tempahan awal turut ditawarkan dan ianya serendah RM 45. Dapatkannya sekarang selagi masih ada!
Seperti biasa, pengunjung akan disajikan dengan menu utama dan istimewa iaitu Daging Gulai Kawah. Buffet Ramadhan di sini bermula 24 Mac sehingga 20 April 2023.
Alamat: Jalan Sturrock, 31350 Ipoh, Perak
Buffet Ramadhan yang disediakan di Travelodge Ipoh ini memang berbaloi. Harga untuk dewasa sekadar RM 75 manakala harga untuk kanak-kanak dan warga emas ialah RM 52.50. Ianya berlangsung bermula 27 Mac hingga 18 April 2023.
Hidangan melebihi 100 jenis masakan ala kampung dan masakan barat ada disajikan untuk buffet kali ini. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi iaitu RM 68 untuk dewasa manakala RM 48.00 untuk kanak-kanak dan warga emas sebelum 27 Mac ini!
Alamat: Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak
Kinta Riverfront Hotel & Suites turut menawarkan buffet Ramadhan bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023. Untuk dapatkan harga early bird yang lebih jimat, lakukan tempahan segera!
Dengan tema Ramadan Iftar Sinar 2.0, lebih 100 menu menanti anda. 7 menu untuk 7 hari seminggu dengan 7 warong yang ada. Menu istimewa semestinya Kambing Golek!
Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak
Iftar @ Symphony juga merupakan pilihan terbaik untuk berbuka bersama keluargaa mahupun rakan-rakan. Harga promosi ditawarkan serendah RM 65 sahaja jika anda mendapatkannya sebelum 20 Mac 2023. Dengan setiap pembelian 10 baucar anda akan mendapat 1 baucar percuma.
Alamat: Business Park, 41, Jln Lapangan Symphony, Pusat Kesihatan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Hotel bertaraf 5 bintang ini turut menyediakan pakej buffet Ramadhan yang bermula 24 Mac sehingga 20 April 2023. Berkonsepkan Sajian Iftar Warisan Desa, terdapat dua set menu yang ditawarkan kepada pengunjung mengikut tarikh tertentu. Paling istimewa semestinya Kambing Panggang Ala Arab dengan Nasi Mandy. Kambing dipanggang secara langsung tau!
Mesti ada yang menantikan harga promosi. Pengunjung berpeluang mendapat diskaun sebanyak 25% dengan pembelian awal sebelum 1 Mac 2023!
Alamat: Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak
Impiana Hotel yang terletak di Ipoh ini ada menyediakan buffet Ramadhan bermula dari 25 Mac hingga 21 April 2023. Untuk tempahan awal sebelum 21 Mac 2023, anda akan mendapat harga promosi serendah RM 95. Buffet yang akan diadakan di The Coffee House di lobby ini akan menyajikan lebih 100 menu menarik.
Alamat: 18, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak
Bermula 25 Mac sehingga 21 April 2023, TIFFIN Restaurant membawakan pakej iftar bertemakan Tradisi Warisan Bonda dengan pelbagai menu tradisi yang pasti dpat mengimbau nostalgia.
Jika anda mahu datang beramai-ramai, apa kata anda membuat tempahan awal sebelum 7 April 2023 untuk mendapat 2 baucar percuma untuk setiap pembelian 10 baucar buffet. Kemudahan surau disediakan di sini.
Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak
Mahu berbuka puasa dengan menikmati aneka jenis sajian tradisional? Jom berbuka dengan Sajian Diari Ramadan bersama MU Hotel. Buffet berbuka puasa ini bermula 28 Mac sehingga 20 April 2023 pada setiap Selasa hingga Sabtu sahaja.
Antara menu yang menanti anda adalah Roti John, Bubur Lambuk, Ayam Rendang Pedas, Sup Kambing Mamak Style, Watermelon Sup Ayam, Kambing Bakar, BBQ dan banyak lagi! Kemudahan parkir percuma dan surau disediakan buat pengunjung.
Alamat: 18, Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak
Harga promosi yang ditawarkan untuk pakej buffet Ramadan di sini adalah serendah RM 58 sahaja namun terhad penjualannya bermula 25 Mac sehingga 27 Mac sahaja. Pakej buffet diadakan bermulla 25 Mac sehingga 20 April 2023. Kemudahan surau dan pengangkutan shuttle disediakan.
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak
Berada sekitar Gopeng? Antara lokasi buffet Ramadhan sekitar sini ialah Gopeng Glamping Park. Harga yang ditawarkan memang berpatutan iaitu RM 40 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak berumur 25 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.
Banyak menu yang disediakan dan pasti memenuhi citarasa anda seperti Nasi Arab, Ayam Panggang, Gulai Daging Umbut Pisang, Spageti, Set Kambing dan sebagainya.
Alamat LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak
Mencari Kambing Golek untuk hidangan berbuka puasa? Jom berbuka puasa dengan Fenomena Ramadhan Lapan Sekawan di Hotel Taiping Perdana. Harga memang berpatutan iaitu serendah RM 75 sahaja untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Kemudahan surau disediakan dengan selesa. Bukan itu sahaja, setiap hari Jumaat hingga Ahad, akan ada persembahan istimewa menanti anda.
Alamat: Lorong Koperasi 1, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
Bermula dari 24 Mac hingga 20 April 2023, anda boleh menikmati buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Taiping. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM 50 sahaja! Menu utama yang disajikan ialah Gulai Daging Kawah Umbut Pisang dan Kambing Bakar.
Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Lokasi buffet Ramadhan di Perak seterusnya ialah di Hotel Grand Baron yang bermula dari 24 Mac hingga 20 April 2023. Harga yang ditawarkan untuk dewasa ialah RM 58, untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas ialah RM 38 dan untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun ialah RM 33.
Jom dapatkan harga promosi serendah RM 48 sahaja untuk dewasa bermula 1 Mac sehingga 15 Mac 2023!
Alamat: 34000 Taiping, Perak
Berkonsepkan Citarasan Ramadhan Novotel, pelbagai menu menarik menanti anda. Jika berkesempatan, dapatkan harga early bird serendah RM 75 sahaja yang sah sehingga 19 Mac ini! Pakej buffet ini diadakan bermula 29 Mac sehingga 20 April 2023!
Alamat: No 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak
Ada yang teringin Gulai Kawah Umbut Pisang dan Kambing Golek di bulan puasa? Anda juga boleh dapatkannya di The Regency Hotel Seri Warisan. Berkonsepkan Menggamit Kenangan, pelbagai menu tradisi yang boleh anda dapati dengan enak.
Alamat: 2453, Jalan Convent, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
Jom berbuka dengan tema Santapan Rasa Desa Buffet Ramadan di Bukit Merah dengan tiga pilihan set menu berbeza mengikut tarikh tertentu. Anda pasti rambang mata untuk memilihnya. Pakej buffet ini bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023.
Jom grab harga early bird serendah RM 48 untuk dewasa manakala RM 28 untuk kanak-kanak dan warga emas. Harga ini terhad untuk pembelian awal sehingga 20 Mac 2023 sahaja.
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Bagi warga Lumut, anda boleh menikmati buffet Ramadhan di The Orient Star Resort. Harga yang ditawarkan ialah RM 88 untuk dewasa dan RM 58 untuk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun.
Nak lebih berbaloi, lakukan tempahan awal sebelum 22 Mac untuk mendapatkan harga serenda RM 78 untuk dewasa manakala RM 48 untuk kanak-kanak dan warga emas. Buffet Citarasa Kampung ini bermula 25 Mac sehingga 19 April 2023.
Alamat: Lot 203 @, 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak
Berkonsepkan Buffet Ramadan Sajian Desa, pengunjung bakal menikmati lebih 50 sajian terdiri daripada menu utama sehingga pencuci mulut. Antara menu menarik di sini adalah Kambing Golek, Aneka Kerabu, Sate dan Sup Tulang.
Jika anda membuat pembelian sebelum 7 Mac, harga istimewa akan anda perolehi iaitu serendah RM 56 sahaja!
Alamat: Jalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Serendah RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak, pengunjung dapat menikmati pelbagai menu sajian tradisi yang enak. Namun harga ini untuk mereka yang melakukan tempahan secara dalam talian sahaja.
Alamat: 1, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar, Perak
Bagaimana? Sudah terjumpa destinasi buffet yang dicari? Sebenarnya memang banyak destinasi buffet di sini. Lebih menarik, ada juga yang masih menawarkan harga promosi.
Jika anda sudah terjumpa destinasi buffet yang anda bakal serbu, lekas-lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat. Selamat berbuka!
Selain artikel buffet berbuka puasa di sini, kami juga ada menulis artikel buffet berbuka puasa di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.