Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk sesi iftar nanti?
Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?
Jangan risau, kami ada senarai buffet Ramadhan yang terkini. Harga yang dipaparkan adalah harga normal. Jika sempat, dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda! Nak maklumat lebih lanjut? Tekan sahaja link yang disertakan pada setiap tempat.
Melalui artikel ini, kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!
Buffet Ramadhan 2023 Kuala Lumpur
Lokasi | Nama Tempat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-Kanak (RM) | Info Selebihnya |
---|---|---|---|---|
Kuala Lumpur | The RuMa Hotel & Residences | 218.00 | Info | |
Kuala Lumpur | Aloft Kuala Lumpur Sentral | 168.00 | 168.00 | Info |
Kuala Lumpur | Eastin Hotel Kuala Lumpur | 165.00 | 165.00 | Info |
Kuala Lumpur | Sheraton Petaling Jaya | 118.00 | 59.00 | Info |
Kuala Lumpur | Royale Chulan Kuala Lumpur | 150.00 | 100.00 | Info |
Kuala Lumpur | Corus Hotel Kuala Lumpur | 108.00 | 70.00 | Info |
Kuala Lumpur | Element Kuala Lumpur (Menara ilham) | 148.00 | 74.00 | Info |
Kuala Lumpur | Pullman Kuala Lumpur City Centre | 199.28 | 100.70 | Info |
Kuala Lumpur | Sama-Sama Hotels | 156.00 | 72.00 | Info |
Kuala Lumpur | Sime Darby Convention Centre | 140.00 | 140.00 | Info |
Kuala Lumpur | Sheraton Imperial Hotel | 198.00 | 98.00 | Info |
Kuala Lumpur | The Westin Kuala Lumpir | 128.00 | 128.00 | Info |
Kuala Lumpur | Le Meridien Kuala Lumpur | 188.00 | 94.00 | Info |
Kuala Lumpur | Novotel Kuala Lumpur City Centre | 128.00 | 76.80 | Info |
Kuala Lumpur | Flamingo Hotel Kuala Lumpur | 78.00 | 58.00 | Info |
Kuala Lumpur | Hotel Maya Kuala Lumpur | 110.00 | 55.00 | Info |
Kuala Lumpur | Putra World Trade Centre (PWTC) | 108.00 | 75.00 | Info |
Kuala Lumpur | Tamu Hotel & Suites | 159.00 | 79.00 | Info |
Kuala Lumpur | Warisan Selatan @ Dorsett Hartamas Kuala Lumpur | 98.00 | 68.00 | Info |
Kuala Lumpur | St, Regis Kuala Lumpur | 248.00 | 248.00 | Info |
Kuala Lumpur | Premiera Hotel Kuala Lumpur | 128.00 | 64.00 | Info |
Kuala Lumpur | Pullman Kuala Lumpur Bangsar | 168.00 | 84.00 | Info |
Kuala Lumpur | Berjaya Times Square Hotel | 148.00 | 88.00 | Info |
Kuala Lumpur | Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur | 120.00 | 60.00 | Info |
Kuala Lumpur | Pavilion Hotel Kuala Lumpur | 188.00 | 94.00 | Info |
Kuala Lumpur | Impiana KLCC Hotel | 178.00 | 89.00 | Info |
Kuala Lumpur | Sofitel Kuala Lumpur Damansara | 128.00 | 64.00 | Info |
Kuala Lumpur | Grand Millennium Kuala Lumpur | 179.00 | 179.00 | Info |
ATAS di The RuMa Hotel & Residences membawakan pakej buffet Ramadan bertemakan Hidangan Tradisi iaitu Edisi Nyonya. Antara menu yang pasti menambah selera anda adalah ayam Pong Teh, sotong ink sambal dan Ikan Kapitan. Menu tradisi turut disediakan seperti lemang pulut hitam, serunding ayam, onde-onde dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird serendah RM 174.40 sebelum 10 April 2022! Anda bertuah jika melakukan pembayaran menggunakan akaun CIMB sama ada kredit atau debit kerana anda berpeluang mendapat diskaun sebanyak 30%.
Bagi pemegang akaun Maybank pula, anda layak mendapat diskaun sebanyak 20%! Lebih jimat dan lebih berbaloi. Apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang!
No telefon: +603 2778 0888
Lokasi: 7, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom berbuka di Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan tema Mari-Mari Makan. Juadah yang disediakan adalah menu di serata negeri. Antaranya adalah ayam percik Kelantan, nasi briyani Johor dan kambing bakar berempah. Harga promosi hanya RM 118 dan sah sehingga 31 Mac 2022! Cepat dapatkannya sekarang!
No telefon: 03 2723 1154
Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom ber ‘Icip-Icip Kampungku’ di Eastin Hotel Kuala Lumpur. Antara menu yang masti membuat anda menelan liur adalah nasi arab, sup gear box berempah, nasi lemak kukus daun teratai dan banyak lagi! Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 125 untuk seorang sebelum 3 April 2022.
No telefon: +603 7665 1111
Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Di sini anda mempunyai dua pilihan samaada ingin berbuka di Feast atau Ballroom Banquet. Kedua-dua restoran yang berada di Sheraton Petaling Jaya Hotel ini masing-masing menggunakan tema Citarasa Rantau dan Santapan Iftar.
Antara menu yang menanti anda adalah ayam percik, rendang daging minang dan sayur paku belacan. Kesemua menu adalah menu yang dihasilkan mengikut negeri. Jom hubungi nombor tertera untuk mengetahui apa makanan yang dirindui di negeri anda.
No telefon: 03 7622 8888
Lokasi: Jalan Utara C, Petaling Jaya, Selangor
Cahaya Ramadhan Buffet 2022 pasti tidak akan menghampakan anda dalam menyediakan pakej berbuka yang terbaik. Sambil menjamu selera, anda akan dihidangkan dengan persembahan ghazal. Tak cukup dengan itu, pihak hotel turut menyediakan ruang solat, solat terawih bersama serta kaunter zakat.
No telefon: 03-2688 9688
Lokasi: No 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Dondang Sayang bawakan pakej buffet Ramadhan bertemakan Santapan Warisan bermula 5 April sehingga 30 April 2022. Antara menu utama yang disediakan terdiri daripada makanan tempatan, makanan barat dan timur tengah. Dengan pembelian 10 baucer anda akan dapat baucer percuma. Jom ajak keluarga berbuka di sini!
No telefon: 03 2161 8888
Lokasi: Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala Lumpur
Trace Restaurant & Bar akan menyajikan makanan tradisi Malaysia dengan tema Juadah Selera Kita. Anda boleh peroleh harga promosi serendah RM 108 yang sah sehingga 31 Mac ini. Pakej buffet ini bermula 8 April sehingga 29 April 2022.
No telefon:+603 2771 3388/ 3351
Lokasi: Ilham Tower, 8 Jalan Binjai, Kuala Lumpur
Jika anda berbuka di sini, anda pasti dapat menikmati menu seperti kambing kuzi, ketam berlado dan masakan yang dimasak secara langsung. Jangan lupa dapatkan harga early bird serendah RM 128 untuk dewasa dan RM 65 untuk kanak-kanak. Nak maklumat lanjut, layari laman web Pullman Kuala Lumpur.
Lokasi: Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
Anda dapat merasakan Sajian Antara Benua jika berbuka di sini. Setiap menu dibawakan dari tujuh benua yang pasti menyelerakan. Anda boleh dapatkan harga promosi sebelum 25 Mac dengan kadar RM 125 untuk dewasa. Jika anda ingin mencuba makanan tradisi dari pelbagai negara, anda memang patut cuba di sini!
No telefon: 03 8787 3333
Lokasi: Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor
KLGCC turut menyediakan pakej buffet yang berbaloi. Anda boleh peroleh harga early bird dengan RM 98 untuk pelawat. RM 86 pula dikenakan jika anda adalah ahli. Cepat dapatkannya kerana harga ini terhad selagi baucer masih ada! Mungkin ini buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang sesuai dengan citarasa anda!
No telefon: 03-2011 9187/189
Lokasi: 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur
Raikan bulan mulia ini dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan untuk berbuka di Sheraton Imperial Hotel. Dengan konsep Selera Rasa Senja, dapatkan harga promosi serendah RM 108 sahaja. Pihak hotel turut menyediakan 3 pakej berbuka dengan pakej penginapan atau pakej mesyuarat.
No telefon: 012 3379980
Lokasi: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
The Westin Bazaar merupakan konsep buffet pada kali ini. Sudah pasti pelbagai hidangan buffet disediakan dengan enak. Pakej berbuka dianjurkan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Pihak hotel menawarkan pakej promosi serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Jom lakukan tempahan segera!
No telefon: +603 2773 8495
Lokasi: 199 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Jemput Santap Buffet Dinner akan diadakan bermula 3 April hingga 7 Mei 2022. Harga yang ditawarkan adalah RM 138 untuk dewasa manakala RM 69 untuk kanak-kanak dengan waktu promosi yang terhad. Nak merasa makanan Jepun, makanan barat dan menu tradisi? Anda memang digalakkan untuk berbuka di sini!
No telefon: +60322637888
Lokasi: 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur
Kambing bakar percik cheese leleh, sup huru hara, ikan siakap kerabu mangga dan pelbagai menu lain yang lazat menanti anda di Novotel Hotel Kuala Lumpur. Dapatkan diskaun RM 28 jika anda membeli baucer sebelum 31 Mac 2022. Lebih berbaloi dan jimat!
No telefon:03-2147 0888
Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Flamingo Hotel antara pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2022 yang menawarkan harga bawah RM 100. Sajian disediakan bertemakan masakan tempatan dan India. Jika anda ingin mengetahui senarai menu yang ada, buka sahaja laman Facebook Flamingo Hotel KL.
No telefon: 03 42563288
Lokasi: 5, Tasik Ampang, Jln Hulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Anda pasti dapat menjamu selera dengan seronok kerana di sini anda dapat melihat persembahan buskers secara langsung. Bertemakan Citarasa Simfoni Malaysia, harga promosi yang sah sehingga 5 April 2022 sekadar RM 88 untuk seorang dewasa. Berminat? hubungi segera nombor di bawah.
No telefon: 012 282 8187
Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jika anda mencari hotel yang menyediakan kemudahan untuk solat selepas berbuka, anda akan mendapatkannya di World Trade Centre kerana terdapat masjid yang berada di tingkat 3. Bertemakan aneka selera desa, juadah tradisi pastu menyelerakan anda!
No telefon: 03 2614 6702
Lokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
[email protected] Restaurant akan menyajikan pelbagai menu menarik iaitu nasi mandy kambing dulang besar dan 100 pilihan menu yang lain. Sebanyak 15% diskaun diberikan jika anda membeli baucer sepanjang bulan Mac 2022. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekarang.
No telefon: 019-303 9360
Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buat tempahan awal sebelum 31 Mac ini untuk dapatkan tawaran harga serendah RM 88 seorang. Hotel ini turut menyediakan makanan tradisi namun terdapat sedikit kelainan iaitu dengan citarasa selatan. Jom ajak keluarga dan kawan-kawan berbuka di sini!
No telefon: 03 6209 8888
Lokasi: Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Jom berbuka dengan Malam Warisan Melayu yang menyajikan makanan tradisi dan tempatan di seluruh negeri. ‘Signature dish’ yang diketengahkan oleh hotel ini adalah kelazatan enam jenis sambal yang pasti membuatkan anda jatuh cinta. Hubungi nombor di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut.
No telefon: 012 2801303
Lokasi: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sajian Dendang Perantau Buffet merupakan konsep buffet Ramadhan bagi Premiera Hotel. Anda pasti gemar dengan menu utama iaitu sup gear box 6 sekawan, kambing bakar 40 hari dan durian dusun kami. Jom peroleh harga jimat dengan RM 98 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak sebelum 5 April 2022!
Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Pakej buffet Ramadhan di sini bermula 4 April sehingga 1 Mei 2022. Dengan tema Khazanah Sajian Desa, sudah pasti menu tradisi dihidangkan kepada anda. 20% diskaun akan diberi jika anda beli baucer sebelum 31 Mac 2022! Jimat bukan?
No telefon: +603 2298 1888
Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Unik dari buffet yang lain, di sini anda berpeluang rasai menu istimewa dengan citarasa Iran. Harga yang ditawarkan adalah RM 100 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Nak tahu menu lain yang ada? Hubungi nombor yang tertera.
No telefon: 018 668 8176
Lokasi: 1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Jom berbuka dengan Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel! Dengan pembelian 10 baucer, anda akan peroleh 1 baucer percuma. Namun anda perlulah menjadi yang terawal untuk dapatkannya. Di sini juga kaunter zakat disediakan untuk anda.
No telefon: +60 11-2175 3626
Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema buffet ramadhan kali ini di Pavilion Hotel adalah Muhibbah Malaysia. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM 150 untuk dewasa. Muhibbah Malaysia Dinner Buffet ini dibuka bermula 7 April sehingga 1 May 2022. Jika anda ingin berbuka di sini, anda digalakkan membuat pembelian satu hari sebelum tarikh berbuka.
No telefon: 03 2117 2821
Lokasi: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tonka Bean Cafe merupakan tempat yang akan mengadakan pakej berbuka ini dengan tema Selera Ramadan. Anda pasti suka dengan menu utama seperti nasi briyani gam kambing istimewa, durian station, ais krim Baskin Robbins dan banyak lagi! Kesemuanya berkonsepkan makanan tempatan, antarabangsa dan citarasa Asia.
No telefon: 03 2147 1111
Lokasi: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Uniknya di sini anda dapat berbuka sambil mendengar alunan gamelan daripada Gita Gangsa. Bertemakan Destinasi Rasa Serantau, sebanyak 20% diskaun akan diberi jika anda membuat pembelian awal sebelum 1 April 2022! Hubungi nombor tertera untuk membuat sebarang pertanyaan atau tempahan.
No telefon: 03-2720 6608
Lokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Jangan lepaskan peluang untuk turut merasai Buka Get Together dengan menu utama seperti daging masak hitam, bubur cha cha sejuk, lamb sagwala dan macam-macam lagi! Di sini juga terdapat surau untuk memudahkan anda solat maghrib. Lepas berbuka, bolehlah anda membeli-belah di sini.
No telefon: 03-21174303
Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Disini kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Shah Alam:
Buffet Ramadhan 2022 Shah Alam
Lokasi | Nama Tempat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-Kanak (RM) | Info Selanjutnya |
---|---|---|---|---|
Shah Alam | Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) | 88.00` | 44.00 | Info |
Shah Alam | TH Hotel Kelana Jaya | 69.90 | 39.90 | Info |
Shah Alam | ARMADA Petaling Jaya | 98.00 | 49.00 | Info |
Shah Alam | One World Hotel | 128.00 | 128,00 | Info |
Shah Alam | Grand Barakah Hotel Ampang | 118.00 (Warisan Kampung) 98.00 (Citarasa Barakah) | 38.00 | Info |
Shah Alam | Best Western i-City Shah Alam | 120.00 | 96.00 | Info |
Shah Alam | Concorde Hotel Shah Alam | 135.00 | 67.50 | Info |
Shah Alam | Nexus Regency Suites & Hotel | 110.00 | 70.00 | Info |
Shah Alam | Hotel Tenera | 118.00 | 59.00 | Info |
Shah Alam | Mardhiyyah Hotel & Suites | 145.00 | 90.00 | Info |
Shah Alam | Avante Hotel | 148.00 | 74.00 | Info |
Shah Alam | The Saujana Hotel Kuala Lumpur | 136.00 | 136.00 | Info |
Shah Alam | Geno Hotel | 130.00 | 70.00 | Info |
Lebih 80 menu akan disajikan kepada anda jika anda berbuka di sini dengan tema Selera Orang Kita. Antara menu tumpuan adalah kambing kebuli, apam lenggang, daging bakar masak lemak dan sebagainya. Harga early bird adalah RM 78 dan anda boleh dapatkan sebelum 1 April 2022.
No telefon: 03-55118858
Lokasi: No.4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam, Selangor
Bertemakan Citarasa Malaysia, anda boleh menyaksikan secara langsung proses memasak ikan keli goreng berlado dan sebagainya. Kelebihan berbuka di sini adalah anda boleh solat berjemaah sewaktu maghrib dan terawih di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. Parkir dan wifi juga disediakan buat anda dengan percuma.
No telefon: 03 – 78736297
Lokasi: Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Selera Ramadhan Iftar Buffet akan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022. Harga early bird akan ditawarkan mulai 1 Mac dengan terhad. Melalui harga ini, anda hanya perlu membayar RM 78 sahaja. Nak maklumat lanjut, segera hubungi nombor tertera.
No telefon: +603 7954 6888 ext 4557 or 4630
Lokasi: Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Berbuka dengan Imbasan Nostalgia buffet di One World Hotel untuk menikmati juadah tradisi. Anda boleh mencuba lebih 80 menu masakan kampung yang lazat. Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh diskaun sebanyak 28% sebelum 1 April ini!
No telefon: 016 339 1060
Lokasi: First Avenue, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya, Selangor
Cenderawasih Grand Ballroom dan Kafe Teratai Garden tidak melepaskan peluang untuk mengadakan buffet Ramadan dengan tema Warisan Kampung dan Citarasa Barakah. Anda boleh memilih salah satu tempat untuk berbuka di sini. Yang pastinya semua lebih 100 menu menarik dan pasti memuaskan!
No telefon: 0342707070
Lokasi: Jalan Selaman 1/2 Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang, Ampang, Selangor
Dengan tema Malaysian Favourites, pasti salah satu makanan kegemaran anda disediakan di sini. Anda menu yang terkenal adalah shellout, kambing bakar dan oden. Bukan itu sahaja, terdapat 8 buah gerai disediakan mengikut jenis makanan seperti ais kacang, kebab dan aneka mi.
No telefon: +603 5521 9000
Lokasi: A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, i-City, Selangor Golden Triangle, Shah Alam, Selangor
Sesekali ajak keluarga berbuka di hotel pasti seronok. Ajak sahaja yang tersayang berbuka di Iftar Kota Anggerik di Hotel Concorde Shah Alam. Jika berkesempatan, dapatkan 20% diskaun sebelum 2 April 2022 agar lebih jimat dan berbaloi.
No telefon: +603 5520 8000
Lokasi: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Buffet Aneka Citarasa di Nexus Regency Suites & Hotel pasti dapat memenuhi citarasa berbuka anda. Pelbagai jenis hidangan melazatkan disediakan oleh Seni Kitchen untuk pilihan anda.
Anda perlu cuba kerana pakej buffet sangat berbaloi dan mampu milik. Buffet Ramadan di sini akan berlangsung dari 7 April sehingga 30 April 2022. Jangan lepaskan peluang, cepat buat tempahan selagi pakej masih ada!
No telefon: 011 1100 5525 / 010 988 5788
Lokasi: 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor
Nak berbuka dengan suasana di bawah Seribu Bintang? Tawaran harga akan diberikan bermula 11 Mac hingga 25 Mac sahaja. Jika anda membeli sebelum tarikh promosi tamat, anda akan mendapat harga serendah RM 75 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak.
No telefon: +603-5039 8888
Lokasi: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Jika anda ketinggalan dalam mendapatkan harga promosi yang lepas, pihak hotel telah membuka peluang membuka semula tawaran harga sehingga 28 April ini. Namun, anda perlu dapatkan harga ini di Restoran Selasih Garden bermula 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Jom Balik Kampung dan berbuka di sini!
No telefon: 03-8929 9600 ext 380
Lokasi: Persiaran Kemajuan, Bangi, Selangor
Jom merasai menu buffet Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites yang bertemakan Warisan Bonda. Menu tradisi dari seluruh negeri akan disajikan buat anda. Namun jika anda ingin menukar selera, mereka turut menyediakan makanan antarabangsa. Nak harga promosi? Dapatkannya sebelum 1 Ramadhan dengan harga RM 110 je!
No telefon: 03 5511 8811 (ext 2612)
Lokasi: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Rasai keenakan Santapan Rasa Sayang hanya di Avante Hotel. Antara menu yang menanti anda adalah daging dendeng, bubur tradisional, makanan laut dan sebagainya. Harga promosi akan ditawarkan sehingga 31 Mac ini dengan kadar RM 128 untuk dewasa dan RM 64 untuk kanak-kanak.
No telefon: 03 7681 7666 / 03 7681 7777
Lokasi: 1, Persiaran Bandar Utama, PJU6 Bandar Utama City Center, Petaling Jaya, Selangor
Charcoal membawakan anda pakej buffet Ramadhan bertemakan Cita Rasa dan Nostalgia Ramadan. Jika sempat, dapatkan harga promosi sebelum 28 Mac 2022! Jom bawa keluarga berbuka di sini dan menikmati pelbagai juadah tempatan dan serata dunia.
Email: [email protected]
Lokasi: Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor
Memang anda akan merasai pengalaman yang menarik Ramadhan Extravaganza jika berbuka di sini kerana banyak menu yang menyelerakan disediakan di sini. Layari Facebook Geno Hotel untuk melihat kesemua menu tersebut. Jika anda ingin berbuka dengan kelompok yang ramai, buat tempahan sebelum 31 Mac 2022 untuk dapatkan 1 baucer percuma jika anda membeli 10 baucer.
No telefon: 03-5033 6666
Lokasi: Geno Hotel Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Shah Alam, Selangor
Disini kami selitkan juga dalam senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang boleh anda terjah di sekitar Putrajaya. Untuk orang yang tinggal sekitar Putrajaya, Bangi dan Puchong mungkin berminat dengan lokasi yang akan kami kongsikan ini:
Buffet Ramadhan 2022 Putrajaya
Lokasi | Nama Tempat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-Kanak (RM) | Info Selanjutnya |
---|---|---|---|---|
Putrajaya | Palm Garden Hotel | 98.00 | 49.00 | Info |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) | 60.00 | 30.00 | Info |
Putrajaya | The Everly Hotel Putrajaya | 108.00 | 108.00 | Info |
Putrajaya | Marriott Putrajaya | 188.00 | 94.00 | Info |
Putrajaya | Zenith Putrajaya | 120.00 | 88.00 | Info |
Putrajaya | Pulse Grande Hotel | 125.00 | 125.00 | Info |
Putrajaya | Le Meridien Putrajaya | 188.00 | 98.00 | Info |
Putrajaya | Dorsett Putrajaya | 138.00 | 78.00 | Info |
Putrajaya | Park Inn by Radisson Putrajaya | 88.00 | 68.00 | Info |
Putrajaya | Glow Putrajaya | 58.00 | 38.00 | Info |
Bangi | De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi | 168.00 | 78.00 | Info |
Puchong | MTREE Hotel Puchong | 128.00 | 89.60 | Info |
Putrajaya | The Laguna Restaurant | 39.00 | 39.90 | Info |
Putrajaya | BaraOmbak Marina Putrajaya | 69.90 | 45.90 | Info |
Jika anda rindu dengan juadah kampung, berbuka sahaja di Palm Garden Hotel yang menyajikan makanan bertemakan Ramadan Kampunglicious. Ada satei, aneka makanan tradisi, kambing panggang, gulai kawah dan banyak lagi! Rujuk kesemua menu istimewa di Facebook Palm Garden Hotel, Putrajaya.
No telefon: 03 89432233 / 016 3144101
Lokasi: Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel, Putrajaya
Citarasa Klasik membawakan kepada anda menu-menu klasik yang pasti mengimbau 1001 memori lalu. Menu utama yang disediakan sudah pasti kambing golek. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi sebelum 25 Mac ini. Jom tempah sekarang!
No telefon: +603 8887 6000
Lokasi: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bertemakan Citarasa 2 Sempadan, The Everly Putrajaya menggabungkan citarasa tempatan dan Thailand. Harga yang ditawarkan serendah RM 88 sahaja untuk dewasa. Antara menu utama adalah Tom Kha Gai, Nasi Briyani, Khao Suay dan Daging Rendang Tok. Menu istimewa dirahsiakan namun anda boleh melihatnya di Facebook The Everly Putrajaya!
No telefon: 03-8892 2929
Lokasi: No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, Putrajaya
Harga early bird ditawarkan sehingga 28 Mac ini. Anda boleh dapatkan harga serendah RM 148 bagi dewasa dan RM 74 bagi kanak-kanak. Dengan tema Pentas Citarasa, anda boleh merasai lebih 100 juadah tempatan dan Asia gulai kawah, kambing golek, durian dan sebagainya.
No telefon: +603 8949 8888 (ext.1028/1029/1888)
Lokasi: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nak makan juadah Arab, makanan barat dan paling penting masakan kampung? Zenith Putrajaya ada menyediakannya. Dapatkan harga promosi iaitu RM 120 untuk dewasa manakala RM 70 untuk kanak-kanak. Namun harga ini terhad sehingga 2 April 2022.
Tak perlu lagi pening mencari buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor, datang saja ke sini dan nikmati setiap makanan bersama yang tersayang.
No telefon: +603 8893 9993
Lokasi: No 1, Jalan P2/A, Presint 2, Putrajaya
Jom Santai Iftar di Kampung Kami di Pulse Grande Hotel Putrajaya! Makanan yang disajikan semestinya makanan yang dapat mengimbau kenangan masa lalu anda. Nak tahu kenapa? Anda perlu cuba untuk berbuka di sini. Jika sempat, dapatkan harga tawaran serendah RM 95 sebelum 6 April 2022!
No telefon: 03-8887 8888
Lokasi: Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya
Chef Naem akan menerajui Destinasi Rasa pada Ramadhan kali ini. Antara menu yang ditunggu adalah rendang pucuk ubi, kari kambing bakar, rendang hijau itik salai dan lain-lain. Anda juga berpeluang untuk merasai resepi baru dari chef iaitu kambing percik, asam pedas ikan jenahak dan lain-lain. Pasti menyelerakan dan buat anda bertambah!
No telefon: +603 8689 6888 or ext. 6862
Lokasi: Lebuh Irc, Ioi Resort City, Sepang, Putrajaya
Mungkin anda tertarik untuk berbuka dengan Citra Rasa di Dorsett Putrajaya. Jika ya, anda boleh membuat tempahan sebelum 5 April 2022 untuk dapatkan harga RM 99 untuk seorang. Di sini, mereka menyediakan pelbagai menu tempadan dan tradisi yang enak.
No telefon: 016 668 0265
Lokasi: Precinct 3, 62000 Putrajaya
Anda pasti tertarik dengan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang ini. Sekiranya anda mencari pakej penginapan bersama pakej berbuka, Park Inn by Radisson Putrajaya salah satu hotel yang menyediakan pakej tersebut.
Bukan sahaja anda dapat menginap di bilik Superior dan berbuka dengan pelbagai juadah, namun anda juga dapat bersahur di sini tau!
No telefon: 03 8911 1999
Lokasi: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
Jom buat tempahan awal dengan hanya RM 58 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak untuk berbuka dengan suasan berbeza. Antara menu istimewa yang disediakan adalah aneka gulai lemak cili api, gulai kawah kambing batang pisang, aneka sate, aneka ikan bakar dan lain-lain. Nak tengok pelbagai menu lain? Layari Facebook Glow Putrajaya.
No telefon: 013 347 8857
Lokasi: Glamping Wetland Putrajaya, Persiaran persekutuan, Presint 13, Putrajaya
Jom berbuka dengan chef nombor 1 Malaysia di The Linc KL & Bangi Resort Hotel yang bermula dari 6 April sehingga 1 Mei 2022. Jika sempat, lekas lakukan tempahan awal untuk dapatkan harga sekadar RM 135 untuk dewasa, RM 110 untuk warga emas dan RM 62 untuk kanak-kanak. Harga ini terhad sehingg 5 April sahaja.
Hubungi: www.dewan.space
Buffet Ramadhan di MTREE Hotel bertemakan Rasa Kampungku. Bagi anda yang gemarkan masakan kampung, anda memang perlu cuba makanan di sini. Kanak-kanak bawah 5 tahun dapat berbuka dengan percuma. Manakala harga untuk warga emas adalah 50% dari harga dewasa.
No telefon: 603 8071 2333 / 6011 1082 0233
Lokasi: 6, Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Menu utama dan istimewa yang disediakan adalah seperti kambing golek, ayam rosemary dan sebagainya. Pasti menyelerakan anda. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Paling penting, parkir dan tempat solat disediakan dengan selesa. Anda juga dapat berbuka dengan suasana tenang dan pemandangan yang memukau.
No telefon: 016 262 0124
Lokasi: Abedeen Clubhouse, 1/1, No. 1 Jalan Garden Residence, Cyberjaya, Selangor
Di sini anda mempunyai lebih 80 pilihan menu lazat yang terdiri daripada makanan tempatan, Arab, makanan barat dan lain-lain. Sambil menjamu selera, anda juga akan dihidangkan dengan persembahan musik secara live. Kelebihan utama yang ada di sini pula adalah pihak restoran menyediakan ruang solat yang selesa.
No telefon: 0166089806
Lokasi: Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk tahun ini. Harga yang kami sertakan juga berpatutan dan kurang RM200. Pasti anda sudah mula rambang mata!
Bagi yang sudah mula merancang untuk berbuka ke destinasi yang kami sertakan di atas, kami nasihatkan agar anda membuat tempahan awal untuk mendapat harga promosi yang jauh lebih murah. Anda digalakkan membuat tempahan secara dalam talian kerana ada tempat yang memberikan harga yang lebih murah berbanding walk-in.
Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!
*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberi info yang relavan dan terkini tentang tempat buffet Ramadhan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Kami juga ada menulis artikel yang lain seperti: