Mencari tempat makan best di Ipoh ?Ipoh merupakan ibu negeri Perak, jadi jelaslah yang bandar ini memang sangat popular. Bukan sahaja dengan tarikan pelancongan seperti Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, malah tempat makannya juga berbagai.

Tercari-cari tempat makan sekitar Ipoh yang boleh anda tuju? Jangan risau, kami ada senarainya. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!Nah, senarai tempat makan menarik di Ipoh wajib anda pergi.

Restoran New Hollywood

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 10 pm)

Jika anda ke Ipoh namun tidak singgah di restoran ini, anda memang rugi! Restoran New Hollywood ini merupakan restoran yang cukup terkenal di Ipoh.

Retsoran ini ada menyajikan berbagai jenis makanan yang bukan sahaja enak malah berpatutan harganya. Makanan yang disajikan kebanyakannya berasaskan makanan Cina.

tempat makan ipon
Imej via Foursquare

Antara yang anda wajib cuba ialah cakoi, dim sum, Chee Cheong Fun, mi wantan dan banyak lagi. Yang pasti kesemuanya dijamin sedap, hal ini turut diakui ramai pengungjung.

D’Naina Ipoh

Alamat: Gunung Rapat 37, Jalan Sri Ampang 1, Taman Sri Ampang, Gunung Rapat, Perak, 31350

Waktu Operasi: 24 jam

Peminat naan keju, kami ada satu berita baik buat anda. Jika anda berkunjung ke Ipoh, ada sebuah restoran yang menyediakan naan keju yang sangat terkenal di Ipoh – Restoran D’Naina!

d'naina ipoh
Imej via Foursquare

Gambar tidak menipu ya, kejunya memang sebanyak ini dan boleh ditarik sepanjang ini. Memang menarik! Rotinya juga tebal, kalau makan seorang pun dijamin kenyang.

Dinosaurs Sandwich

Alamat: No. 27, Medan Station 19/9, Jalan Pasir Puteh, Station 18, 31650 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am-9.00 pm)

Imej via [ Dinosaurs Sandwich ]

Nak tahu kafe yang menawarkan aneka fast food di Ipoh yang sedap? Semestinya Dinosaurs Sandwich iaitu tempat makan yang sesuai untuk seisi keluarga. Masuk sahaja ke dalam kafe, anda pasti terpukau dengan dekorasi ala-ala dino park!

Tak tahu nak makan apa di kafe muslim ini? Apa kata anda cuba Sweet Spicy Chicken, Toast Pulled Lamb dan Soy Garlic Chicken Wings. Pasti menjilat jari! Portion pun besar dan mengenyangkan!

Imej via [ Dinosaurs Sandwich ]

Paling menarik, setiap hujung minggu akan ada persembahan dari Barney & Friends pada pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang serta 4.00 petang hingga 5.00 petang. Bawa anak-anak pada waktu ini agar mereka turut merasai keriangan bermain dengan patung besar sambil makan sandwich yang besar!

Buat anda yang mencari tempat untuk mengadakan sebarang majlis seperti sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, Dinosaurs Sandwich turut menawarkan perkhidmatan terbaik termasuk dekorasi yang menarik. Semuanya lengkap tanpa perlu pening memikirnya. Apa tunggu lagi? Moh ke Dinosaurs Sandwich!

Al Matha’am Syed Corner

Alamat: 108, Medan Stesen 18/3, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 am-12.00 am)

No Telefon: 013-260 2131

Jika anda mencari nasi briyani dan nasi kandar tersedap di Ipoh, anda memang perlu mencubanya di Al Matha’am Syed Corner. Selain nasi briyani dan nasi kandar, banyak menu lain yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Pasti tidak mengecewakan!

Kami mencadangkan anda untuk mencuba menu baru yang istimewa iaitu Nasi Briyani Ayam Madu 20 Rempah. Nasi briyani ini dimasak dengan safron dan ayamnya dimasak bersama madu serta 20 jenis rempah tau! Memang sedap hingga menjilat jari.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mencuba Mee Sotong Kuah Kacang Mendidih, Roti Cheese Tarik dan Tosai Giant Kheema Kambing. Dengar sahaja nama menu sudah cukup membuatkan ramai terliur. Paling penting harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan kuantiti dan keenakannya.

Restoran ini dibukan seawal pagi hingga lewat malam. Jika tak tahu nak makan di mana, datang sahaja ke sini untuk breakfast, makan tengahhari mahupun makan malam.

Restoran Simpang Tiga

Alamat: D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 11 pm)

Sukakan makanan Indonesia? Singgah sahaja di Restoran Simpang Tiga! Restoran ini ada menyediakan pelbagai jenis masakan Indonesia yang lazat-lazat.

restoran simpang tiga ipoh
Imej via Foursquare

Antara yang anda boleh cuba ialah Nasi Padang. Lauk-pauk di restoran ini juga beraneka, kami sarankan anda cuba ayam penyet, rendang ayam dan daging dendeng mereka.

Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan

Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 4pm)

Bila tiba di Ipoh, rugi jika tidak singgah makan di restoran ini. Restoran ini merupakan antara restoran yang paling kerap dikunjungi pelanggan. Menu terkenal yang ada di sini ialah Nasi Ganja.

Untuk lauk-pauk pula, ada berbagai yang boleh anda tambah. Biasanya, memang akan penuh sepinggan dek kerana rambang mata. Aroma lauk di sini memang memikat, patutlah ramai terpikat!

makan @ nasi ganja ipoh
Imej via Foursquare

Antara lauk yang boleh anda pilih ialah ayam goreng dan telur masin. Untuk pencuci mulut pula, ramai menggemari Caramel Custard mereka, manis namun tidak memuakkan.

Pakeeza Restaurant and Catering

Alamat: 15-17, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 3pm, 6pm – 1030pm)

Karinya diakui ramai merupakan yang terbaik di Ipoh. Kualiti makanan, suasana, tahap kebersihan dan layanan Restoran Pakeeza menjadikan mereka pilihan pertama dalam kategori restoran mamak.

tempat makan ipon
Imej via Foursquare

Sama ada anda peminat daging atau seorang vegetarian, semua makanan sesuai untuk anda ada di sini. Kuantiti makanannya amat sesuai untuk dimakan beramai-ramai bersama-sama keluarga.

Oleh itu, tidak mustahillah ia sering dipenuhi pelanggan walaupun semasa tiba waktu berbuka puasa di bulan Ramadan. Harganya berbaloi bagi mereka yang mementingkan kualiti makanan.

David’s Diner

Alamat: B-G-1, Persiaran Greentown 7, Pusat Perdagangan Greentown, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11am – 1030pm

Dengan melihat pada namanya sahaja sudah boleh dijangka yang ia barangkali menyajikan hidangan barat yang secara khususnya hidangan Amerika.

tempat makan ipoh
Imej via Instagram

Restoran ini mementingkan persembahan makanan buat pelanggan yang mahukan kelainan. Kami sarankan agar anda cuba salmon panggang dan burger mereka, memang kegemaran ramai!

Miker Food

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (730am – 12am), ditutup pada hari Isnin

Miker Food Ipoh
Imej via Foursquare

Pizza home made dan Tom Yam Nyiur Ketam – ini antara menu yang anda mahu cuba di sini. Begitu pun, terdapat banyak lagi pilihan makanan tempatan dan barat yang ada di sini. Kuantiti makanan yang banyak juga memuaskan hati pelanggan.

Pemandangan cantik, luas dan selesa pula menjadikan restoran ini lokasi yang sesuai untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan. Jadi, sewaktu hujung minggu, ia biasaanya dipenuhi pengunjung.

Laksa Saranghae

Alamat: 1374, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (430pm – 11pm), ditutup pada hari Ahad

Pasti ramai yang tertarik dengan namanya yang berbunyi ala-ala Korea di hujungnya. Cuma ia tidak menyediakan masakan Korea tetapi menghidangkan masakan Melayu iaitu laksa!

laksa saranghae ipoh
Imej via Foursquare

Laksa Saranghae atau Laksa Sarang Kontena ini sangat terkenal dengan laksa sarang. Biasalah, jika ke negeri Perak, hidangan ini memang antara yang paling popular. Boleh cuba di restoran Laksa Saranghae, dijamin enak!

Selain itu, ABC mereka juga sangat terkenal. Ada berbagai jenis ABC yang disediakan, yang pasti kesemuanya bukan sahaja manis malah menyegarkan tekak!

Konda Kondi Café & Bistro

Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

Namanya mengingatkan kami kepada permainan tradisional suatu ketika dahulu. Menggabungkan nama itu dengan gaya hipster bagi hiasan dalamannya, mereka menyediakan masakan barat yang halal.

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Beef Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream, Nachos dan banyak lagi. Harganya berpatutan, berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.

Suhaimi Cafe

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (7.45 am – 12 pm)

Pernah cuba roti Benggali? Atau mengidam untuk menikmatinya? Di Ipoh, kafe ini memang sangat terkenal dengan hidangan tersebut. Semestinya di Suhaimi Cafe!

roti benggali suhaimi cafe ipog
Imej via Foursquare

Roti Benggali ini merupakan roti bakar yang tebal dan sangat lembut teksturnya. Hidangan ini cukup enak jika dicicah bersama kari ayam yang pekat.

Untuk minuman pula, ramai pelanggan menggemari Kopi Vietnam yang dikatakan lebih pekat rasanya berbanding kopi biasa. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan.

Eight Miles Burger Banjir

Alamat: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 1am), ditutup pada hari Selasa

8 Miles Burger Banjir
Imej via Foursquare

Burger banjir? Ya. Sos istimewanya bertakung di dalam pinggan burger anda. Ini memang satu kelainan yang ada padanya. Kerana ciri-ciri istimewa itulah, EightMiles diserbu peminat burger terutama dari kalangan orang muda.

Hiasan dalam restoran juga mungkin salah satu penyebab ia mudah didekati golongan ini. Bagi pengunjung, inilah tempat yang sesuai untuk bertemu rakan-rakan.

Harganya pula tidaklah terlalu mahal atau terlalu murah. Jika tidak mahu makan burger, boleh pilih hidangan barat yang lain seperti chicken chop atau spaghetti meatballs.

Green Town Dimsum Café

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 9pm), ditutup pada hari Selasa

Kemas, bersih dan selesa. Itulah gambaran pertama saat kaki melangkah ke dalam restoran ini. Kepada umat Islam, usah bimbang dengan makanan Cina yang dihidangkan di sini kerana mereka memiliki sijil halal bagi mengesahkannya.

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Tidak sia-sia meletakkan dimsum pada nama restoran kerana ia diiktiraf sebagai yang paling enak oleh pelanggan-pelangganya. Selain dimsum, mereka juga menyediakan pelbagai jenis mee dan nasi.

Antara dimsum yang boleh anda cuba ialah Fried Prawn Dumplings yang disyorkan oleh ramai pengunjung.  Fried Radish Cake juga wajib anda pesan, dijamin enak!

ASSAM HOUSE Restaurant

Alamat: 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 3 pm, 5.30 – 9.45 pm

Assam House Restaurant ini boleh dikatakan legend, kerana restoran ini mula beroperasi sejak tahun 1991. Kekal relevan sehingga kini, ini jelas membuktikan yang restoran ini memang terbaik.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan hidangan Baba & Nyonya yang asli dan menyelerakan. Antara menu yang boleh anda cuba ialah Assam Lotus Chicken dan Green Curry Fish Fillet, dijamin sedap!

21 Grilled

Alamat: 87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (1130am – 11pm)

Siapa saja yang tak suka burger, apatah lagi jika saiznya lebih besar berbanding kebiasaannya. Melihat gambarnya saja sudah membangkitkan selera, bukan?

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Bayangkan makan sebiji burger dengan daging yang tebal dan lain-lain ramuan yang bukan sahaja menarik pandangan mata tapi turut mengisi perut kepada 3 sehingga 4 orang dewasa.

Itulah kekuatan 21 Grilled yang menukar saiz Ramly burger yang dijual di tepi jalan kepada saiz raksasa sambil mengekalkan kelazatannya. Patutlah ianya sering dikunjungi ramai, kerana burgernya terbaik!

Hadramout Paradise Restaurant

Alamat: Kinta Riverfront, K1, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 12am)

Makanan Arab adalah salah satu pilihan rakyat Malaysia. Siapa yang singgah di Ipoh, boleh mencuba makan di salah sebuah restoran makanan Arab yang ada di sini iaitu di Hadramout Paradise Restaurant.

hadramout paradise restaurant
Imej via Foursquare

Cuba sahaja mana-mana menu ayam atau kambing yang ada, pasti anda tidak akan kecewa. Ia dimasak oleh tukang masak  Arab yang sudah mahir dengan masakan mereka.

Ipoh Hainan Chicken Rice

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 10pm)

Sukakan nasi ayam Hainan? Tidak dinafikan hidangan ini memang disukai ramai dek kerana rasanya yang lebih asli dan enak. Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Ipoh Hainan Chicken Rice.

ipoh hainan chicken rice
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi ayam Hainan di sini terletak pada ayam panggangnya yang rangup dan manis serta ‘juicy’ isinya. Menu lain yang boleh anda pesan bersama ialah Deep Fried Tofu in Oyster Sauce.

Restoran Shabu Shabu Ipoh

Alamat: 14, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (6 – 11.30 pm)

Mahu menikmati steambot bersama keluarga? Singgah sahaja di Restoran Shabu Shabu Ipoh! Restoran ini merupakan antara restoran steambot yang sangat terkenal di sini.

shabu shabu ipoh
Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda pilih. Ada makanan laut, BBQ, pencuci mulut dan masakan panas. Kalau dinikmati beramai-ramai, pasti lebih meriah!

Warteg Ipoh

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 11.30 pm

Ada pembaca di sini yang menggemari hidangan shell out? Di Ipoh, antara restoran shell out yang boleh anda kunjungi ialah restoran Warteg Ipoh.

Set shell out yang menjadi kegemaran ramai pelanggan di sini ialah Javanese Set. Yang unik tentang set ini ialah ianya berkonsepkan hidangan Jawa.

Imej via Foursquare

Set ini menyajikan sambal Jawa asli bersama makanan laut seperti ketam, udang, kerang, lala, sotong bersama tempe, tauhu, suhun, kacang panjang dan brinjal. Makanan lautnya dikatakan segar, jadi anda patut cuba.

Zul Yahya Steamboat

Alamat: No 1, 1A & 1B, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 2 pm – 12 am

Hidangan steamboat memang enak dinikmati beramai-ramai di restoran yang santai. Untuk itu, lekaslah kunjungi restoran Zul Yahya Steamboat jika anda berkunjung ke Ipoh.

Imej via Foursquare

Pilihan lauk dan steamboat memang ada berbagai. Makanan laut seperti udang, sotong, kepah dan ikan juga segar-segar belaka.

Harga yang ditawarkan ialah RM 32/pax, memang berbaloi dengan kualiti hidangan dan servis yang ditawarkan.

être Patisserie

Alamat: 30, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 7 pm manakala Khamis & Jumaat 9 am – 7 pm

Teringin untuk menikmati hidangan pastri dan pencuci mulut yang berkualiti tinggi? Singgah sahaja di kafe être Patisserie jika anda berkunjung ke Ipoh.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan hidangan pastri yang bukan sahaja cantik malah enak. Bahan-bahan yang digunakan juga premium, jadi tidak hairanlah pastri mereka digemari ramai.

Antara pastri yang boleh anda cuba ialah Raspbeery Mille Feuille, Straberry Pistachio Tart dan Macadamia Tart. Melihat gambar pun sudah bikin terliur, bayangkan keenakkannya sendiri!

Thumb’s Cafe

Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pm – 1 am)

Kafe ini kerap disinggah oleh ramai orang khususnya remaja. Suasananya yang santai dan konsep modennya menjadi punca utama mengapa ianya sentiasa penuh dengan pelanggan.

thumbs cafe
Imej via Instagram

Makanan di sini kebanyakannya berkonsepkan makanan Barat. Antara menu yang boleh anda cuba ialah Chicken Chop, meatball, kuey teow dan nasi goreng. Sambil lepak, bolehlah menikmati hidangan yang enak-enak.

Mee Kari Kak Yah (Silibin)

Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (630am – 12pm, 5pm – 10pm), ditutup pada hari Isnin

Untuk sarapan atau minum petang, pasti enak jika anda menikmati mi kari bersama secawan minuman manis, bukan? Bukan sahaja dapat mengisi perut, malah boleh membangkitkan ‘mood’!

mi kari kak yah
Imej via Foursquare

Jadi, singgah sahaja di Mee Kari Kak Yah di  Jalan Silibin untuk menikmati hidangan tersebut. Ramai memuji kuah karinya yang sangat pekat, cukup enak dimakan panas-panas.

Restoran Bintara Ampang ipoh

Alamat: Jalan Sri Ampang 2, Kampung Sri Ampang, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5am – 12pm)

Ada banyak gerai di sini yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi, kekuatan restoran ini yang sebenarnya merupakan medan selera adalah pilihan makanan yang banyak.

Imej via Instagram

Ini diakui sendiri oleh ramai pelanggannya sehingga jarang menyebut tentang gerai yang mana menyediakan hidangan terbaik. Ada nasi ayam, yong tau foo, nasi dagang, nasi kerabu, sate, char kuey teow pelbagai lagi termasuk menu barat.

Restaurant Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat

Alamat: No. 78, Jalan Mustapa Al-bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 am – 10.30 pm)

Satu lagi restoran yang wajib anda serbu untuk mencuba nasi ayam yang enak ialah Restaurant Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat! Restoran ini agak popular di Ipoh dek kerana kelazatan nasi ayamnya.

Ramai pelanggan memuji nasinya yang lembut dan ayamnya yang cukup enak dicicah bersama sambal dan kicap. Restoran ini beroperasi sejak 1980-an lagi, jadi nasi ayamnya memang ‘legend’!

Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh, Perak

Alamat: 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (4 pm – 12.15 am)

Gerai ini kelihatan seperti gerai biasa sahaja dari luarannya, namun ada satu hidangan yang menjadi kegilaan ramai yang disediakan di sini – nasi goreng udang.

ipoh
Imej via Foursquare

Semestinya nasi goreng udangnya bukan seperti yang biasa. Hal ini kerana walaupun udangnya tidak terlalu besar, namun kuantitinya sangat banyak dan rasanya juga enak.

Nasi Lemak Ayam Kampung

Alamat: 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 3.30 pm – 2 am

Sukakan nasi lemak? Jika ya, anda wajib lawati restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Taman Jubilee di Ipoh ini.

Imej via Foursquare

Restoran ini meyajikan nasi lemak sotong dan ayam kampung yang memang kena dengan citarasa ramai. Sambalnya tidak terlalu pedas dan rasanya manis memang secukup rasa.

Bukan nasi lemak sahaja, malah hidangan pencuci mulut Thai seperti pulut mangga turut disajikan. Lemak berkrim, pasti akan bikin anda ketagih!

Rojak N Cendol Padang Ipoh

Alamat: 17, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 7..30 am – 10.30 pm

Rojak dan cendol merupakan hidangan ayng memang enak dinikmati untuk minum petang. Hidangan ini cukup popular di kalangan orang kita, jadi tidak hairanlah gerai cendol dan rojak ada banyak di Malaysia.

Imej via Foursquare

Salah satu port cendol dan rojak yang boleh anda serbu di Ipoh ialah Rojak N Cendol Padang Ipoh. Restoran ini menyajikan cendol dan rojak yang cukup digemari orang ramai.

Jumlah pelanggan yang sentiasa ramai jelas membuktikan popularitinya. Jadi, sambil berjalan-jalan di Padang Ipoh, jangan lupa untuk mencuba hidangan terlaris mereka.

Mr Steak House at Ipoh

Alamat: Komplek Mutiara Pernama, Pernama Ipoh, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 pm – 12 am

Ada peminat stik di sini? Stik merupakan jenis hidangan yang memang enak dinikmati untuk makan malam, tambahan pula jika kualiti daging yang digunakan adalah tinggi.

Antara steakhouse yang boleh dikunjungi di Ipoh ialah Mr Steak House at Ipoh. Terletak di Jalan Hospital, restoran ini menyajikan stik yang enak dan bagus kualitinya.

Imej via Foursquare

Bukan stik sahaja, restoran ini turut menyajikan makanan barat. Anda boleh cuba Chicken Maryland, Baked Salmon, Lamb Chop dan Chicken Grill.

Restoran Saffani

Alamat: 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (630am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat

Restoran Saffani menyediakan masakan Melayu tetapi hidangan di sini acap kali dinikmati oleh ramai pengunjung daripada pelbagai latar belakang bangsa dan budaya.

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Antara menu pilihan di restoran ini adalah ikan keli bakar yang dimakan bersama dengan air asam. Isi ikan kelinya memang segar, dan sememangnya lebih lazat bila dicicah dengan air asam.

Jadi, tidak hairanlah kalau restoran ini sering kehabisan makanan walaupun jam baru menunjukkan pukul 3 petang.

Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja

Alamat: 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa  (4.30 – 11.45 pm)

Namanya memang menarik, dan ramai pelanggan mengakui yang restoran ini memang sempoi. Bukan sahaja dari segi hidangan dan servis, malah harganya juga turut sempoi!

mi udang sempoii diraja
Imej via Foursquare

Mi udang sememangnya enak. Saiz udangnya juga agak besar. Kebanyakan pelanggan gemar menikmati mi udang bersama lauk tambahan seperti ketam, menyelerakan dan mengenyangkan!

Tomyam Batu 6

Alamat: Tambun, Lorong Delima 4/3, Kampung Tersusun Batu 5, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pm – 3 am)

Jika anda sukakan makanan Thai, restoran Tomyam Batu 6 ini memang wajib anda serbu. Dari namanya sahaja kita sudah tahu menu apa yang paling ‘panas’ di sini – semestinya tomyam!

tomyam batu 6 ipoh
Imej via Foursquare

Selain tomyam, anda juga boleh menikmati menu lain seperti kuey teow ladna, pulut mangga, nasi goreng dan banyak lagi. Pasti lebih menyelerakan jika anda pesan pelbagai jenis hidangan.

Foods Project Cafe

Alamat: 1, Jalan Sci 1/7, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)

Suka makanan Barat yang bersaiz besar? Foods Project Cafe ini pasti cocok dengan citarasa anda! Hal ini kerana makanan Barat di sini memang bersaiz besar dan banyak kuantitinya!

foods project ipoh
Imej via Foursquare

Antara hidangan yang disediakan ialah Chicken Chop, Fish and Chips, Nachos dan banyak lagi. Ada juga hidangan yang disediakan bersama nasi goreng, boleh juga dipesan jika anda betul-betul lapar.

Thai Mookata Steamboat

Alamat: 48, Laluan Ipoh Perdana, Taman Desa Tambun Indah, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6pm – 1130pm), ditutup pada hari Isnin

ipoh
Imej via Foursquare

Restoran steambot memang kebiasaannya menjadi pilihan bersantai bersama-sama rakan dan keluarga. Pelbagai pilihan makanan dengan harga yang murah menjadi tarikan kepada pengunjung.

Tambahan pula, makanan laut di sini segar-segar. Ini menambah satu lagi kelebihan kepada Thai Mookata Steamboat. Layanan daripada pekerja juga tidak mengecewakan pelanggan. Tempatnya pula selesa, bersih dengan susun atur yang menarik.

Restoran Halimah Bachik

Alamat: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (715am – 4pm), ditutup pada hari Ahad

Restoran Halimah Bachik
Imej via Foursquare

Ini restoran pilihan para pelajar kerana ada pelbagai masakan tradisional di sini di samping harganya yang amat berpatutan. Ia juga dianggap sebagai tempat makan paling mampu di kawasan tersebut bagi ramai orang.

Jadi, tidak pelik jika ia selalu padat dengan pengunjung yang menjadikan ruangnya agak sesak terutama pada waktu makan tengah hari. Antara yang selalu mendapat pujian ialah roti canainya.

Selain sedap, ia juga murah. Itulah kelebihan Restoran Halimah Bachik. Walaupun harganya lebih rendah berbanding di tempat lain, tapi kualiti makanannya tetap diutamakan.

Restoran M. Salim

Alamat: 75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (630am – 10pm) Jumaat (630am – 1pm, 2pm – 10pm)

Jika anda peminat kari kepala ikan yang sedap, anda boleh menikmatinya di Restoran M. Salim yang sudah beroperasi selama lebih 50 tahun ini. Memang ‘legend’!

ipoh
Imej via Foursquare

Maka, tidak mustahil nama restoran ini sudah lama dikenali ramai terutama bagi penduduk di Ipoh. Lauk-pauk lain seperti ayam goreng, telur sotong dan banyak lagi juga boleh didapati.

Fondantism

Alamat: No.28, Jalan Lapangan Siber 8, Bandar Cyber, 31350 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, (12 – 10 pm)

Jika anda penggemar makanan manis atau mempunyai ‘sweet tooth’, kami sarankan agar anda singgah di kafe Fondantism ini. Mereka ada menyediakan aneka jenis pencuci mulut yang manis dan sedap.

souffle pancake fondantism
Imej via Foursquare

Antara yang anda boleh cuba ialah souffle pancakes, penkek gebu yang mempunyai beberapa jenis seperti original, matcha, strawberry dan creme brulee. Gebu segebu kapas, percayalah!

Kafe Setinggan

Alamat: 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (12pm – 7pm)

kafe setinggan
Imej via Foursquare

Jika anda berpeluang ke Ipoh, memang tak sah jika anda tidak cuba laksa telur bersarang di sini. Antara gerai yang menyediakannya ialah Kafe Setinggan.

Telur bersarangnya bersaiz agak besar. Jadi kalau singgah untuk makan dengan perut kosong pun, anda pasti akan meninggalkan Kafe Setinggan dengan kekenyangan yang memuaskan!

Char Kuay Teow Abang Sayang

Alamat: 25, Jln Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Selasa, 4 pm – 1 am

Petang-petang sedap juga kalau kita pekena char kuey teow. Di Bandar Meru Raya, restoran Char Kuay Teow Abang Sayang ini memang terkenal dengan menu tersebut.

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Saiz hidangannya juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin. Selain char kuey teow, menu lain seperti nasi goreng ayam dan otak-otak juga boleh anda nikmati dengan penuh selera.

Restoran Pokok Belacan 

Alamat:  27, Jln Meru Bistari A6, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Negeri Perak

Nama sahaja restoran, tetapi sebenarnya konsep yang diketengahkan Restoran Pokok Belacan ini ialah medan selera. Ada beberapa gerai yang boleh anda kunjungi di sini.

tempat makan ipoh pokok belacan
Imej via Foursquare

Ada yang menjual nasi ayam, makanan Barat, shellout dan char kuey teow. Selalunya, meja setiap pelanggan pasti penuh dengan makanan dek kerana rambang mata!

Allongs, Warong Ipoh Lontong (Allongs Restaurant)

Alamat: 24, 1, Pesara Ipoh, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7.40 am – 1 pm

Lontong merupakan hidangan yang cukup enak dinimati sebagai menu srapan. Ianya menu sarapan yang popular di Joh, namun tak perlu jauh-jauh kerana di Ipoh pun ada port lontong yang sedap.

Imej via Foursquare

Tempat makan yang dimaksudkan ialah Allongs Restaurant. Restoran ini menyajikan lontong yang memang digemari ramai. Kuahnya yang berlemak merupakan antara punca ianya sentiasa laris terjual.

Nasi Kandar Pekan Lama

Alamat: Rumah Pangsa Jln Bijih Timah Mbi, 125, 31650 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 4 pm

Restoran ini merupakan salah satu restoran nasi kandar yang agak terkenal di Ipoh. Kuah karinya merupakan antara tarikan istimewa nasi kandar di sini.

nasi kandar tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Ayam goreng pula merupakan lauk yang wajib anda cuba. Bukan sahaja rangup dan lembut isinya, saiznya juga agak besar. Pendek kata, pasti pinggan anda akan penuh dengan nasi, lauk-pauk dan kuah banjir!

Mat Periuk Cafe

Alamat: Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 4 pm – 12 am

Mat Periuk Cafe ini menyajikan pelbagai pilihan makanan. Dari masakan panas tempatan sehinggalah makanan Barat dan juga makanan Itali, semuanya ada.

tempat makan ipoh
Imej via Facebook

Menu yang wajib anda pesan jika berpeluang ke sini ialah Nasi Goreng Atok dan Megi Goreng Raja. Unik namanya dan enak rasanya. Saiz hidangan juga agak besar, jadi kekenyangan pasti terjamin.

Man Yong Tau Foo (Pak Wan Restoran)

Alamat: 86, Jln Budiman, Kampung Tengku Husin, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 12 pm manakala Sabtu 7 am – 12 pm

Sukakan Yong Tau Foo? Antara tempat makan di Ipoh yang menyajikan Yong Tau Foo tersedap ialah Pak Wan Restoran yang juga dikenali sebagai Man Yong Tau Foo.

Imej via Foursquare

Yong Tau Foo di sini mula disediakan pada waktu petag. Untuk sarapan, anda boleh cuba nasi lemak dan roti tampal telur. Memang sedap dan mengenyangkan!

Restoran Sajian Sazlee

Alamat: 2, Jalan Sci 1/1, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi:Setiap hari kecuali Ahad,  5 pm – 12 am

Sukakan hidangan shellout? Ada berbagai tempat makan di Ipoh yang menyediakan hidangan shelloutt. Salah satunya ialah Restoan Sajian Sazlee yang terletak di Sunway City.

sajian sazlee @ tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Selain daripada menyediakan makanan laut yang berbagai, harganya yang berpatutan juga turut dipuji ramai. Ada harga yang berbeza mengikut set, tapi kesemuanya tidak mencekik darah.

Restoran Hj. Sharin Low Grand

Alamat: 16, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Restoran yang menyediakan masakan Cina-Muslim bukan senang untuk dicari, namun tidaklah sesusah yang disangka. Restoran Hj. Sharin Low Grand merupakan salah satu yang terbaik sekitar sini.

tempat makan ipoh
Imej via Foursquare

Menu seperti ayam kung pau, sotong butter, ayam madu lemon, itik panggang dan kailan ikan masin merupakan antara yang paling enak. Suasana restoran juga santai dan kebersihan sangat terjaga.

Nan Station 18

Alamat: no 37, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 4 – 11 pm

Imej via Foursquare

Mencari tempat makan di Ipoh yang menarik dan sesuai untuk anda bersantai? Singgah sahaja di restoran Nan Station 18 yang terletak di Taman Pengkalan Jaya ini.

restoran ini menyajikan sajian Barat dan tempatan yang berbagai. Anda boleh cuba Fish & Chips, Spaghetti Bolognese Meatballs, Cheesy Tarik Lamb Chop dan Nasi Ayam Berempah.

Restoran Tasik Raban

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 4.30 pm

Menurut ramai, lauk-pauk di sini ada berbagai. Ada juga yang mengatakan lauk-pauknya ada sehingga lebih 80 jenis! Patutlah ramai yang mengakui bahawa mereka rambang mata jika ke sini.

tasik raban
Imej via Foursquare

Bagi yang menggemari ulam-ulaman, mereka ada pelbagai jenis ulam termasuk daun selom, ulam raja, pegaga, daun betik, pucuk ubi, bendi, temu lawak, pucuk paku dan sebagainya.

Sajian Gjee

Alamat: 3, Jalan Meru Bistari A2, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 10.30 pm

Mencari port sarapan sekitar Ipoh? Singgah sahaja di restoran Sajian Gjee ini. Menu seperti roti canai dan nasi lemak merupakan antara yang kerap menerima pesanan.

sajian gjee
Imej via Foursquare

Selain sarapan, makanan tengah hari juga disediakan. Masakan kampung merupakan konsep utama untuk lauk-pauknya. Jangan lupa pilih ulam-ulaman juga, enak dinikmati bersama sambal belacan!

Restoran Tok Nan

Alamat: 17, Jln Meru Bestari A14, 31200 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm – 12 am manakala Jumaat 4 pm – 12 am

Konsep dekor restoran ini sangat menarik. Suasana ala-ala kampung serta hidangan tempatan yang disajikan pasti akan buat anda terkenangkan kampung halaman.

tok nan
Imej via Foursquare

Restoran Tok Nan ini sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga. Menu seperti mi goreng, mi rebus dan nasi campur ada disajikan di sini. Sangat sesuai dinikmati oleh penggemar masakan kampung!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Ipoh yang ingin anda terjah atau rambang mata tak tahu mahu serbu yang mana? Tidak mengapa, kerana kami yakin semuanya bagus-bagus belaka.

Ada cadangan tempat makan lain? Komen sahaja untuk cadangan anda. Oh ya, yang penting jangan lupa share ya artikel ini!

Selain tempat makan menarik di Ipoh, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca. Alang-alang bercuti tu, singgah la makan di tempat makan ini ya!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.