Pernah terdengar tentang kafe Drum and Desk? Kafe yang baru sahaja beroperasi sekitar Julai 2018 ini terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Pada zaman kini, kafe moden atau lebih dikenali dengan jolokan kafe ‘hipster’ merupakan antara tempat makan yang sering mendapat kunjungan ramai.

Suasana kafe yang santai dan hidangan yang menarik merupakan antara tarikan istimewa kafe ‘hipster’. Drum and Desk juga merupakan salah satu kafe ‘hipster’ yang wajib anda kunjungi.

kafe drum and desk

Imej via Foursquare

Agak-agak apa menu menarik yang boleh anda cuba di Drum and Desk? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Shaved Ice, Pencuci Mulut Enak & Menyegarkan Tekak

Sebut sahaja tentang minuman yang menyegarkan tekak, pasti ais kepal mula terlintas di minda anda, bukan? Di kafe ini, ais kepal atau Shaved Ice merupakan antara menu yang laku keras!

Antara Shaved Ice yang anda boleh cuba ialah Tiramisu, Milky Way, Strawberry Mojito, Matcha Surprise dan Banofee. Kesemuanya berlainan dari segi rasa dan topping, namun keenakkannya masih sama.

Tiramisu Shaved Ice

Imej via Instagram

Rasanya yang manis, ditambah pula dengan saiz Shaved Ice yang besar dan ‘topping’ yang meleleh memang boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya, anda wajib cuba!

Waffle dan Kopi, Gabungan yang Paling ‘Meletup’!

Sambil anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan, atau sambil membuat kerja, semestinya anda ingin menikmati hidangan ringan dan minuman yang hangat, bukan?

waffle @ drum and desk

Imej via Instagram

Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan mengakui yang wafel merupakan antara pencuci mulut yang wajib dipesan. Kami cadangkan agar anda cuba Classic Waffle mereka, memang terbaik!

Untuk kopi pula, Latte merupakan antara minuman  yang sentiasa menjadi pilihan. Jika dimakan bersama wafel, memang dijamin sedap tak terkata!

Suasana Kafe Yang Santai, Servis Pun Terbaik!

Kehebatan sesebuah tempat makan tidak terletak semata-mata pada kualiti makanannya. Konsep dekor yang diterapkan, kebersihan tempat makan dan servis yang ditawarkan juga memainkan peranan yang penting.

deko drum and desk

Imej via Instagram

Dari segi dekorasi, kafe ini sememangnya menggunakan konsep dekor minimalis. Cukup sesuai jika anda ingin menyiapkan kerja di laptop sambil menghirup secawan kopi!

Pelanggan-pelanggan juga turut mengakui yang servis di sini memang terbaik. Hidangan tidak mengambil masa yang terlalu lama, kebersihan kafe terjamin dan staf juga peramah.

Banyak Lagi

souffle pancake @ drum and desk

Imej via Instagram

Ada banyak lagi hidangan yang anda boleh cuba di sini. Untuk pencuci mulut, kami cadangkan agar anda rasai sendiri Burnt Basque Cheesecake dan Soufflè Pancake.

aglio olio

Imej via Instagram

Selain itu, hidangan berat seperti Chicken Chop dan Spaghetti Aglio Olio juga turut digemari ramai. Saiz hidangannya juga besar, emmang menjamin kekenyangan di samping keenakkan!

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah tak sabar-sabar mahu mencuba Shaved Ice mahupun hidangan berat di kafe ini? Pasti anda sudah mula rambang mata kerana terlalu banyak menu terlintas di minda, bukan?

Lekaslah singgah kafe ini jika berpeluang ke Kota Bharu ya. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe, selamat menjamu selera!
Alamat: 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Masih tercari-cari tempat makan menarik di Kelantan? Klik sahaja di link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
25 Tempat Makan Best Di Kelantan 2019 (Tempat Makan Menarik Kota Bahru)

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.