Mencari restoran shell out di Ipoh?

Ipoh merupakan ibu negeri Perak yang mempunyai tarikan yang pelbagai. Baik dari segi pelancongan, hiburan dan tempat makan, ada banyak tempat menarik untuk dilawati di bandar ini.

Ingin menikmati shell out di Ipoh yang bukan sahaja enak, malah unik? Restoran Warteg Ipoh ada menyajikan menu shell out yang cukup istimewa. Menu apakah yang dimaksudkan? Teruskan membaca!

Javanese Set, Set Shell Out Yang Istimewa

Menu shell out yang selalu kita nikmati menyajikan nasi bersama makanan laut sahaja, bukan? Di restoran Warteg Ipoh, anda akan menikmati menu yang lain daripada yang lain.

Imej via Foursquare
shell out ipoh
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan shell out menggunakan konsep hidangan Jawa. Mereka menyajikan sambal Jawa asli bersama makanan laut seperti ketam, udang, kerang, lala, sotong bersama tempe, tauhu, suhun, kacang panjang dan brinjal.

Saiz hidangan ialah untuk dua orang, jadi jika anda datang beramai-ramai, pesan sahaja mengikut kuantiti yang hadir. Harga per set bermula dari RM 31 untuk set ketam, sangat berbaloi dengan saiz hidangan yang besar.

Set lain yang boleh dicuba termasuklah Java Lobster, French Crab, Jelly Fish, Java Seabass dan King Crab. Harga setiap set dan jenis hidangan juga berlainan. Pilih sahaja yang mana anda berkenan!

Nasi Warteg Yang Beraneka Pilihan

Ingin menikmati menu selain shell out? Restoran Warteg Ipoh juga turut menyajikan pilihan nasi yang kebanyakannya berkonsepkan sajian Indonesia.

shell out ipoh
Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh anda nikmati ialah Nasi Uduk, Nasi Lele Pedas, Nasi Uduk Goreng, Nasi Jollof Nasi Ayam Pedas, Nasi Ayam Laban dan Nasi Ayam Tomat.

Selain itu, makanan berat lain yang anda boleh cuba ialah Mi Goreng Biasa, Kuey Teow Sup Daging dan Kuey Teow Goreng Tomyam. Dijamin sedap!

Makanan Barat Yang Sesuai Dengan Citarasa Ramai

Teringin untuk menikmati makanan Barat? Restoran Warteg Ipoh juga turut menyediakan sajian Barat yang banyak pilihan.

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang patut anda cuba ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Fish and Chip dan Deep-Fried Chicken Chop. Anda juga boleh tambah nasi jika mahu.

Untuk pasta, anda boleh cuba Lamb Kahari Linguine, Warteg Olio, Tomyam Seafood Pasta and Red Stew Spaghetti.

Banyak Lagi

Pilihan menu di restoran ini memang berbagai. Dari selera Indonesia, tempatan ke Barat, semuanya anda.

shell out ipoh
Imej via Foursquare

Menu lain yang boleh anda pesan ialah roti seperti Ayam Tomat and Bread, Milky Stew and Bread dan Chicken Curry and Bread. Sangat berbaloi untuk dicuba!

Kesimpulan

Kecur air liur kerana membayangkan keenakkan shell out di Warteg Ipoh? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja di restoran ini jika anda berkunjung ke Ipoh.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti terlepas peluang nak menikmati shell out yang menarik ini!

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 11.30 pm

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Ipoh? Klik sahaja pada pautan di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Ipoh

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.