Lama tak makan dekat warung! Selalu restoran dan kafe je, apa kata kali ini jom kita terjah ke Warung Pak Enal pula. Warung Pak Enal terletak di Jalan Bukit Katil, Melaka. 

Bukan hanya makan tengahari, makan pagi pun boleh didapatkan di sini. Seawal 8.30 pagi, warung Pak Enal sudah pun beroperasi. Warung Pak Enal terkenal di Melaka dengan lauk pauk konsep masakan kampung untuk makanan tengahari. 

Imej via [google]

Menu yang dihidangkan di sini adalah nasi dan aneka lauk pauk, nasi lemak dan banyak lagi. Nampak simple dan ringkas tetapi banyak pilihan. Dari segi rasa makanan, memang lazat dan sedap! Tidak berlebihan dan tidak kurang rasanya.

Menu Makanan Di Warung Pak Enal

Imej via [google]

Jom lihat antara lauk pauk atau menu makanan yang disediakan di Warung Pak Enal. Mesti tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Semua nampak sedap jer.

Nasi Lemak Kukus Berlauk

Imej via [google]

Anda boleh memilih jenis lauk untuk nasi lemak kukus. Paling popular adalah nasi lemak kukus ayam goreng. Kenyang terus dari pagi sampai ke petang. Nasi lemak biasa pun sudah sangat sedap dan mengenyangkan.

Nasi Campur Masakan Kampung 

Imej via [google]

Untuk nasi campur lagilah rambang mata nak pilih lauk. Lauk ayam, ikan serta seafood seperti ketam masak lemak juga tersedia. Teringin nak makan lauk seperti ikan keli, gulai ikan, gulai udang dan banyak lagi lauk semestinya wajib makan di Warung Pak Enal.

Imej via [fastly]

Pencuci Mulut Warung Pak Enal

Imej via [google]

Tak sangka pencuci mulut seperti coconut shake aiskrim juga boleh anda nikmati di sini. Anak-anak juga pasti suka berkunjung di sini. Lauk pauk yang ada juga sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak. 

Pendek kata, menu di warung Pak Enal ini adalah mesra keluarga dan suasana warung ini juga selesa untuk kunjungan keluarga besar.

Tips Berkunjung Ke Warung Pak Enal Melaka

Bersebelah dengan jalan besar sahaja, kawasan parking untuk ke warung ini agak luas dan selesa.  Dengar kata, bukan setakat kereta, tetapi bas-bas yang lalu lalang pun singgah di sini. Dari segi keselesaan kawasan, tidak menjadi masalah untuk datang ke sini beramai-ramai.

Imej via [Warung Pak Enal]

Tak susah pun nak cari Warung Pak Enal, anda boleh ikuti gps koordinat atau google map sebagai panduan perjalanan anda.

GPS koordinat untuk ke Warung Pak Enal Melaka ini adalah 2°12’49.3″N 102°17’52.9″E atau 2.213698, 102.298037.

Warung Pak Enal juga menyediakan khidmat penghantaran untuk kawasan yang terdekat. Bolehlah beli bungkus dan makan di rumah, tempah secara online sahaja. Mudahnya!

Lokasi :  4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka

Waktu Operasi:  8.30 Pagi sehingga 4 Petang

Jom baca juga Betel Leaf KL dan Restoran Hayyan Huda Opah’s Kitchen

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.