Mencari tempat makan sedap di Port Dickson?

Port Dickson sememangnya terkenal dengan tempat percutian. Pantainya boleh dikatakan sering sahaja penuh dengan pengunjung daripada luar. Jadi apabila berada di sini, jangan lupa untuk mencuba beberapa tempat makan yang menarik di sini.

Disini kami senaraikan 12 tempat makan di Port Dickson yang anda boleh cuba jika berada di sini.

 

#1 Hasan Murtabak

Hasan Murtabak

Sememangnya restoran mamak tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Tidak kiralah di mana berada, ianya antara tempat makan yang universal untuk kita. Jika di Port Dickson, anda bolehlah ke restoran ini.

Restoran Hasan Murtabak ini terkenal dengan murtabaknya. Selain itu, menu yang menarik untuk dicuba sini adalah nasi goreng sardin? Kedengaran pelik bukan? Tetapi inilah yang disebut ramai. Selain itu, mee gorengnya juga mendapat pujian ramai.

 

#2 King’s Char Kuey Teow

King's Char Kuey Teow

Ingin mencari menu Pulau Pinang di sini? Lokasi tempat makan di PD yang seterusnya adalah jawapannya. Kedai makan yang dimaksudkan adalah King’s Char Kuey Teow.

Berdasarkan nama kedai, anda sudah tentu dapat menganggak menu yang boleh dipesan disini. Sudah tentu Char Kuey Teow! Kedai ini turut menyediakan masakan Western Food.  Ramai memberi review yang positif pada kedai ini. Bagi peminat char kuey teow bolehlah anda cuba makan di sini. Pasti akan berpuas hati.

Ada juga mencadangkan untuk mencuba nasi goreng kampungnya. Ikan bakarnya juga sedap dan mendapat pujian.

Menu yang dipesan juga dilihat bersesuaian dengan harga. Alamat kedai pula terletak di Lot 402, Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

#3 Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Restoran Mimi Ikan Bakar
Restoran Mimi Ikan Bakar

Jika sudah berada di kawasan berdekatan pantai, sudah tentu selera juga kepada makanan seafood bukan? Jika sesiapa yang mencari masakan panas atau ikan bakar, Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus ini adalah jawapannya.

Menu yang boleh dipesan di sini adalah Tom Yam dan ikan bakarnya. Selain itu, sotong goreng tepungnya wajib dipesan kerana sedikit berbeza dengan kedai masakan panas yang lain. Sotong goreng tepungya disalut dengan breadcrumb.

Restoran ini terletak di Teluk Kemang.

 

#4 Restoran Deen Kari Kepala Ikan

Restoran Deen Kari Kepala Ikan
Restoran Deen Kari Kepala Ikan

Untuk peminat masakan rempah, Restoran Deen Kari Kepala Ikan mungkin menjadi tempat kesukaan anda. Restoran ini terletak di Jalan Lama Port Dickson.

Boleh dikatakan kari kepala ikan di sini adalah antara yang tersedap dalam ‘town’. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan papadam. Betul atau tidak, anda patut cuba dulu makan di sini. Selain itu, menu roti canainya juga antara cadangan yang boleh dicuba.Roti canai restoran ini dikatakan power!

 

#5 PD “Famous” Cendol “Coconut Shake” “Power” RM2

PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2

Untuk mereka yang mencari makanan yang sedikit ringan, ala-ala minum petang, maka kedai ini adalah tempat perhentian yang menarik untuk berhenti berehat. Sudah tentu menu yang dipesan dan dijual di sini adalah cendol atau coconut shake.

Selain ittu, kedai ini juga menjual laksa, mee bandung, nasi ayam untuk mereka yang ingin memenuhi perut selain cendol.Pendek kata tempat ini merupakan tempat yang sesuai ketika cuaca panas untuk keluarga.

 

#6 Restoran Aden

Alamat: PD Centre Point, 61, Port Dickson, 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

Restoran Aden ialah restoran makanan Arab. Jika anda pernah makan di restoran makanan Arab, anda akan mendapati adanya persamaan menu di sini. Apa yang membezakannya adalah kualiti dan harga dari satu restoran dengan restoran yang lain.

Restoran Aden mendapat rating yang tinggi untuk rasa makanannya yang sedap, restoran yang bersih, dan layanan yang baik dari staf restoran.

 

#7 Ayam Bakar Station Port Dickson

Alamat: 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (8am – 4pm), ditutup pada hari Isnin dan Selasa

Ini tempat yang berbaloi untuk anda kunjungi. Ayam Bakar, Kambing Bakar, semuanya disediakan cukup sempurna. Tidak mustahil anda mahu menambah tempahan anda lagi.

Kerana itulah mereka memberikan anda nasi, sup dan air untuk ditambah secara percuma. Jangan risau kerana harga hidangan di sini amat berpatutan. Restoran yang luas ini dijaga kebersihannya walaupun terbuka dan berada di tepi jalan.

Cuma, sayangnya ia dibuka sehingga 4 petang sahaja dan bercuti selama dua hari dalam seminggu.

 

#8 Mient’s Burger

Alamat: 258, KM 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Sabtu – Rabu (2pm – 1am), Jumaat (345pm – 1am), Ditutup pada hari Khamis

Inilah burger dan roti John versi Malaysia. Pilih ayam atau kambing. Kedua-duanya sedap. Harganya pula murah. Layanan di sini amat memuaskan dengan suasana restoran yang bersih dan selesa.

Berita baik adalah anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat tempahan anda. Makanan lain yang ada di sini untuk digandingkan bersama-sama burger anda ialah French Fries, Wedges, Bebola Daging, Nugget, dan Drummet.

Mient’s Burger merupakan lokasi sesuai untuk anda berehat, melepak bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

#9 PD Waterfront City

Alamat: 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Selain makanan, lokasinya juga memainkan peranan penting. Nikmati hidangan anda di hadapan lautan luas di PD Waterfront City. Pemandangannya ternyata mendamaikan terutama pada waktu senja.

Ada banyak restoran di sini untuk pilihan anda termasuk restoran segera yang sudah dikenali ramai seperti Kenny Rogers, McDonald dan Starbuck. Pilih yang mana sesuai dengan citarasa anda.

Amat sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menjamu selera.

 

#10 Restoran Pantai Ria

Alamat: Jalan Pantai, Taman Bayu, 71050 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 11pm)

Lewat petang sehingga waktu operasi tamat merupakan masa paling sibuk di sini. Restoran Pantai Ria menyediakan makanan laut gaya Cina yang halal.

Antara menu di sini ialah Ketam Telur Masin, Udang Keju Mentega, Sotong Kam Heong, Ikan Kukus Gaya Hong Kong dan banyak lagi. Ia mendapat ulasan yang pelbagai dari pengunjungnya. Ada yang berpuas hati dan menjadikannya restoran yang wajib untuk mereka kunjungi setiap kali ke Port Dickson.

Sebahagiannya pula merasakan masakannya bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan yang lain. Apa pun, ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Jika anda berhampiran kawasan di mana mereka berada, tidak salah untuk mencuba dan nilaikan sendiri kualitinya.

 

#11 Restoran Chardin Seaview

Alamat: Lot 2631, Jalan Seremban, Taman Seaview, 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari (1130am – 3pm, 5pm-1030pm)

Satu lagi restoran makanan laut yang boleh ditemui di Port Dickson. Ia sudah wujud lebih sepuluh tahun lamanya. Jadi, ia sudah cukup dikenali oleh penduduk tempatan.

Paling menarik adalah lokasinya yang berhadapan dengan lautan, sesuai dengan namanya. Jadi, sambil menikmati Ikan Tiga Rasa, Udang Mentega, Kam Heong Lala dan sebagainya.

Ada ruang untuk meletak kereta disediakan di luar restoran, tetapi agak sukar mendapatkan satu ketika waktu puncak. Rata-rata pelanggan bersetuju yang harganya amat berpatutan.

 

#12 Double Queue Thai Cuisine

Alamat: 4-G 18, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson

Kita sudah biasa dengan masakan Thai di Malaysia. Amat mudah mendapatkannya dan ia sudah pun menyerap dalam resepi masakan tempatan. Double Queue Thai adalah antara restoran masakan Thai yang terkenal di Port Dickson.

Tempatnya bersih dengan dekorasi menarik, layanannya pantas, dan masakannya juga sering mendapat pujian daripada para pelanggan. Tom Yam yang amat terkenal dalam menu masakan Thai juga merupakan tarikan besar di restoran ini.

Jadi, jika anda pencinta masakan Thai, jangan lupa datang ke Double Queue Thai Cuisine bagi merasai hidangan Thai dari mereka pula.

 

Kesimpulan

Anda ada tempat makan menarik di Port Dickson yang lain? Jika anda, janganlah segan-segan untuk berkongsi. Kami sangat teruja untuk mengetahuinya.

Imej:Foursquare

 

Artikel Menarik Lain

Selai tempat makan Port Dickson, kami juga menulis artikel tempat makan di tempat lain yang patut anda terjah.

Penulis: Izzuan Sain

Izzuan Sain

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.