Mencari tempat makan menarik di Johor Bahru? Nama bandar ini pasti sudah tidak asing lagi bagi anda, bukan? Johor Bahru atau lebih dikenali dengan JB merupakan bandar yang sangat terkenal di Johor. Malah, ianya juga ibu negeri Johor!
Buat yang masih keliru tempat makan mana nak tuju, berikut kami senaraikan 50 tempat makan menarik di Johor Bahru yang boleh anda kunjungi. Teruskan membaca ya!
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Ada penggemar sup tulang di sini? Anda wajib serbu restoran yang cukup terkenal dengan keenakan sup tulangnya di JB ini iaitu Restoran ZZ Sup Tulang!
Imej via Foursquare
Antara menu istimewa di sini selain sup tulang ialah sup gearbox, mi rebus, mi soto, bubur, tom yam, dan laksa. Kesemuanya enak-enak belaka. Malah, pelanggan tetap restoran ini juga mengakui yang hidangan bersup di sini memang terbaik, jadi anda wajib cuba!
Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Sukakan makanan laut? Lekaslah serbu restoran Selera Senibong Seafood ini! Restoran yang terletak di Masai ini sangat dipuji kerana kesegaran makanan lautnya.
Imej via Foursquare
Antara makanan laut yang boleh didapati di sini ialah lala, kupang, kerang, sotong, ketam dan pelbagai jenis ikan. Cara masakan juga boleh dipilih, sangat menarik!
Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Di Restoran On Kitchen, ada pelbagai menu yang boleh dicuba yang enak-enak belaka. Antaranya ialah lempeng bersama sambal tumisnya, roti canai, meehun sup dan nasi lemak sambal paru.
Imej via Foursquare
Selain itu, ayam bakar, daging lembu dan kambing BBQ juga mendapat pujian ramai.Perapan daging cukup rasa. Pelbagai masakan kegemaran orang Malaysia dan masakan barat dapat anda jumpa di sini.
Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
Teringin mencuba nasi ayam penyet yang terbaik rasanya? Lekaslah singgah Banafee Village dan cubalah menu nasi ayam penyet mereka! Selain itu, menu Nasi Padang, Ikan Bakar & Sup Tulang Merah juga turut menjadi kegemaran ramai.
Imej via Foursquare
Ayam yang dimasak dengan sempurna menjadi kunci utama menu nasi ayam penyet ini begitu digemari. Selain itu, sup dan sambal yang seimbang rasanya juga turut menggandakan keenakan menu ini, memang menyelerakan.
Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Kedai makan ini sudah tidak asing jika di JB. Namanya sentiasa menjadi sebutan ramai jika bercakap tentang kedai makan terbaik di JB. Kedai yang dimasukkan adalah kedai Kacang Pool Haji. Seperti namanya sendiri, menu utama di sini adalah Kacang Pool.
Imej via Foursquare
Untuk yang pertama kali mendengar tentang menu kacang pool, menu disini menyediakan set roti bakar yang dimakan bersama-sama kuah pekat yang terhasil daripada kacang pool.
Telur mata turut diletak di atas kuah untuk dimakan bersama-sama, memang sedap dan mengenyangkan!
Alamat: 89, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor
Tak sahlah jika anda tidak mencuba mi rebus jika berpeluang ke JB. Untuk menikmatinya, singgah sahaja di restoran Zainal Place.
Imej via Foursquare
Mi rebusnya berjaya menambat hati ramai pelanggan, jelas menunjukkan yang restoran ini menggunakan resepi mi rebus Johor yang asli. Siapa yang tak cuba memang rugi!
Selain mi rebus, soto dan nasi briyani juga turut disediakan di sini. Alang-alang singgah di restoran ini, pesan sahaja kesemua sekali!
Alamat: 21A, Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Ada peminat tegar ABC di sini? Di Kampung Melayu Majidee, restoran Azmie Wawa ABC Ice Cream ini cukup terkenal dengan menu tersebut.
Imej via Foursquare
Restoran ini tidak putus-putus menerima kunjungan dari orang ramai dek kerana penangan ABC yang disediakan. Kebanyakan ulasan di Internet juga mengakui yang ianya manis dan sangat menyegarkan tekak.
Selain ABC, rojak dan mi goreng juga boleh didapati. Cukup sesuai dinikmati untuk minum petang!
Alamat: No. 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor
Jika anda ingin merasai murtabak yang menarik, lokasi ini mungkin anda boleh terjah. Murtabak ini tidak seperti murtabak normal yang biasanya anda makan kerana kehadiran keju yang menjadikannya begitu istimewa sekali!
Imej via Foursquare
Untuk mendapat gambaran tentang menu ini, bayangkan murtabak normal yang dimasak bersama-sama keju yang banyak dan berkrim, memang menggoda! Rasanya juga enak dan tidak pula memuakkan. Sekali rasa pasti nak lagi!
Alamat: 15, Jalan Tun Abdul Razak 1/1, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru, Johor
JB juga mempunyai kedai makan yang menyediakan masakan India yang autentik. Ianya tidak jauh daripada Danga City Mall, jadi lebih mudah untuk anda mencarinya melalui Google Maps.
Imej via Foursquare
Pelbagai jenis briyani ada di sini untuk dicuba mengikut pendapat ramai. Antaranya adalah briyani udang, kambing dan juga ayam. Antara banyak-banyak masakan dan menu briyani yang ada, briyani udanglah yang banyak disebut dan mendapat pujian ramai.
Alamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Kedai makan ini juga antara tempat makan kegemaran kami jika ingin berkunjung semula ke JB. Bubur nasi Istimewa ini merupakan kedai makan yang menyediakan bubur nasi. Walaupun sekadar bubur, ianya menjadi sebutan ramai dek kerana keenakannya!
Imej via Foursquare
Bubur di sini didatangi dalam satu set yang mempunyai beberapa lauk seperti ikan bilis, telur masin dan juga sayur. Lauknya pula banyak dan boleh dikatakan tidak terhabis!
Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor
Warong Saga ini juga wajib dan menarik untuk yang mencari masakan atau menu yang lain daripada yang lain. Apa yang sedap dan wajib cuba makan di sini adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta atas.
Imej via Foursquare
Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah lontong kering dan laksa Johor. Kami pasti anda akan menyukai menu yang cukup popular ini!
Alamat: Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Bakso merupakan makanan Indonesia yang menghidangkan bebola daging dan sup. Tidak dinafikan menu ini merupakan antara menu luar yang cukup popular di Malaysia.
Imej via Foursquare
Jika anda teringin untuk mencuba bakso yang enak, anda boleh mencubanya sendiri di Warung Boyan. Ramai pelanggan di sini berpendapat yang baksonya memang terbaik dan terkenal, jadi anda wajib merasainya sendiri!
Alamat: Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor
Mencari port minum petang yang menarik sekitar JB? Ini salah satu restoran yang wajib anda kunjungi jika perut mula berkeroncong pada waktu petang – restoran Pisang Goreng Mawar.
Imej via Foursquare
Semestinya pisang goreng merupakan menu yang terlaris di sini. Ianya rangup dan tebal, rasanya pula manis dan teksturnya juga tidak terlampau berminyak.
Selain pisang goreng, menu lain seperti laksa dan nasi lemak juga turut disediakan.
Alamat: 19G, Jalan Camar 1/3, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Satu lagi tempat makan di Johor Bahru yang menyajikan sajian tempatan ialah Dulang Lima Cafe.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan jenis hidangan seperti asam pedas, masak lemak, singgang, tempoyak dan kari.
Yang istimewanya, anda boleh meletakkan semua pilihan hidangan dalam satu dulang. la-ala kampung, memang menarik konsep hidangan mereka ini!
Alamat: Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Hidangan Pantai Timur seperti nasi kerabu, nasi dagang dan laksam memang sesuai dinikmati untuk sarapan. Untuk itu, singgah sahaja di Warung Pokok Cerry untuk menikmatinya.
Imej via Foursquare
Untuk makanan tengah hari pula, restoran ini juga turut menyediakan lauk-pauk berasaskan masakan kampung. Nasi campur mereka memang sedap, jadi jangan lupa untuk menikmatinya jika ke sini.
Alamat: 9A, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Ingin menikmati sajian tempatan yang enak? Jika berada sekitar Kampung Nong Chik, singgah sahaja di restoran Malay Village Restaurant.
Hidangan yang popular di sini ialah udang nestum, ayam pandan, tomyam dan sotong goreng tepung.
Selain lauk-pauk, kuih-muih di sini juga turut menggamit selera ramai. Sagu gula melaka, kuih pau. Sesuai dijadikan pembuka selera!
Alamat: 1, Jalan Lurah Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor
Masakan kampung merupakan jenis masakan yang dekat dengan jiwa orang kita. Buktinya, kebanyakan retoran di negara kita memang menyajikan menu berasaskan masakan kampung, memang popular.
Salah satu restoran yang menyajikan masakan kampung di JB ialah Noy Restoran Kampung Danga.
Imej via Foursquare
Lauk-pauk seperti masak lemak ayam, asam pedas ikan, daging goreng kunyit dan kari daging merupakan antara hidangan yang wajib anda pilih.
Alamat: 22, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Sesetengah restoran makanan Barat menyajikan beberapa jenis menu sahaja. Hal ini agak mengecewakan, tambahan pula jika anda merupakan pencinta makanan Barat, bukan?
Imej via Foursquare
Jika anda menjamu selera di The Morso, kami berani jamin masalah sebigini tidak akan anda hadapi. The Morso ada menyajikan pelbagai pilihan makanan Barat.
Antaranya ialah Sizzling Lamb Chop, Spicy Shrimp Pasta, Spaghetti Carbonara dan Chicken Chop. Hidangan shell out turut disediakan di sini, memang beraneka!
Alamat: 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor
Jika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap!
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda.
Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.
Alamat: Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Semasa makan tengah hari, pasti anda teringin untuk menikmati masakan kampung, bukan? Lekaslah serbu Restoran Mak Teh, kerana ada aneka jenis lauk-pauk yang sedap-sedap disediakan di sini!
Imej via Foursquare
Dari yang dibuat gulai, dibakar, digoreng dan dibuat masak lemak cili padi, semuanya ada. Laksa Johor dan Lontong juga turut disediakan. Kalau tak cuba memang rugi!
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor
Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai. Restoran ini menampilkan hiasan dalaman yang amat indah dengan tema Inggeris yang cantik dan santai.
Makanan di sini juga tidak dapat dinafikan kualiti dan kesedapannya. Menu steamboat boleh dipesan secara buffet atau set bergantung kepada minat dan kuantiti makanan. Ia hadir dengan sos yang juga sedap. Komponen steamboatnya juga segar dan pelbagai.
Selain steamboat terdapat juga menu ala carte seperti nasi, mee dan sebagainya untuk dicuba. Seperti nama restoran ini, ia juga turut menghidangkan makanan grill bermula daripada ayam, daging, kambing ataupun makanan laut.
Alamat: 19, Jalan Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru, Johor
Jika anda inginkan kelainan, dan mahu masakan Thai, restoran ini mungkin pilihan terbaik. Seperti biasa, pelbagai menu ala Thai dapat anda jumpa di sini. Dalam banyak-banyak menu, menu siakap stim lemon sangat disyorkan bersama tom yam Chiang Mai.
Imej via Foursquare
Dua menu ini sememangnya mendapat pujian ramai tentang masakan tomyamnya dan menjadi menu yang laku keras di sini. Selain itu, untuk peminat kerabu, jangan lupa juga untuk mencuba masakan kerabu di sini.
Alamat: NO.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Satu lagi restoran yang boleh anda kunjungi untuk menikmati nasi briyani ialah restoran Abah Beriani House. Nasi briyani di sini memang kena dengan citarasa orang kita, memang menarik!
Imej via Foursquare
Antara briyani yang wajib anda cuba ialah briyani kambing. Isi dagingnya lembut dan saiznya juga agak besar. Memang puas dimakan bersama papadom.
Alamat: 9, Jalan Tampoi, Kampung Bahru Majidee, 81200 Johor Bahru, Johor
Kafe moden yang santai pasti memberikan suasana yang tenang dan menyamanka kepada pelanggannya. Salah satu kafe santai yang boleh dikunjungi di JB ialah the Pinggan Cafe.
Imej via Foursquare
Kafe ini menyajikan hidangan berkonsepkan selera tempatan dan Barat. Menu-menu yang boleh anda nikmati ialah sirloin steak, volcanic beef burger, seafood tomyam pasta, meatballs dan mi bandung.
Alamat: Jalan Dataran Larkin 6, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Singgang merupakan cara masakan yang cukup popular di negeri Kelantan. Namun jika anda berada di Johor, tak perlu susah-susah ke Kelantan. Kerana di JB, restoran Mek Singgang ada menyajikan hidangan singgang yang sedap-sedap.
Imej via Foursquare
Singgang daging merupakan hiangan yang laku keras di sini. Bukan sahaja hidangan singgah, malah restoran ini turut menyajikan masakan kampung.
Anda boleh cuba menu seperti asam pedas Johor, daging goreng kunyit dan banyak lagi. Memang berbagai!
Alamat: 17, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Imej via Foursquare
Ingin mencuba Chicken Chop yang terbaik di JB? Slogan kafe ini iaitu ‘The best chicken chop in town’ jelas menunjukkan yang Chicken Chop di sini bukan biasa-biasa. Malah, rata-rata pengunjung di sini juga mengakui yang Chicken Chop di sini memang enak!
Selain Chicken Chop, anda juga boleh mencuba makanan Barat lain seperti Mixed Grill dan Lamb Chop. Selain makanan Barat, makanan Cina seperi Cantonese Kuey Teow juga turut digemari ramai!
Alamat: Jalan Dato Jaafar, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Medan selera merupakan tempat yang sesuai untuk anda menikmati hidangan yang beraneka genre bersama rakan-rakan atau keluarga. Antara medan selera yang popular di JB ialah Bulat Bulat Corner.
Imej via Foursquare
Ada pelbagai jenis erai yang menyajikan hidangan yang berbeza selera di sini. Ada yang menyajikan masakan panas, makanan Barat, sehinggakan penkek Krabi juga turut ada disediakan di sini. Pilih sahaja yang mana yang berkenan di hati!
Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Teringin mencuba makanan yang enak-enak sambil mengambil aura seolah-olah anda berada di dalam kapal terbang? Jangan terkejut, di JB kafe unik seperti ini memang wujud!
Imej via Foursquare
Antara menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah Hawaii Grill Chicken Chop, Mongolian Chicken Rice, Grill Chicken Burger dan banyak lagi! Menu di sini juga berasaskan masakan Barat dan Timur, memang kena dengan tekak!
Alamat: 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Sate merupakan makanan lewat malam yang cukup enak dinikmati terutamanya beramai-ramai. Untuk mencuba sate yang sedap dan juicy, cubalah sate di Almizan Satay House @Majidee ini.
Imej via Foursquare
Kuah sate yang cukup rasanya dan sate yang lembut isinya merupakan antara punca ianya begitu digemari. Antara sate yang boleh dicuba ialah sate ayam, lembu, kambing dan babat.
Alamat: 275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor
Mencari restoran makanan laut di JB? Salah satu port makanan laut yang popular sekitar sini ialah restoran Grand Seafood Kempas yang terletak di Kempas Banjaran.
Imej via Foursquare
Pilih sahaja makanan laut yang anda suka, semuanya segar-segar dan cara masakan juga dapat dipilih endiri. Memang berbaloi, lebih sesuai jika dinikmati beramai-ramai!
Alamat: No. 12, Jalan Indah 25/16, Taman Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
Satu lagi tempat makan di Johor Bahru yang menyajikan makanan tempatan ialah restoran Mak Engku Rsetaurant and Catering.
Imej via Foursquare
Antara menu-menu yang boleh anda pesan ialah ayam bakar madu, sate, masakan panas seperti aneka jenis nasi goreng dan tomyam. Memang berbagai, pesan sahaja yang mana yang anda teringin.
Alamat: 107, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Sebut sahaja tentang Nachos, pasti ramai pembaca sudah mula terliur dengan makanan Mexico yang menghidangkan tortilla chips yang dicich atau dibanjiri dengan sos keju ini, bukan?
Imej via Foursquare
Di Cookies & Ginger, menu Nachos ini merupakan antara menu yang paling istimewa yang boleh anda cuba. Selain itu, menu lain seperti Rib Eye Steak, Spaghetti Aglio Olio dan Lamb Shoulder juga merupakan antara menu yang paling menarik di sini.
Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor
Kedai Haji Wahid Mee Rebus boleh dikatakan kedai makan legenda di JB. Ianya bermula daripada Wak Baidali yang menjual mee rebus pada tahun 1918 sebelum anaknya Haji Wahid mengambil alih perniagaan tersebut pada tahun 1938, memang ‘legend’!
Imej via Foursquare
Kedai makan ni juga mungkin dikenali sebagai Mee Rebus Baidali. Kedai ini menggunakan resepi turun-temurun, jadi anda bolehlah menikmati keaslian resepinya di sini. Untuk peminat jalan-jalan cari makan, jangan lupa untuk terjah tempat makan ini ya!
Alamat: No 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Nama restoran ini sudah mencerminkan kualiti makanan di sini.Mula beroperasi sejak tahun 1987 lagi, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran Sedap Corner ini memang ‘legend’!
Imej via Foursquare
Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Pandan Chicken, Ikan Pari Bakar dan Kuey Teow. Menu-menu ini kedengaran biasa sahaja namun keenakannya sememangnya luar biasa, anda pasti menyukainya!
Alamat: Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor
Tercari-cari medan selera yang menyediakan makanan berat dan ringan yang bukan sahaja enak, malah berbagai? Singgah sahaja di Medan Selera Tepian Tebrau!
Imej via Foursquare
Medan selera ini mempunyai berbagai jenis gerai. Ada yang menyajikan ABC, cendol, rojak, ikan bakar dan bermacam-macam lagi. Bikin rambang mata!
Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Bukan sahaja nama kafenya sahaja yang unik, malah dekorasinya juga unik! Cupchai Cafe & Restro ini merupakan kafe yang menghidangkan makanan Barat dan tempatan, memang sesuai dengan citarasa ramai!
Imej via Foursquare
Antara menu yang disediakan di sini ialah Nasi Kukus Ayam Berempah & Mi Rebus. Untuk makanan Barat, Fetuccini Carbonara dan Spaghetti Bolognese pasti akan menjadi pilihan yang cocok buat anda!
Selain itu, menu Roti Titab dan Roti Bakar Kacang Pool juga merupakan antara menu yang seringkali menjadi pilihan ramai. Mengenyangkan, cukup sesuai dijadikan sebagai menu sarapan!
Alamat: 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor
Ingin mengenakan sarapan yang enak dan mengenyangkan? Restoran Tapah Corner ini wajib anda serbu!Jika anda sibuk sehinggakan tidak ada masa untuk menyediakan sarapan, singgahlah di sini.
Imej via Foursquare
Antara menu sarapan yang boleh anda cuba ialah nasi lemak, roti canai dan mi goreng. Saiz hidangannya yang besar dan harganya yang berpatutan juga merupakan punca utama menu-menu di sini laku keras.
Alamat: Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Jika di Melaka kita ada Asam Pedas Claypot, di Johor kita ada Anisofea Asam Pedas Johor Asli! Restoran ini merupakan antara restoran asam pedas yang cukup terkenal sekitar JB.
Imej via Foursquare
Antara asam pedas yang boleh dicuba ialah asam pedas ikan merah dan asam pedas ikan jenahak. Jangan lupa pilih lauk-pauk lain juga. Lebih banyak lebih enak!
Alamat: JKR296, Jalan Petri, 80100, Kampung Tarum, Johor Bahru, Johor, 80100
Konsep dekorasi restoran ini yang begitu mesra alam membuatkan ramai pelanggan tertarik dengannya. Sesuai jika anda ingin menikmati masakan Barat dan tempatan sambil bersantai-santai di sini.
Imej via Foursquare
Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken Chop, ikan siakap stim limau, tomyam dan banyak lagi. Sambil makan, ada alunan muzik angklung yang menemani, cukup menenangkan jiwa!
Alamat: 13, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor
Imej via Foursquare
Peminat tegar masakan melayu kampung? Restoran Sri Bayu Perdana ini pasti kena dengan citarasa anda! Menu-menu di sini cukup beraneka, boleh dikatakan pinggan anda memang akan penuh dengan lauk .
Restoran ini mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi, dan sejak 19 tahun yang lalu bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai. Jadi kami nasihatkan anda datang lebih awal agar tidak terlepas peluang ya!
Alamat: Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Kafe ini mempunyai beberapa cawangan sekitar negara kita, jelas menunjukkan popularitinya. Salah satu cawangannya juga di JB.
Imej via Foursquare
Kafe ini menyajikan makanan tempatan seperti mi kari, sagu gula melaka, mi bandung, nasi ayam goreng kunyit, lontong dan soto. Cukup berbagai!
Alamat: 2, Jalan Enau 11, Taman Teratai, 81110 Johor Bahru, Johor
Imej via Foursquare
Restoran Meletop Steamboat & Grill merupakan antara restoran steamboat yang agak terkenal sekitar JB. Lauknya yang beraneka merupakan antara punca utama ramai pelanggan sentiasa membanjiri restoran ini.
Walaupun baharu sahaja beroperasi sekitar tahun 2012, restoran ini boleh dikatakan maju juga kerana populariti yang dikecapi. Ruang restoran juga luas dan jumlah meja makan banyak.
Alamat: 142, Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Di sini kami kongsikan tempat makan asam pedas yang sedap dan patut cuba di JB ini. Apabila sebut sahaja asam pedas yang sedap di JB, nama restoran ini sering menjadi pilihan biasanya.
Imej via Foursquare
Tempat ini dikatakan menyediakan asam pedas yang sedap di JB. Masakanan dikatakan lengkap daripada sudut kepedasan dan kepekatan. Menu lain yang boleh dicuba disini adalah nasi ayam penyet. Ikannya dikatakan segar.
Menu wajib apabila anda berada di sini adalah asam pedas dan ikan goreng. Kami pasti, anda sudah boleh membayangkan kesedapan ikan goreng dimakan bersama-sama kuah asam pedas, memang memikat!
Alamat: no, 12, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Penggemar Char Kuey Teow, anda wajib serbu gerai Kuey Teow yang agak popular di JB ini! Char Kuey Teow mereka dikatakan lain daripada biasa, jadi anda wajib mencubanya sendiri untuk merasai kelainan tersebut di sini.
Imej via Foursquare
Anda juga boleh memilih sama ada anda mahu Char Kuey Teow yang kering atau basah, mengikut citarasa sendiri. Lauknya juga ada ayam, kerang dan udang manakala untuk Char Kuey Teow Special, kesemua lauk tersebut turut disajikan.
Alamat: 34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Sejak fenomena pisang cheese, kita dapat lihat konsep gerai atau restoran yang menjual pisang cheese. Untuk peminat yang suka masakan berkonsepkan pisang goreng, jom terjah Kopi Keju!
Imej via Foursquare
Lihat saja pada nama restoran ini, pasti anda tahu menu terbaik di sini! Pisang goreng cheese coklat dan pisang goreng cheese oreos antara menu yang dipesan, manis namun tidak pula memuakkan! Anda wajib cubanya sendiri di Kopi Keju!
Alamat: 74, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Nama kafe ini memang unik, namun anda sendiri pasti boleh teka menu apa yang popular di kafe Sarcasteak Cafe ini – semestiya stik.
Jenis stik yang boleh didapati ialah stik sirloin, t-bone, lamb shoulder dan rib eye. Kualiti stik yang digunakan juga tinggi, pasti memuaskan hati!
Imej via Foursquare
Selain stik, kafe ini juga menyajikan hidangan Barat. Anda boleh cuba Aglio Olio, Mushroom Soup with Garlic Bread, Fish and Chips dan Chicken Chop.
Alamat: S19, Selera Johor Plaza Larkin, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Rojak merupakan street food yang cukup enak dinikmati semasa bersiar-siar atau untuk bersantai. Di JB, antara port rojak yang popular ialah Asma Rojak Larkin.
Imej via Foursquare
Jenis rojak yang boleh dicuba ialah rojak tahu, rojak char kuey, rojak petis dan rojak buah. Bukan iu sahaja, tauhu bakar mereka juga turut mendapat sambutan, jadi jangan lupa untuk mencubanya.
Alamat: No 25 ,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Mengidamkan makanan Arab? Di Kampung Nong Chik, antara restoran yang menyajikan hidangan tersebut ialah Dallah Restaurant.
Imej via Foursquare
Menu-menu yang menggamit selera ramai ialah nasi mandy, shawarma, ikan bakar dan roti Arab. Untuk minuman, teh Dallah merupakan jenis teh Arab yang wajib anda pesan.
Alamat: 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor
Ingin menikmati hidangan yang sedap sambil mendengar alunan muzik oleh lie band? Singgah sahaja di Olive Musicafe untuk tujuan itu!
Imej via Foursquare
Kafe ini menyediakan makanan Barat. Antaranya ialah Mac and Cheese, Aglio Olio, Beef Lasagna, Bread Butter Pudding dan Fish and Chips. Hzelnut Latte pula merupakan minuman kopi yang wajib dicuba.
Alamat: 22, Jalan Padi Mahsuri 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Nasi ambeng atau nasi ambang merupakan hidangan nasi yang cukup terkenal di Johor. Merupakan sajian Jawa Tengah, ianya merupakan makanan tradisi ketika majlis dan kenduri.Salah satu tempat makan di JB yang menyajikan nasi ambang yang tersedap ialah restoran Mat Corner Nasi Ambang.
Imej via Foursquare
Nasi ambang di sini disajikan bersama ayam goreng yang digoreng rangup. Sambal yang disajikan juga cukup sedap. Lebih istimewa, anda juga boleh tambah telur pindang jika mahu, rugi jika tak cuba!
Terlalu banyak tempat makanan yang terbaik di JB untuk dicuba samada waktu malam ataupun siang. Tetapi, 50 tempat makan di Johor Bahru yang kami senaraikan ini ialah antara yang popular.
Mungkin ini bukan pilihan terbaik anda tetapi cukup sekadar panduan dan idea bagi sesiapa yang tidak biasa dengan JB. Semoga anda menyukai artikel tempat makan menarik di Johor Bahru ini. Jangan lupa share atau like kalau menarik ya!
Selain tempat makan menarik di Johor Bahru, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel kami.