Mencari tempat makan western di Penang?

Penang atau Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri Utara yang kaya dengan pelbagai jenis tarikan. Bukan sahaja tarikan pelancongan, malah tempat makan di sini juga berbagai genre.

Ini termasuklah dengan tempat makan western. Jadi, berikut kami senaraikan 12 tempat makan western di Penang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 China House

Alamat: 153, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11:30 pm

Berada sekitar Georgetown? Antara tempat makan western sekitar sini yang wajib anda lawati ialah China House. Dekorasi kafe dari luar yang cukup klasik pasti akan buat anda terpersona.

Jenis hidangan yang disediakan di kafe ini ialah sajian Barat dan Asia. Anda boleh menikmati Chicken and Mushroom Pie, Beef & Pumpkin Lasagne dan Grilled Seabass. Pencuci mulut di sini juga turut terjual laris.

tempat makan western penang china house
Imej via Foursquare

Caramel Cheesecake, Tiramisu, Carrot Cake dan Italian Cream Cake adalah antara kek yang disediakan. Kek yang gebu dan berkrim ini semuanya sedap-sedap belaka, rugi jika tak cuba.

#2 Pak Mat Western Cafe

Alamat: No. 6 Jalan Industri Tangkas 2 Taman Industri Tangkas Kampung Sekolah, Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12.30 am

Pak Mat Western Cafe adalah antara tempat makan western di Penang yang namanya sangat tersohor. Terletak di Bukit Mertajam, restoran ini sesuai disinggah untuk makan malam.

Mix Platter merupakan hidangan set yang kerap menjadi pilihan ramai. Ianya menggabungkan beberapa sajian di dalam satu hidangan, jadi menu ini memang sesuai dinikmati beramai-ramai.

pak mat western tempat makan western penang
Imej via Foursquare

Menu lain yang popular ialah Lamb Chop. Kambing yang lembut serta sos lada hitam yang membanjirinya memang cukup sedap. Ianya disajikan bersama roti, coleslaw dan kentang putar.

#3 Wheeler’s Coffee

Alamat: 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Mencari kafe moden yang menyediakan makanan Barat yang berbagai pilihan? Alang-alang berada sekitar George Town, singgah sahaja di Wheeler’s Coffee untuk tujuan itu. Kafe ini bukan sahaja cantik, malah cukup santai.

tempat makan western penang wheelers coffee
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda nikmati. Pasta, piza, salad, sup dan makanan berat merupakan antaranya. Espresso Chicken, Truffle Spaghetti Carbonara dan Charcoal Hawaiian Pizza merupakan antara menu popular.

#4 Lagenda House & Cafe

Alamat: 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 11 pm

Bukan mudah untuk jumpa kafe berkonsepkan tradisional. Dari luar, dekorasi Lagenda House & Cafe ini memang cukup menyerlah, sesuai juga untuk dijadikan tempat bergambar disebabkan oleh konsep klasiknya.

lagenda house
Imej via Foursquare

Anda boleh mendapati sajian Barat dan tempatan di kafe ini. Untuk hidangan Barat, anda boleh cuba Salmon Teriyaki, Baked Chicken Roulade, Grilled Seabass dan Counter Hall Beef Burger. Rasa yang enak, persembahan hidangan pun cantik.

#5 Harvest In Café

Alamat: 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, Rabu – Isnin 11 am – 3 pm, 6 – 10 pm, Selasa 11 am – 3 pm

Sekilas pandang, Harvest in Cafe ini kelihatan seperti sebuah rumah yang cantik, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah kafe yang menyajikan sajian Barat yang bukan biasa-biasa. Yang pasti, dijamin akan buat anda rambang mata.

harvest in cafe tempat makan western penang
Imej via Foursquare

Antara menu pilihan ramai ialah Honey Oat Chicken. Ayam yang digoreng rangup ini disajikan bersama kentang putar yang gebu dan sayur segar. Rasanya yang manis dan tekstur kulit yang rangup boleh buat sesiapa sahaja ketagih!

#6 Green Island Western Food

Alamat: 2-1-8, Tingkat Mahsuri 4, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 11 am – 3 pm, 5.30 – 8 pm manakala Sabtu – Ahad 11 am – 8 pm

Berada sekitar Bayan Lepas? Antara restoran makanan Barat yang cukup tersohor di sini ialah Green Island Western Food. Mula beroperasi sejak tahun 2013, restoran ini menyediakan pilihan makanan Barat yang kena dengan citarasa ramai.

green island
Imej via Foursquare

Salted Egg Grill Chicken, Mushroom Soup, Salted Egg Soft Shell Crab Spaghetti, Duck Salad dan Oriental Chicken Chop adalah antara menu yang laku keras di sini. Saiz hidangan juga besar, pasti memuaskan hati.

#7 PAPISZ

Alamat: 27, Persiaran Mahsuri 1/1, Bandar Sunway Tunas, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 – 9 pm

Tak semua restoran menggunakan hidangan yang berkualiti tinggi dalam sajiannya. Kami yakin anda pasti mementingkan kualiti bahan kerana ia adalah faktor utama dalam menyumbang kepada kelazatan hidangan, bukan?

papisz
Imej via Foursquare

Jangan risau, kafe Papisz ini mengakui sendiri yang mereka menggunakan bahan premium dalam masakannya. Lamb Chop, Bistro Chicken Pasta, Chicken Parmigiana dan Aglio Olio adalah antara menu-menu yang menjadi rebutan di sini.

#8 The Table Penang

Alamat: 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 12 – 10 pm, Sabtu – Ahad 3 – 10 pm

Kafe comel yang terletak di George Town ini sesuai disinggah jika anda ingin singgah menjamu selera bersama rakan-rakan. Suasana kafe yang menenangkan membuatkan ramai pengunjung selesa bersantai di sini.

the table tempat makan western penang
Imej via Foursquare

Selera Barat adalah jenis hidangan utama yang disediakan di The Table Penang. Anda boleh cuba Grilled Chicken, Lamb Shoulder, Spaghetti Carbonara dan Chicken Butter Milk Spaghetti.

#9 More by Arang Coffee

Alamat: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Penang sememangnya kaya dengan bilangan kafe moden yang menyajikan makanan Barat. Salah satunya ialah kafe More by Arang Coffee yang terletak di Jalan Argyll.

more by arang coffee
Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang paling popular ialah pasta. Squid Ink Pasta, Aglio Olio dan Salted Egg Pasta merupakan antara yang terlaris. Ianya secukup rasa dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan kualitinya.

#10 The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong)

Alamat: 1, Jalan Pantai Jerjak 13, Taman Pantai Jerjak, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 12.30 – 8 pm

‘(Hidangan yang) terlampau sedap’ – ini merupakan antara ulasan positif yang diberikan oleh pelanggan The Original Mikki Western Cuisine yang bertempat di Sungai Nibong. Jelas membuktikan yang hidangan di restoran ini dijamin sedap.

Imej via Foursquare

Menu-menu yang disediakan juga sangat banyak. Sebut sahaja apa yang diinginkan, semuanya ada. Antara yang boleh dicuba ialah Spaghetti Carbonara, Chicken Chop, Mozarella Baked Fish dan Egg & Cheese Fillet.

#11 The Hillside

Alamat: 3, Jalan Sungai Kelian Tanjung Bungah, 11200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 2.30 pm, 5 – 9 pm

Satu lagi tempat makan western di Penang yang cukup menggamit selera ialah kafe The Hillside. Terletak di George Town, kafe moden ini bukan sahaja terkenal dengan sajian Baratnya, malah servis yang ditawarkan juga dikatakan cemerlang.

the hillside penang western
Imej via Foursquare

Untuk hidangan Barat, anda boleh cuba piza yang disajikan di sini kerana ianya merupakan hidangan yang terlaris. Topping yang banyak serta kerak yang nipis dan rangup merupakan antara daya penarik hidangan ini.

#12 Rumah Kacha

Alamat: 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11:30 am–9:30 pm

Nama restoran ini sahaja sudah menggambarkan dekorasinya. Ianya kelihatan seperti rumah kaca klasik yang cukup cantik, memang sesuai disinggah bagi mereka yang sukakan restoran atau kafe berkonsepkan minimal.

rumah kacha penang
Imej via Foursquare

Hidangan Barat merupakan genre makanan utama yang disajikan di sini. Pasta, snek dan makanan berat ada disajikan dan jenis hidangan yang disebut-sebut ialah burger. Jadi, cuba sahaja Angus Beef Burger mereka, pasti akan buat anda terkenang-kenang!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan western di Penang yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.