Gulai Ikan Pari di Cargas Cafe Bayan Lepas
Pernah dengar makan di Cargas Cafe di Bayan Lepas, Pulau Pinang? Sebenarnya ramai tidak tahu tentang tempat makan ini. Biasanya, kalau yang datang Pulau…

- Status Halal
- Tidak Pasti
- Harga
- Ikan pari, sayur dan ayam goreng: RM7-10
- Waktu Operasi
- Setiap hari: 10 pagi - 4 petang · Jumaat: Tutup
- Lokasi
- Cargas Cafe, Bayan Lepas978 Jalan Bayan Lepas, Bayan Lepas, Penang 11900
Pernah dengar makan di Cargas Cafe di Bayan Lepas, Pulau Pinang? Sebenarnya ramai tidak tahu tentang tempat makan ini. Biasanya, kalau yang datang Pulau Pinang, ramai ingin mencuba Nasi Kandar, Pasembur dan lain-lain. Jadi jarang yang datang tahu tentang tempat ini. Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang. Tempat ini hanya diketahui tempat setempat. Pernah keluar di surat khabar dan terkenal dengan ayam goreng dan ikan pari gulainya. Masakan gulai ini sama sahaja dengan masakan kari, cuma kalau di Pulau Pinang, ia biasanya dipanggil gulai. Tetapi sedikit berlainan, biasanya masakan kari menggunakan santan, tetapi tidak untuk masakan mamak. Lagi bukti kenapa kedai ini menarik? Asalnya kedai ini hanya sebuah lot tetapi kini menjadi dan dibesar kepada 2 lot. Ramai bangsa Cina turut membeli.
Cargas Cafe
978 Jalan Bayan Lepas, Bayan Lepas, Penang 11900
10pagi-4 petang. Tutu Jumaat
Apa yang menarik di sini?
- Kami kalau makan di sini kami sukakan ikan parinya. Serius dan jujur ianya fresh. Isinya baru.
- Boleh cuba ayam gorengnya. Ayam gorengnya di goreng hangat-hangat. Belum sampai diletak selama 5 minit sudah habis.
- Boleh ambil fishball jenis ketam dan tauhu. Sangat sedap.
- Air pula boleh minum milo ais yang pasti terasa manisnya. Awas untuk tidak sukakan gula.
Apa kami suka?
- Kami sukankan gulainya. Masam-masam tetapi sedap.
- Ayam gorengnya panas-panas, tetapi bagi kami ini adalah biasa sahaja dan ada di kebanyakkan kedai.
- Kuah dan rempah ratus setiap lauknya memang terasa. Ambillah kuah pedas ataupun kuah berempah lain, memang sedap!

Terletak di jalan utama Bayan Lepas

Ayam goreng panas-panas

Kuah yang banjir

Ikan pari yang fresh

Semua ini sedap!

Ini kira sedikitlah. Tunggu tengah hari
- Kesedapan? Memang sangat sedap. salah satu krew kami adalah warga Pulau Pinang. Katanya wajib datang setiap kali dia pulang ke kampung.
- Harga? Biasanya dengan seketul ikan pari, sayur dan ayam goreng harganya sekitar RM7-10. Murah sangat!
- Suasana? Sangat ramai. Terutamanya waktu tengah hari. Memang beratur panjang jawabnya.
Kredit gambar : Foursquare Mencari tampat makan menarik di Pulau Pinang?
