Mencari tempat makan western di Kuantan?

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang sememangnya terkenal dengan tempat makan yang menarik. Tidak hairanlah bandar ini digelar sebagai ‘syurga makanan’ kerana ada pelbagai jenis selera yang boleh anda jumpa di tempat makan sekitar sini.

Ini termasuklah dengan tempat makanan Barat. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan western di Kuantan buat anda. Teruskan membaca!

#1 Kimstone Food Court & Hall

Alamat: Lot 2595 Jalan Kemaman Pusat Kesihatan Beserah, 26100, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 4 pm – 12 am

Medan selera yang terletak di Berserah ini mempunyai pelbagai jenis gerai yang berbagai genre makanan. Semestinya ada beberapa gerai makanan Barat yang anda boleh singgah.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dipilih di sini ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Fish & Chips dan Spaghetti Carbonara. Selain sedap, saiz hidangan juga besar. Alang-alang singgah ke sini, jangan lupa untuk cuba minuman Kelapa Joget untuk menyegarkan tekak.

#2 Brotherhood Western & Grill

Alamat: 73, Lorong IM 15/19, Indera Mahkota 15, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 4 – 10.30 pm

Jika anda berada sekitar Indera Mahkota, restoran Brotherhood Western & Grill ini wajib anda kunjungi. Tambahan pula jika anda merupakan peminat makanan Barat.

tempat western kuantan
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh anda pesan. Jika anda sukakan pasta, cubalahh aglio olio mereka, memang sedap! Selain itu, anda juga boleh menikmati menu lain seperti stik, burger dan masakan panggang.

#3 90 Degrees Café & Art

Alamat: 882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 11 pm

Ingin menikmati pencuci mulut Barat yang enak sambil menghirup kopi yang pekat dan harum aromanya? Singgah sahaja di 90 Degrees Café & Art yang terletak di Jalan Air Putih ini.

tempat makan western kuantan
Imej via Foursquare

Kafe ini merupakan antara kafe di Kuantan yang terkenal. Antara pilihan menu yang anda boleh cuba ialah Salted Egg Yolk Waffle, Pandan Banana Waffle dan Chicken Panini Sandwich.

Untuk minuman pula, ada beraneka jenis kopi yang boleh dicuba. Americano, capuccino, latte, flat white, mocha, semuanya ada! Sesuai dinikmati semasa sarapan pagi atau minum petang.

#4 Tjantek Art Bistro

Alamat: 56-20, Jalan Besar, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, Selasa – Khamis (9 am – 10 pm) manakala Jumaat & Sabtu (9am – 11 pm)

Tjantek Art Bistro merupakan kafe hipster yang cukup terkenal. Terletak di Jalan Besar, kafe ini berkonsepkan vintaj dan ianya mempunyai hiasan barangan antik yang pelbagai.

tempat makan western kuantan
Imej via Foursquare

Selain itu, menu yang disajikan juga ada berbagai pilihan. Berkonsepkan makanan Barat, antara menu yang boleh dicuba ialah wafel, Chicken Chop, Garlic Bread with Mushroom Soup dan stik.

#5 La Casa Kuantan

Alamat: A-1820, Jalan Telok Cempedak, Taman Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am

Alang-alang berkunjung ke Teluk Cempedak, singgahlah menikmati makanan Barat di kafe La Casa Kuantan. Suasana kafe yang romantik dan santai pasti akan membuatkan anda selesa menjamu selera di sini.

Imej via Instagram

Hidangan di kafe ini berkonsepkan selera Barat. Menu-menu yang boleh dicuba ialah Salmon Fillet, Gorgonzola Pizza, German Style Steak dan banyak lagi. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin.

#6 Gelora Steak House

Alamat: B616, Tingkat Bawah Taman Bandar Emas, Taman Semambu 1, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 – 10.30 pm

Satu lagi tempat makan western di Kuantan yang terhangat ialah Gelora Steakhouse. Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh anda cuba, memang rugi jika anda tak singgah ke restoran ini.

Imej via Foursquare

Antara menu yang disajikan ialah Fish & Chips, Rib Eye Steak, Spaghetti Carbonara dan Chicken Chop. Selain daripada menyajikan hidangan yang enak, servis yang ditawarkan juga baik dan dipuji ramai.

#7 The Robok Dapor

Alamat: B2 GF LORONG MAT KILAU 24/1, Taman Raya, 25000 Kuantan, Pahang

Setiap hari kecuali Ahad, 7.30 am – 3.30 pm

Kebanyakan restoran makanan Barat dibuka pada waktu malam. Berbeza dengan restoran The Robok Dapor yang dibuka seawal jam 7.30 pagi ini. Alang-alang berada di Kuantan, singgahlah bersarapan pagi atau makan tengah hari di sini.

Imej via Foursquare

Hidangan yang ditawarkan ialah selera Barat. Anda boleh menikmati menu-menu seperti Mediterranean Grilled Lamb, Chicken Chop, Nachos dan Seafood Pasta. Makanan Barat di sini dikatakan berkualiti tinggi dan enak, jadi anda wajib terjah restoran ini!

#8 Restoran Lila Wadi

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 2 – 10 pm

Sekiranya anda dalam perjalanan ke Teluk Cempedak, anda pasti akan melintasi Restoran Lila Wadi. Restoran ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal di Kuantan. Hidangan di sini berkonsepkan Barat dan tempatan.

Imej via Foursquare

Untuk hidangan Barat, anda boleh menikmati menu seperti Garlic & Beef Pasta, New York Cheese Beef Burger, Creamy Mushroom Soup dan Swedish Meatballs. Selain daripada menyelerakan, hidangan ini juga mengenyangkan kerana bersaiz besar.

#9 Papa Zolla Western Food Kuantan

Alamat: 421, Lorong Seri Teruntum 99, East Coast Garden, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 4.30 pm – 12 am

Sebagai pelanggan, semestinya anda mahu menikmati hidangan yang bersaiz besar. Untuk itu, singgahlah menjamu selera di restoran Papa Zolla Western Food Kuantan.

Imej via Foursquare

Saiz hidangan setiap menu di sini memang besar dan jenis hidangan juga berbagai pilihan. Menu di sini berkonsepkan makanan Barat. Anda boleh cuba Carbonara with Grilled Lamb, Aglio Olio, Chicken Chop with Jalapeno Cheese dan Lamb Chop.

#10 Cherating Steakhouse Restaurant

Alamat: Jalan Beserah, Kampung Alor Akar, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 3 pm, 6 pm – 12 am

Berada sekitar Jalan Beserah? Alang-alang berada sekitar situ, singgah sahaja di Cherating Stakhouse Restaurant. Restoran ini menyajikan stik yang lazat di samping makanan Barat yang lain.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dipesan ialah Tuna Pizza, Lamb Chop, Sirloin Steak, Carbonara Spaghetti dan Lamb Shank. Saiz hidangan juga besar, berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan western di Kuantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.