Mencari tempat makan di Teluk Cempedak?

Teluk Cempedak merupakan pantai yang terletak beberapa kilometer dari bandar Kuantan, Pahang. Pantai yang cantik ini memang menjadi tarikan pelancong, sehinggakan ianya sering dipenuhi dengan pengunjung sepanjang malam!

Tempat makan di sini juga ada banyak yang menarik. Untuk itu, berikut kami senaraikan 7 tempat makan di Teluk Cempedak untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Loteng

Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, (11 am – 12 am) manakala Jumaat dan Sabtu (11 am – 1 am)

Nama kafe Loteng ini pasti sudah tidak asing di kalangan penduduk Kuantan, tambahan pula jika mereka sudah biasa ke Teluk Cempedak. Kafe yang cantik yang terletak berdekatan dengan pantai ini sememangnya terkenal.

tempat makan teluk cempedak
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan sajian Barat dan tempatan yang sedap-sedap. Anda boleh cuba Grilled Chicken Chop, Chicken Steak Pasta, Maggie Mi Kari Cheese dan Spaghetti Beef Bolognese. Untuk minuman, jangan lupa cuba Thai Milk Tea mereka.

Untuk pencuci mulut, kek keju aiskrim mereka memang mendapat pesanan yang banyak. Antara yang boleh dicuba ialah Mango Cheesecake Bar, Salted Caramel Cheesecake Bar, Toblerone Dark Chocolate Cheesecake Bar dan Oreo Cheesecake Bar.

#2 La Casa Kuantan

Alamat: A-1820, Jalan Telok Cempedak, Taman Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am

Satu lagi tempat makan di Teluk Cempedak yang menarik ialah restoran makanan Barat ini – La Casa Kuantan. Terletak di Jalan Telok Cempedak, restoran ini merupakan antara tempat makan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Jika anda sukakan makanan Barat, ini adalah antara restoran yang wajib anda kunjungi. Mereka menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti pencuci mulut, pizza, makanan berat, stik, pasta, snek dan banyak lagi.

tempat makan teluk cempedak
Imej via Instagram

Menu-menu yang boleh dicuba termasuklah Beef Lasagne, Seafood Pasta, Bruschetta, German Steak dan Creme Brulee. Hidangan di sini mendapat pujian ramai kerana ianya dikatakan berkualiti tinggi, jadi anda wajib cuba.

#3 Italian Bistro

Alamat:Teluk Cempedak Hyatt Recency Kuantan Resort, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 – 11 pm

Ingin menikmati makanan Itali yang lazat dan berkualiti tinggi? Singgah sahaja di Italian Bistro yang terletak di Hyatt Regency Kuantan Resort. Makanan di sini semuanya dibuat sendiri, jadi kualitinya memang terbukti dititikberatkan.

Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh anda nikmati. Pencuci mulut, pizza, pembuka selera, snek, semuanya ada! Persembahan hidangannya juga cantik, satu bonus buat yang suka megambil gambar.

tempat makan teluk cempedak
Imej via Instagram

Menu-menu yang boleh dicuba ialah Carpacio di Manzo, Lamb Shank, Lobster Pizza, Risotto All’astice dan Minestrone Soup. Semua hidangan ini sedap-sedap belaka, rugi jika tak cuba!

#4 Selera Warisan Restaurant

Alamat: 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am

Sambil berkunjung ke Teluk Cempedak, semestinya anda ingin mengisi perut dengan makanan berat. Jika perut mula berkeroncong, singgah sahaja di Selera Warisan Restaurant ini.

Restoran ini menyajikan hidangan berkonsepkan selera Thai dan tempatan. Untuk makanan tengah hari, ada pelbagai jenis pilihan lauk yang boleh anda pilih dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Imej via Foursquare

Untuk makan malam pula, makanan laut merupakan jenis hidangan yang diburu ramai. Ikan siakap masam manis, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit dan udang goreng kunyit merupakan antara menu yang wajib anda pesan.

#5 Hutan Bandar Bistro (Telok Chempedak)

Alamat: Kompleks Pelancongan MPK, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 pm – 1.30 am

Sukakan makanan Barat dan ingin menikmatinya pada harga yang murah? Salah satu restoran yang wajib anda singgah untuk tujuan itu ialah Hutan Bandar Bistro.

Imej via Foursquare

Menu yang boleh dicuba ialah Chicken Chop yang harganya cuma RM 5 sahaja. Memang murah untuk hidangan yang bersaiz sederhana! Menu lain yang disajikan ialah Chicken Grill, Lamb Chop, Beef Steak dan Fish & Chips.

Servis restoran juga dikatakan cemerlang. Makanan yang dipesan selalunya disiapkan dalam tempoh masa yang cepat dan pelayannya juga dikatakan ramah. Kebersihan restoran juga terjaga, memang terbaik!

#6 Restoran Hoi Yin

Alamat:  No. 31, Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2.30 pm

Restoran Hoi Yin ini merupakan antara restoran yang dikatakan menyajikan mi yang tersedap di Kuantan. Ianya sering dikunjungi oleh ramai pelancong, jelas membuktikan popularitinya. Tambahan pula, hidangan di sini berstatus halal.

Imej via Foursquare

Pemilik restoran ini berasal dari Penang, jadi hidangan yang disajikan memang ala Penang. Laksa kari merupakan hidangan yang terjual laris di restoran ini. Kuah karinya yang pekat dan secukup rasa membuatkan ramai jatuh cinta dengannya.

Jangan lupa untuk menikmati hidangan di sini bersama air Teh O Beng mereka, lebih menarik jika anda pesan gelas besar. Manis dan menyegarkan tekak!

#7 Restoran Lila Wadi

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 2 – 10 pm

Restoran ini terletak beberapa kilometer dari Teluk Cempedak. Ianya merupakan antara restoran yang cukup popular di Kuantan yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan set BBQ yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Selain itu, mereka juga menyajikan hidangan Barat, pencuci mulut, snek, pasta dan burger.

Anda boleh cuba kek keju mangga, New York Cheese Beef Burger, nasi goreng kambing, spaghetti carbonara beef dan swedish meatballs. Untuk minuman, jangan lupa untuk cuba pandan cooler mereka.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Teluk Cempedak yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.