Mencari kedai kopi di Kuantan?

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang mempunyai pelbagai tempat makan menarik dan berbagai genre. Restoran makanan laut, kafe moden, medan selera hingga ke kedai kopi, semuanya ada.

Kedai kopi di sini memang ada banyak pilihan. Untuk itu, berikut kami senaraikan 11 kedai kopi di Kuantan untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Alamat: 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 7 am – 7 pm

Teringin untuk menikmati kopi ais kaw di kafe penuh nostalgia? Lekaslah singgah di Kuantan Pickers & Kedai Kopi. Kebanyakan pelanggan gemar singgah di sini untuk bersarapan.

kuantan pickers & kedai kopi kuantan
Imej via Foursquare

Kopi aisnya ada rasa pahit dan manis yang seimbang, kepekatannya juga diakui ramai. Hidangan sarapan lain seperti mi rebus, nasi kerabu, roti goyang bersama kacang pool dan nasi lemak juga ada disediakan.

#2 Watak Kopi

Alamat: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Menikmati kopi untuk sarapan adalah satu idea yang menarik, terutama bagi mereka yang biasa bersarapan dengan kopi untuk memulakan hari. Untuk itu, singgahlah bersarapan di Watak Kopi.

watak kopi kuantan
Imej via Foursquare

Kopi yang namanya sentiasa meniti di bibir pelanggan ialah kopi kampung. Pekat dan tidak terlalu manis, pasti kena dengan citarasa pencinta kopi. Jangan lupa untuk pesan bersama roti bakar kaya, berganda kelazatannya!

#3 MUKA COFFEE

Alamat: 27, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 12 – 11 pm

MUKA COFFEE merupakan kafe yang baru beroperasi dan pernah tular di aplikasi TikTok. Sebaik sahaja melangkah ke dalam kafe berkonsepkan minimalis urban yang estetik ini, anda pasti akan terhidu aroma kopi yang cukup harum.

muka coffee kedai kopi kuantan
Imej via saji.my

Pilihan kopi di sini termasuklah Cloud Latte, Iced Citrus Espresso, Caramel Macchiato dan Mocha. Semestinya dibru segar menggunakan bahan premium, anda pasti akan jatuh cinta dengan kopi di sini. Jangan lupa juga untuk cuba pencuci mulut di sini, enak-enak belaka.

#4 Kopi Mesin Beserah

Alamat: Kopi Mesin Beserah, Lot1411, Jln Kuantan – Kemaman, Kampung bahagia, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kopi Mesin ini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia dan salah satunya terletak di Beserah, Kuantan. Lokasinya yang terletak berhadapan dengan pantai membuatkan ramai pelancong gemar singgah di sini.

kopi mesin beserah pantai kuantan
Imej via Foursquare

Kebanyakan pelanggan di sini gemar memesan latte. Kaya dengan rasa dan berpatutan harganya. Serendah RM 5.50 sahaja, bukan mudah nak jumpa kopi harga sebegini, bukan?

#5 Kopi & Teh

Alamat: 52, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, hari minggu 2 – 10 pm, hujung minggu 2 pm – 12 am

Jalan Besar memang kaya dengan pelbagai jenis pilihan kafe moden yang menjadi buruan untuk cafe-hopping. Salah satu kafe moden di sini yang juga terkenal dengan kopinya ialah Kopi & Teh.

kopi & teh kuantan
Imej via Foursquare

Yang paling unik, kafe ini ada menyediakan Kopi Terbalik yang merupakan kopi Aceh, sejenis kopi bersusu. Selain kopi, hidangan lain selera Asia dan Indonesia juga turut disediakan di sini.

#6 Pull A Shot Specialty Coffee

Alamat: -245, Ground Floor, Jalan Air Putih 2, Kuantan, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu, 9 am – 6 pm

Mencari kedai kopi yang mempunyai atmosfera yang santai dan menyajikan kopi yang kena dengan citarasa ramai? Salah satu kedai kopi di Kuantan yang boleh anda singgah untuk tujuan itu ialah Pull A Shot Specialty Coffee.

pull a shot cafe kedai kopi kuantan
Imej via Foursquare

Pilihan kopi di sini cukup beraneka. Piccolo Latte, Capuccino, Mocha, Caffe Latte dan Doppio merupakan antara yang boleh dicuba. Selain itu, pencuci mulut mereka juga turut mendapat pujian. Kami cadangkan supaya anda cuba Charcoal Churros, memang sedap.

#7 Nasken Coffee IM7 Kuantan

Alamat: a11, Jalan IM 7/3, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Di Bandar IM, Nasken Coffee merupakan antara kedai kopi yang menyediakan pelbagai jenis pilihan kopi. Sebut sahaja apa yang terlintas di fikiran, pasti ada di sini.

nasken coffee kuantan indera mahkota
Imej via Instagram

Roasted Latte Hazelnut adalah kopi yang terlaris di sini. Manis dan menyegarkan tekak, harganya juga berpatutan. Selain kopi, kafe ini juga mempunyai lebih 40 jenis kek. Memang buat ramai rambang mata!

#8 Akar Kopi Kuantan

Alamat: 2-8 Exit, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 4 pm – 1 am

Sebut sahaja kedai kopi di Kuantan, semestinya Akar Kopi akan termasuk dalam senarai. Boleh dikatakan Akar Kopi memang antara kedai kopi yang cukup terkenal di Kuantan.

akar kopi
Imej via Foursquare

Kafe kecil yang cukup santai suasananya ini menyediakan kopi hangat yang enak dinikmati bersama pilihan makanan seperti nasi lemak, roti stim dan roti bakar. Kafe ini juga dibuka sehingga jam 1 pagi, sesuai dijadikan tempat untuk sesi lepak bersama rakan-rakan anda.

#9 Rumah Kopi

Alamat: B-126 LORONG IM 8/33 TAMAN MAHKOTA PUTRA, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 12.30 am

Kafe yang terletak di Bandar Indera Mahkota ini kerap disinggah oleh pencinta kopi. Dari namanya sahaja anda sudah tahu yang tarikan istimewa di Rumah Kopi ini ialah kopi.

rumah kopi kedai kopi kuantan
Imej via Foursquare

Kopi yang sentiasa menjadi buruan ramai ialah Rockopi, ianya juga adalah cadangan barista sendiri. Ianya merupakan kopi ais premium bersama susu pekat. Rasa manis dan pahit yang seimbang, anda pasti akan ketagih dengannya.

#10 Kopi Saigon – Kuantan

Alamat: 88F, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 11.30 pm

Sebut sahaja Kopi Saigon, anda pasti tahu yang ianya merupakan kedai kopi yang menyediakan kopi Vietnam. Kopi Saigon ini mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Malaysia dan salah satunya di Kuantan.

tempat makan kopi kuantan kopi saigon
Imej via Instagram

Kopi Saigon menggunakan kaedah tradisional Vietnam untuk menyediakan kopi, jadi semestinya kopi di sini cukup premium. Pesan sahaja Kopi Saigon, Kopi Karamel, Kopi Hitam dan Kopi Kelapa. Berbagai selera, namun tetap lazat!

#11 Kafe Kopi Pahit

Alamat: B64, Ground Floor, Jalan Kurnia Jaya 3, Batu 3, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin – Khamis 8.30 am – 7 pm, Jumaat – Ahad 8.30 am – 10 pm

Kafe Kopi Pahit ini boleh kami katakan sebagai hidden gem di Kuantan. Terletak di Batu 3, ianya juga merupakan antara kedai kopi di Kuantan yang menyajikan kopi yang memang sedap.

kopi pahit kedai kopi kuantan
Imej via Instagram

Namanya sudah melambangkan rasa kopinya. Ada rasa pahit, manis dan aromanya juga harum. Anda boleh cuba pilihan kopi seperti Iced Americano yang sangat laris. Dibru dengan segar, dan semestinya sedap.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kopi di Kuantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu kedai kopi yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.