Mencari tempat makan western di Port Dickson?

Port Dickson merupakan salah satu daerah di Negeri Sembilan yang kaya dengan tarikan pelancongan. Pantai yang cantik merupakan antara tarikan istimewa di Port Dickson. Selain itu, tempat makan di sini juga ada banyak.

Ini termasuklah dengan tempat makan western. Untuk itu, beikut kami senaraikan 8 tempat makan western di Port Dickson buat anda. Teruskan membaca!

#1 Mient’s Burger

Alamat: 258, KM 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khami, 2 pm – 1 am manakala Jumaat 3.45 pm – 1 am

Jika anda merupakan peminat tegar burger, restoran Mient’s Burger ini wajib anda kunjungi. Restoran ini bukan menyajikan burger yang biasa-biasa, dan populariti restoran ini juga sudah tidak boleh disangkal lagi.

tempat makan western port dickson
Imej via Foursquare

Antara burger yang boleh dicuba ialah burger kambing, burger daging, burger unta, burger rusa dan burger arnab. Kualiti daging di sini juga sangat dipuji kerana ianya segar dan lembut.

Ingin mencuba menu lain? Ada juga boleh menikmati menu seperti Coney Dog, Chicken Chop, Fish & Chips, Cheezy Wedges & Beef Wrap. Menu di sini memang berbagai, pasti penggemar makanan Barat akan rambang mata!

#2 Tino’s Pizza

Alamat: 3, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 12 pm – 9.30 pm

Piza merupakan makanan Itali yang bukan sahaja popular di negara Barat, malah ianya juga turut digemari oleh orang kita. Tambahan pula jika piza itu dibuat sendiri, pasti lebih berganda kelazatannya!

Imej via Foursquare

Untuk mencuba piza homemade yang merupakan antara yang tersedap di PD, singgah sahaja di Tino’s Pizza yang terletak di Bandar Dataran Segar ini. Ada pelbagai jenis piza bersaiz besar yang boleh anda cuba.

Antara topping yang boleh dipilih ialah Pizza PD, Pizza Pepperoni, Pizza Calzone, Pizza Margherita, Pizza Mephisto dan Pizza Al Tonno. Setiap piza ini berbeza jenis namun keenakkannya tetap sama!

#3 Kafe Kampung Kaw

Alamat:  PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7.30 am – 2.30 pm

Kafe Kampung Kaw ini juga merupakan antara tempat makan western di Port Dickson yang wajib anda terjah. Ianya juga merupakan antara port sarapan terbaik sekitar sini.

tempat makan western port dickson
Imej via Foursquare

Jadi, jika anda ingin menikmati sarapan berkonsepkan hidangan Barat, cubalah pesan roti bakar yang disajikan dengan kambing bakar. Kambing bakar di sini memang mendapat sambutan yang hangat.

Isi yang lembut dan juicy serta aroma yang cukup memikat membuatkan ianya cukup enak dinikmati bersama roti bakar. Hidangan ini bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan!

#4 MHR Burger’s

Alamat: Jalan Remis 2, Tanjung Lembah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm – 1 am

Satu lagi restoran burger yang popular di Port Dickson ialah MHR Burger’s. Restoran yang terletak di Tanjung Lembah ini juga turut terkenal di kalangan pencinta burger. Agak-agaknya kenapa ianya begitu popular?

tempat makan western port dickson
Imej via Foursquare

Aneka jenis menu berkonsepkan hidangan Barat yang disajikan merupakan antara punca ianya sentiasa dibanjiri dengan ramai pelanggan. Sebut sahaja apa yang anda mahu – pasta, makanan berat, burger, semuanya ada.

Antara yang boleh dicuba ialah Crispy Chicken Burger, Lamb Chop, Chicken Grill, Meatball dan Carbonara Pasta. Untuk menu set, Set Talam Spaghetti merupakan antara yang terlaris, sesuai dinikmati beramai-ramai.

#5 Inns J Cafe

Alamat: No.1, 71010, Taman Perindustrian Lukut Indah, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 11 pm

Inns J Cafe ini juga merupakan antara tempat makanan western di Port Dickson yang wajib anda kunjungi, tambahan pula jika anda ingin menikmati makanan Barat di kafe moden yang santai.

tempat makan western port dickson
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis menu yang boleh dicuba. Antaranya ialah Grilled Chicken Chop, Grilled Salmon Fillet dan Chicken Bolognese Pasta. Untuk minuman pula, kopi mereka juga turut mencuri tumpuan ramai.

Anda boleh pesan Espresso, Americano, Cafe Latte, Capuccino dan Mocha. Mereka juga ada menyajikan minuman Mocktails Frappe yang sedap dan menyegarkan tekak.

#6 Redd Place (Gerai di Jeti Nelayan)

Alamat: Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm – 12 am

Alanag-alang ke PD, mestilah anda mahu menikmati hidangan yang sedap di mana-mana restoran yang terletak di tepi pantai, bukan? Salah satu restoran yang terletak di jeti nelayan di PD ialah Redd Place.

Imej via Instagram

Restoran ini menyajikan makanan Barat yang bersaiz besar dan sangat sedap. Antaranya ialah Lamb Chop dan Grilled Chicken Chop. Ianya dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, jadi kekenyangan semestinya terjamin!

#7 Dapur Berasap PD

Alamat: Jalan Premis 2, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Dapur Berasap ini merupakan restoran makanan Barat yang terkenal di Senawang. Ianya juga mempunyai satu lagi cawangan di Port Dickson, jelas membuktikan popularitinya.

Imej via Foursquare

Terletak di Jalan Premis 2, restoran ini menyajikan pelbagai pilihan makanan Barat yang berpatutan harganya. Menu-menu yang boleh dicuba ialah Grilled Chicken, Chicken Macaroni Cheese, Aglio Olio dan Lamb Chop.

#8 Checkmate Grill & Pasta PD

Alamat:  Kg. Air Meleleh (Simpang Empat)Kedai Mak Pah Mee Kari)), 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 – 11 pm

Jika anda menetap di KL, pasti anda pernah terdengar tentang restoran Checkmate Grill & Pasta. Restoran ini juga mempunyai cawangan di PD dan ianya merupakan antara tempat makan western yang menarik di sini.

Anda boleh juga menu-menu seperti Chicken Grill, Creamy Carbonara, Beef Stroganoff, Chicken Cordon Bleu dan Mixed Grill. Memang beraneka pilihan dan menarik!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan western di Port Dickson yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.