Mencari restoran ikan bakar di Kuantan?

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang mempunyai pelbagai tempat makan menarik dan berbagai genre makanan. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya merupakan bandar ‘syurga makanan’.

Ini termasuklah dengan restoran ikan bakar. Untuk itu, berikut kami senaraikan 8 restoran ikan bakar di Kuantan untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Ana Ikan Bakar Petai 3

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Jika anda menetap di Selangor, semestinya anda pernah terdengar nama restoran ini – Ana Ikan Bakar. Restoran ini juga mempunyai cawangan di Kuantan, dan ianya menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai.

ikan bakar kuantan
Imej via Foursquare

Ikan bakar petai merupakan menu terhangat yang wajib anda cuba. Jenis ikan seperti ikan pari, siakap dan bawal boleh dipilih. Memang enak dimakan panas-panas walau bersama nasi putih sahaja.

Menu lain yang anda boleh cuba ialah sotong goreng tepung, kerang bakar, siakap masam manis dan lala masak pedas. Mula terliur? Lekaslah singgah!

#2 Jaman Tory Resepi

Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin 12 pm – 1 am manakala Rabu – Ahad 12 pm – 1.30 am

Teringin untuk mencuba masakan Pahang yang asli dan enak? Singgah sahaja di restoran Jaman Tory Resepi. Mula beroperasi sejak tahun 2006, restoran yang terletak di bandar Indera Mahkota ini sememangnya popular.

ikan bakar kuantan
Imej via Foursquare

Antara menu terlaris di restoran ini ialah ikan patin bakar tempoyak. Yang paling menarik, ianya dibakar dan disajikan secara terus di atas meja pelanggan. Aromanya yang harum membuatkan ramai pelanggan ketagih dengan menu ini. Rugi jika tak cuba!

#3 Super Top

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Adakah anda berada sekitar Tanjung Lumpur? Jika anda teringin untuk menikmati ikan bakar dan makanan laut yang segar, singgah sahaja di restoran Super Top ini.

ikan bakar kuantan
Imej via Foursquare

Restoran Super Top memang cukup popular dengan menu ikan bakarnya. Jenis ikan yang digunakan juga segar dan ada berbagai pilihan, pasti akan bikin ramai rambang mata.

Selain ikan bakar, makanan laut lain seperti sotong, lala, kerang, udang, dan ketam juga boleh didapati. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri oleh pelanggan, sangat menarik!

#4 Mail Ikan Bakar

Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 11.30 pm

Tanjung Lumpur boleh dikatakan antara port ikan bakar di Kuantan yang terkenal. Salah satu restoran ikan bakar di sini yang namanya menjadi sebutan ramai ialah restoran. Mail Ikan Bakar.

ikan bakar kuantan
Imej via Foursquare

Tarikan utama restoran ini terletak pada kepelbagaian makanan laut dan cara masakan mereka. Semestinya ikan bakar merupakan menu terlaris. Ianya dibakar dengan sempurna dan isinya cukup lembut.

Hidangan lain yang boleh dicuba ialah sambal ketam, sambal udang petai, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Memang berbagai dan dijamin sedap-sedap belaka!

#5 Sara Thai Kitchen

Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 1.30 – 11 pm

Jika anda penggemar makanan Thai, nama restoran Sara Thai Kitchen ini pasti sudah biasa anda dengar. Ianya mempunyai pelbagai cawangan di serata Malaysia dan Kuantan adalah salah satunya.

ikan bakar kuantan
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan Thai yang enak dan asli. Antara menu yang boleh anda cuba ialah ikan bakar petai, siakap stim limau, green curry dan tomyam. Jangan lupa pesan kerabu kangkung untuk melengkapkan hidangan anda!

#6 Restoran MABIQ

Alamat: Kampung Peramu, 26060 Kuantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 am – 4.30 pm

Sukakan masakan kampung? Singgah sahaja di Restoran MABIQ yang terletak di Kampung Peramu ini. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran ini sememangnya syurga makanan kampung kerana kepelbagaian hidangannya.

Imej via Foursquare

Hidangan yang wajib anda pesan ialah ikan patin tempoyak bakar. Isi ikan yang lembut dan juicy serta keenakkan tempoyak menyebabkan ia menjadi rebutan ramai pelanggan.

#7 Medan Ikan Bakar Sri Tanjung

Alamat: Gerai MPK Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Medan Ikan Bakar Sri Tanjung ini sememangnya restoran ikan bakar di Kuantan yang cukup legend. Medan selera ini mula beroperasi sejak tahun 1976 lagi, dan ianya masih popular sehingga kini!

Imej via Instagram

Ikan bakar merupakan menu yang sentiasa dipesan orang ramai. Ianya dibakar dengan sambal yang memang secukup rasa dan disajikan bersama air asam, sambal kicap dan sambal belacan.

Sukakan petai? Boleh juga minta kepada pihak mereka. Servis yang ditawarkan sememangnya baik dan kebersihannya juga terjaga. Memang terbaik!

#8 Restoran Sedap Weh

Alamat: PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan, Kampung MPK, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang

Jika anda tidak tahu, Restoran Sedap Weh ini merupakan cawangan Restoran MABIQ. Restoran ini terletak di Jalan Pintasan Tujuh dan lokasinya sangat strategik.

Imej via Foursquare

Semestinya menu di restoran ini yang bikin ramai kecur air liur ialah pais patin atau ikan patin tempoyak bakar. Aroma ikan yang harum pun sudah boleh buat sesiapa sahaja terliur, bayangkan keenakkannya!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Kuantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.