Mencari restoran makanan laut di Kuantan yang boleh anda kunjungi?

Kuantan boleh dikatakan kaya dengan pelbagai tempat makan yang menghidangkan aneka jenis genre makanan. Dari makanan Barat, masakan kampung dan makanan Thai, semuanya ada.

Makanan laut juga tidak terkecuali. Oleh itu, berikut kami senaraikan 10 restoran makanan laut di Kuantan yang menjadi kegemaran ramai. Teruskan membaca!

#1 Super Top

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

super top
Imej via Foursquare

Restoran Super Top ini cukup popular dengan menu ikan bakarnya. Jenis ikan yang dibakar juga segar dan ada berbagai pilihan. Walaupun berbeza jenis, kesegaran dan keenakkannya masih sama.

Selain ikan bakar, makanan laut lain seperti sotong, lala, kerang, udang, ketam dan banyak lagi juga boleh didapati. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri oleh pelanggan.

#2 Sara Thai Kitchen (Jalan Gambut Branch)

Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 1 – 11 pm

Restoran Sara Thai Kitchen ini memang terkenal dengan makanan Thai yang sedap-sedap. Kebanyakannya juga berasaskan makanan laut yang turut disukai ramai.

sara thai
Imej via Foursquare

Hidangan seperti siakap stim limau, sotong kukus ala thai, udang goreng tepung, kerang bakar, lala goreng pedas dan banyak lagi boleh anda cuba di sini.

Servisnya yang cekap dan pantas juga patut dipuji. Kebersihan restoran juga terjaga dan dekorasinya juga memang cantik, sangat sesuai jika anda ingin bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.

#3 Ana Ikan Bakar Petai 3

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Restoran Ana Ikan Bakar ini ada beberapa cawangan di sekitar Selangor. Di Kuantan, restoran ini juga mempunyai cawangannya sendiri di Tanjung Lumpur. Lokasinya sahaja cukup mudah untuk dicari.

ana ikan bakar petai
Imej via Foursquare

Jika kami senaraikan jumlah makanan laut yang boleh didapati di sini, memang tak akan habis, Kerana jumlahnya memang tersangat banyak. Dari ikan, ketam, udang, sotong, kerang, semuanya ada.

Harganya pula bergantung kepada berat makanan laut dan cara hidangannya. Anda boleh cuba sotong bakar petai, ketam telur masin dan kerang bakar. Dijamin sedap yang amat!

#4 Mail Ikan Bakar

Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 11.30 pm

Mail Ikan Bakar merupakan antara restoran ikan bakar yang agak popular di Tanjung Lumpur. Buktinya, jumlah pelanggan yang memenuhi restoran ini sentiasa ramai, terutamanya pada jam 8 ke atas!

makanan laut kuantan mail ikan bakar
Imej via Foursquare

Semestinya makanan laut di sini menjadi tarikan ramai. Kesegarannya juga turut dipuji ramai. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri oleh pelanggan.

Antara yang boleh dicuba ialah sambal ketam, sambal udang petai, kerang bakar, siakap stim limau, sotong goreng tepung dan ikan bakar.

#5 Warong Pok Su & Mok Su

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Peramu, 26060 Balok, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 am – 7.30 pm

Restoran Warung Pok Su & Mok Su ini pasti akan mengingatkan kepada kebanyakan gerai ICT di Terengganu. Restoran ini ada menyajikan makanan laut goreng tepung yang sangat popular di Balok.

makanan laut kuantan restoran poksumoksu
Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan ikan goreng tepung. Walaupun ada banyak yang disajikan, memang cepat habis kerana ianya sangat digemari ramai!

#6 Restoran Santai Tanjung Lumpur

Alamat: Lot 29573, Kampung Teluk Baharu, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, hujung minggu 5 pm – 2 am manakala hari minggu 5 pm – 1 am

Tanjung Lumpur memang kaya dengan pelbagai restoran yang kebanyakannya menyajikan makanan laut yang terbaik kualitinya. Restoran Santai Tanjung Lumpur merupakan salah satu darinya.

restoran makanan laut kuantan
Imej via Foursquare

Antara lauk-pauk kegemaran ramai pelanggan di sini ialah sotong atau udang goreng tepung yang cukup enak dimakan bersama sosnya yang manis dan pedas!

#7 Sinar Mesra Seafood

Alamat:  Jalan Gambang, Kampung Batu Sebelas, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 12 am

Restoran Sinar Mesra ini bukan sahaja dipuji dari segi kualiti hidangan yang disajikan, malah servis yang pantas dan cekap juga turut mendapat pujian.

sinar mesra restoran makanan laut kuantan
Imej via Instagram

Makanan laut yang disediakan juga sangat sedap. Sotong goreng tepung, tomyam seafood, siakap masam manis dan bawal goreng pedas merupakan antara menu yang wajib anda cuba.

Ruang restoran yang luas serta harga yang sangat berpatutan juga membuatkan ramai pelanggan senang hati. Pendek kata, memang rugi kalau anda tak singgah makan di sini!

#8 Gerai Mok Na

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 7 pm

Jika anda pernah terdengar tentang gerai Ikan Celup Tepung (ICT) yang cukup terkenal di Terengganu, anda pasti akan menggemari makanan laut yang disajikan di Gerai Mok Na ini.

restoran makanan laut kuantan
Imej via Instagram

Gerai ini menyediakan makanan laut yang digoreng tepung. Anda boleh cuba ikan goreng tepung, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung. Rasanya? Seenak gerai ICT di Terengganu, percayalah!

Menu lain seperti sata, keropok lekor dan otak-otak juga ada disediakan. Sangat sesuai dinikmati pada waktu petang!

#9 Horizon Garden Restaurant

Alamat: a21, 23, Lorong Tun Ismail 12, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 3:30 pm, 6 – 11 pm
Restoran Horizon Garden ini ada beberapa cawangan seperti di Selangor dan Perak, jelas menunjukkan yang makanan di sini memang digemari ramai. Makanan laut merupakan antara yang terlaris.

restoran makanan laut kuantan
Imej via Foursquare

Restoran ini juga mempunyai cawangan di Kuantan. Anda boleh memilih cara masakan kegemaran untuk makanan laut yang dipilih. Udang nestum, sotong butter dan ikan siakap stim merupakan antara yang tersedap!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran makanan laut di Kuantan yang anda ingin serbu? Atau sudah rambang mata dan rasa seperti ingin singgah di kesemua restoran yang kami senaraikan ini?

Alang-alang berkunjung ke Kuantan, singgah sahaja sebelum rugi. Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuantan? Klik sahaja pada link di bawah!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.