Mencari tempat makan western di JB?

JB merupakan ibu negeri Johor membangun dengan pesat. Tambahan pula, ada pelbagai tarikan yang boleh didapati di sini dan ini termasuklah juga dengan tempat makan yang beraneka jenis citarasanya.

Salah satunya ialah tempat makan western. Jadi, berikut kami senaraikan 14 tempat makan western di JB untuk anda kunjungi. Teruskan membaca!

#1 Big Food F&B – Taman Nong Chik

Alamat: No 1, Jln Kolam Air 1, Jalan Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 3 pm – 12 am

Big Food F&B ini mempunya tiga cawangan restoran di Johor dan salah satu cawangan terkenal terletak di Taman Nong Chik. Restoran ini menyediakan sajian Barat bersaiz besar dan berbagai jenis.

bigfood tempat makan western jb
Imej via Foursquare

Melihat senarai menunya, kami yakin anda pasti akan rambang mata. Pasta, burger, munchies, soup dan chicken merupakan antara jenis menu yang boleh didapati. Yang penting, saiz hidangan memang besar jadi kekenyangan pasti terjamin.

#2 Me’nate Steak Hub JB 

Alamat: No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Steakhouse Me’nate ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi kepada anda. Ianya mempunyai pelbagai cawangan di Malaysia dan salah satunya terletak di Taman Tasek, Johor Bahru.

menate steakhub tempat makan western jb
Imej via Foursquare

Sudah semestinya selera Barat merupakan jenis sajian yang disediakan di sini. Stik yang berbagai jenis seperti striploin, ribeye, tomahawk, beef ribs, t-bone dan yang paling istimewa, wagyu boleh didapati di sini.

Untuk menu lain, anda juga boleh mencuba menu-menu seperti Garlic Bread, BBQ Lamb Shank, Thermidor Lobster, Arrabiata Pasta dan Mac & Cheese. Lazat rasanya dan semestinya bersaiz besar, dijamin mengenyangkan!

#3 The Marco Polo Kitchen

Alamat: 35, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 11.30 am – 8 pm, Sabtu – Ahad 11 am – 8 pm

JB mempunyai banyak restoran Itali yang bukan sahaja sedap, malah Halal. Salah satu restoran Itali yang popular di sini ialah The Marco Polo Kitchen yang bertempat di Taman Bukit Indah.

the marco polo jb tempat makan western jb
Imej via Foursquare

Makanan Itali yang semestinya kena dengan citarasa ramai ialah pasta. Restoran ini menyediakan pilihan pasta yang pasti buat anda rambang mata. Carbonara dan Tomyam Pasta adalah antara jenis pasta yang laku keras.

Selain itu, mereka juga turut menyediakan burger dan pizza yang berbagai jenis. Pizza yang rangup dan nipis keraknya memang diburu ramai, rugi jika anda tak pesan.

#4 The Morso

Alamat: 22, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 10.30 pm

Restoran The Morso ini memang sesuai disinggah bagi sesiapa yang ingin bersantai baik bersama keluarga atau rakan-rakan. Set makanan Barat yang disediakan sangat sesuai dinikmati beramai-ramai, pasti menyeronokkan.

Untuk hidangan biasa, anda boleh cuba Meatball & Sizzling Lamb Chop, Spaghetti Carbonara, Chicken Chop dan Spicy Prawn Aglio Olio. Setiap sos bagi hidangan ini memang banyak dan kaya dengan rasa.

the morso
Imej via Foursquare

Bagi hidangan set, anda boleh pesan set Mixed Grill. Bergantung kepada jenis pasta yang anda mahukan, anda akan disajikan dengan kentang goreng, coleslaw, pasta dan lauk pilihan anda. Sangat berbaloi, dijamin memuaskan hati!

#5 Cookies & Ginger Restaurant

Alamat: 107, Jln Adda 3/1, Taman Adda, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 12 – 7 pm

Cookies & Ginger Restaurant yang terletak di Taman Adda ini menyediakan sajian Barat bervariasi jenis seperti stik, burger, sandwic dan makanan berat yang lain.

cookies & ginger tempat makan western jb
Imej via Foursquare

Menu yang mencuri tumpuan ramai ialah Garlic Bread yang disajikan dengan sup cawan berkrim buatan sendiri. Anda juga boleh menikmati sajian lain seperti Boomerang, Buffalo Wings, Nachos, Burrito dan Norwegian Salmon.

#6 The DreamLiner Airways Cafe

Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Kami yakin anda pasti akan kagum dengan dekorasi The Dreamliner Airways Cafe ini. Rekabentuk seperti kapal terbang memang membuatkan anda kelihatan seolah-olah sedang berada di atas kapal terbang, memang unik.

the dreamliner airways cafe tempat makan western jb
Imej via Foursquare

Selera Barat dan Asia merupakan jenis hidangan utama yang boleh didapati. Anda boleh memesan menu seperti Honey Mustard Salmon, Grilled Chicken Chop dan Chicken Ham Carbonara Spaghetti.

#7 Rosmarino Italian Restaurant

Alamat: 65, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 2:30 pm, 6 – 8 pm

Satu lagi tempat makan western di JB yang boleh anda lawati ialah Rosmarino Italian Restaurant. Ada pelbagai jenis menu selera Itali yang bukan sahaja menyelerakan, malah asli yang disajikan.

rosmarino jb
Imej via Foursquare

Grilled Oyster dan Carbonara Pasta merupakan antara menu yang mendapat pesanan terbanyak. Tiramnya dikatakan sangat segar dan juicy, manakala pastanya pulak lemak berkrim. Persis pasta di Itali, kami yakin anda pasti akan jatuh hati.

#8 George & Dragon Cafe Sdn. Bhd.

Alamat: No. 1 & 3, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm

George & Dragon Cafe Sdn. Bhd. ini mula beroperasi sejak tahun 2002. Walaupun hampir 20 tahun beroperasi, nama restoran selera Barat ini kekal disebut-sebut dan kekal relevan.

george dragon cafe
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh dipesan. Skon, pizza, makanan berat, pasta dan makanan laut, semuanya ada. Kupang Garlic & Herb Butter, Chicken Pepperoni Pizza dan skon merupakan antara sajian terhangat.

#9 Olive Musicafe

Alamat: 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 5 – 11.30 pm

Ingin menikmati makanan Barat kegemaran anda sambil diiringi dengan alunan muzik yang santai? Untuk tujuan tersebut, lekaslah singgah di Olive Musicafe yang bertempat di Nong Chik.

olive musicafe
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan sajian Barat dan Asia. Mushroom Soup, Grilled Chicken Chop, Lamb Chop dan Lamb Grill merupakan antara hidangan bersaiz besar yang menjadi pilihan pelanggan tetapnya.

#10 Gianni’s Trattoria

Alamat: 110, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am- 8 pm

Satu lagi restoran sajian Itali asli yang pasti akan mencuri hati anda ialah Gianni’s Trattoria. Terletak di Taman Pelangi, restoran ini bukan sahaja menyediakan hidangan yang lazat, malah cantik persembahannya.

Selain pasta dan pizza, hidangan lain yang terlaris di sini ialah sup labu dan sup cendawan. Sup yang berkrim namun tidak memuakkan ini memang kaya dengan rasa dan pekat teksturnya, tidak hairanlah ramai suka.

gianni jb
Imej via Instagram

Bukan itu sahaja, tiramisu juga adalah menu yang kerap menerima pesanan. Kaya dengan rasa berkrim, kek ini manis dan sesuai dijadikan hidangan untuk sambutan hari jadi.

#11 Restoran Steak Out

Alamat: 24, Jalan Padi 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

Dari nama restoran ini, kami yakin anda sudah tahu menu utama yang disajikan di Restoran Steak Out. Bagi penggemar stik, antara tempat makan western di JB yang boleh anda kunjungi ialah restoran ini.

steakout
Imej via Foursquare

Stik yang disajikan memang dipuji dan berkualiti tinggi. Stik jenis sirloin adalah antara jenis yang wajib dicuba. Daging yang cukup juicy dan lembut dan sos lada hitam yang membanjirinya adalah satu gabungan yang cukup padu.

#12 Sweetwater Mediterranean Bar & Grill

Alamat: 26, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis 12 – 2:30 pm, 5:30 – 8 pm, Jumaat 4 – 8 pm dan Sabtu – Ahad 11:45 am – 2:30 pm, 5:30 – 8 pm

Ingin menikmati piza yang dibakar menggunakan dapur arang kayu? Cara tradisional ini bukan sahaja membuatkan piza menjadi lebih gebu, malah aroma piza itu sendiri akan menjadi lebih harum.

sweetwater
Imej via Foursquare

Untuk itu, singgah sahaja di Sweewater Mediterranean Bar & Grill. Restoran ini menyediakan sajian Barat lain seperti Char Grilled Salmon, Foie Grass dan Sea Bass yang terlajak sedap.

#13 Sarcasteak Cafe

Alamat: 74, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 4.30 – 11 pm

Sajian Barat dan Asia merupakan jenis hidangan Utama di Sarcasteak Cafe. Bertempat di Larkin Jaya, kami yakin restoran ini pasti akan buat penggemar makanan Barat rambang mata.

sarcasteak jb
Imej via Foursquare

Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis menu yang disajikan di sini. Antara yang boleh dinikmati ialah Lamb Shoulder Steak, Aglio e Olio, Meatballs, Grilled Chicken dan Fish & Chips.

#14 Grill Bar Steakhouse

Alamat: 202, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 10 pm

Sebut sahaja steakhouse di JB, pasti nama Grill Bar Steakhouse ini akan tersenarai sekali. Tidak dinafikan, ianya merupakan antara tempat makan western di JB yang popular, tambahan pula di kalangan pencinta stik.

Grill Bar Steakhouse jb
Imej via Foursquare

Grill Bar’s Baby Lobster Bisque, Chilled Wagyu Rib Eye dan White Truffle Mushroom Soup adalah antara sajian yang terlazat di sini. Jangan lupa untuk pesan Onion Blossoms, sangat enak dicicah bersama Tartar Sauce dan dijadikan hidangan sampingan.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan western di JB yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.