Mencari tempat makan best di Perlis?

Jangan pandang Perlis sebelah mata. Beberapa tempat makan menarik di perlis boleh anda serbu dan cuba ketika berada di sini.

Nah 17 senarai tempat makan Perlis yang berada dalam cadangan kami.

 

1. Restoran Sarang Burung

Alamat: 512, Jalan Kaki Bukit, Kampung Batu Dua, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (8am – 6pm), ditutup pada hari Sabtu

Restoran Sarang Burung
Imej via Foursquare

Asas menu mereka ialah masakan Melayu atau lauk-pauk kampung. Apa yang istimewa di sini ialah ikan bakar, ayam bakar, daging bakar serta ulam-ulaman yang segar.

Pelanggan selalu rambang mata dengan pilihan makanan yang banyak di sini terutama pada waktu tengah hari semasa lauk-pauk dihidangkan panas bagi pilihan pelanggan. Pemiliknya pula peramah dan mesra pelanggan.

Bagi mereka yang mahu mengadakan majlis, boleh berurusan dengan Restoran Sarang Burung untuk perkhidmatan katering.

 

2. Restoran Anjung Keli

Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10am – 430pm), ditutup pada hari Jumaat

Restoran Anjung Keli
Imej via Foursquare

Restoran Anjung Keli pernah muncul dalam akhbar dalam talian, mStar. Penulisnya tertarik dengan lebih 12 jenis sambal dan air asam, berpuluh jenis ulam-ulaman, dan berbelas jenis kerabu.

Mereka juga menyediakan ikan bakar daripada pelbagai jenis ikan, ayam bakar, daging bakar, perut bakar dan paru bakar. Inilah sebenarnya tarikan utama pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang dan dari pelbagai negeri untuk ke sini.

Restoran yang bersih dan selesa melengkapkan lagi kelebihan sedia ada pada restoran ini.

 

3. Restoran Pokok Sawa

Alamat: Kampung Kersik, Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1130am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat

Warung Pokok Sawa
Imej via Foursquare

Satu lagi restoran makanan kampung yang ada di Perlis. Sebagaimana dua restoran sebelum ini, Restoran Pokok Sawa turut menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk termasuk ikan keli bakar. Ia bukan sebarang kerana ikan keli bakar mereka ini selalu menjadi perbualan pelanggan.

Selain itu, anda juga boleh cuba masak lemaknya. Kerana kualiti makanan yang bagus, restoran ini sering dipenuhi pelanggan pada waktu tengah hari. Jadi, lebih selamat untuk anda datang awal sebelum kehabisan makanan.

Usah risau mengenai harganya kerana ia tidak mahal tapi berpatutan.

 

4. Mai Café Herbal Kopitiam

Alamat: No. 9 & 10, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (530pm – 11pm), Jumaat – Sabtu (6pm – 1130pm), Ditutup pada hari Ahad

Mai Café Herbal Kopitiam
Imej via TripAdvisor

Mai Café ialah kopitiam yang menyediakan pelbagai hidangan Barat. Oleh itu, menu isitimewa yang menjadi pilihan pelanggan mereka termasuk Chicken Chop, Cheezy Chicken, Grilled Beef Steak, Chichken Grilled, Mixed Grilled, Mushroom Soup, dan Fried Fish.

Pelanggan juga menyukai Pegaga Tonic mereka iaitu antara menu minuman yang ada. Mai Café juga menambah menu baru iaitu pelbagai jenis Nasi Arab. Kopitiam ini sering dikunjungi pelajar universiti dan golongan belia.

Ini mungkin disebabkan oleh dekorasinya yang ringkas tetapi menarik, santai, bersih, selesa bersama hidangan dalam kuantiti yang besar pada harga yang berpatutan.

 

5. Restoran Api-Api

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (530pm – 1130pm), ditutup pada hari Isnin

Api Api Ikan Bakar
Imej via Foursquare

Ruang makan terbuka memberikan rasa santai kepada para pelanggan. Ini ditambah pula dengan lokasinya yang berhampiran jeti dan lautan. “A” untuk lokasi dan suasananya. Cuba Butter Prawn dan pilihan ikan bakar mereka.

Gandingkan ia juga dengan petai bakar jika anda sukakan petai. Makanan laut seperti ikan, ketam dan sotong yang segar disediakan dengan harga yang berpatutan.

Walaupun begitu, sesetengah pelanggan merasakan harganya agak mahal berbanding beberapa restoran yang menyediakan menu serupa.

 

6. Hannah’s Cookies

Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (12pm – 1030pm), Sabtu – Ahad (4pm – 1030pm), Ditutup pada hari Isnin

Hannah’s Cookies
Imej via Foursquare

Kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta .

Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam restoran iaitu ruang berbumbung dan berhawa dingin atau di luar dengan berbumbungkan langit dan berhawa segar. Ketika jumlah pelanggan ramai, anda terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan tempat duduk atau untuk mendapatkan hidangan anda.

Jangan lupa mengingatkan pelayan mengenai makanan yang belum anda perolehi jika anda masih belum menerimanya selepas 30 minit.

 

7. Ana Burger D’ Café

Alamat: Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Jarak, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (6pm – 12am), ditutup pada hari Rabu

Ana Burger D’ Café
Imej via Foursquare

Siapa yang melihat burger yang dihidangkan di sini, pasti terliur dan mahu mencuba. Dan siapa yang sudah mencubanya pasti berpuas hati dengan isi dan sosnya yang meriah di antara dua roti.

Jika tidak mahu burger (yang saya pasti merupakan kerugian untuk anda), cuba makanan barat yang lain seperti Chicken Chop, Cheese Meatball, dan Spaghetti.

Mereka juga tidak melupakan hidangan tempatan yang paling terkenal iaitu nasi lemak. Gaya hipster sebagai hiasan dalaman cukup sesuai untuk bersantai bersama rakan dan ahli keluarga. Harga juga amat berpatutan.

 

8. Restoran Suri Masakan Melayu Asli

Alamat: Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 5pm), ditutup pada hari Ahad

Restoran Suri Masakan Melayu Asli
Imej via Foursquare

Mereka yang suka makan nasi campur dicadangkan untuk datang makan di sini. Ada pelbagai masakan kampung atau lauk-pauk masakan Melayu dan ulam-ulaman segar yang disediakan.

Boleh rambang mata hendak memilihnya. Semua ini pada harga yang berpatutan. Anda juga boleh menjimatkan kos minuman kerana ia diberikan secara percuma.

Waktu tengah hari menyaksikan begitu ramai pelanggan yang makan di sini. Jadi, jika anda terlewat, mungkin mereka sudah kehabisan lauk-pauk.

 

9. Dunia Yong Tau Foo Jalanan

Alamat: Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 2am), ditutup pada hari Isnin

Dunia Yong Tau Foo Jalanan
Imej via Foursquare

Lokasinya berhampiran dengan Restoran Anjung Keli. Ia menyediakan hidangan tempatan dan barat. Namun, keistimewaan dan pilihan para pelanggan pastinya yong tau foo.

Apa yang menarik adalah kuahnya merupakan ciptaan mereka sendiri. Turut ada di sini adalah pencuci mulut seperti Air Batu Campur dan Laicikang.

Selain itu, anda juga boleh mencuba sate. Suasana santai pula menjadikan restoran ini amat sesuai untuk melepak atau berehat bersama ahli keluarga.

 

10. Daging Bakar Honey Nostalgia

Alamat: Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 7pm), ditutup pada hari Isnin

Daging Bakar Honey Nostalgia
Imej via Foursquare

Ia berbeza sedikit dengan restoran lain di mana anda perlu ke kaunter untuk membuat tempahan. Anda akan menerima nombor. Kemudian, tunggu sehingga nombor anda dipanggil.

Ramai berpendapat ini antara lokasi terbaik bagi mendapatkan daging bakar. Malah ia pernah muncul dalam sebuah rancangan makan-makan di Astro. Dagingnya yang lembut dan cukup rasa, paling enak dimakan bersama-sama dengan nasi dan sambal.

Harganya pula berpatutan walaupun anda boleh mengisi semula atau menambah nasi dan air berulang-kali. Ini merupakan destinasi yang anda perlu pergi jika berada di Perlis.

 

11. Ladang Nipah Kipli

Alamat: 02700 Sanglang, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1pm – 730pm), ditutup pada hari Isnin

Ladang Nipah Kipli
Imej via Foursquare

Makan dan minum di restoran yang dikelilingi pohon Nipah memang suatu pengalaman yang jarang-jarang dirasai. Aman dan tenang, berangin dalam pemandangan ladang yang indah.

Dikatakan masakannya bukanlah yang terbaik tapi anda pasti tidak mahu melepaskan air nira nipah dan rojak buahnya. Air nira nipah, terutamanya, paling disyorkan oleh para pelanggan.

Selain itu, mereka juga menyediakan masakan tempatan yang lain seperti bihun sup, mi rebus, pulut udang dan laksa. Ramai yang sanggup datang ke sini walaupun lokasinya agak jauh dari jalan utama kerana keunikannya. Harganya juga lebih murah berbanding tempat lain.

 

12. Warung Bang Teh

Alamat: Kampung Hutan Lembah, 02500 Kangar

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10am – 9pm), ditutup pada hari Isnin dan Selasa

Warung Bang Teh
Imej via Foursquare

Rating yang tinggi diberikan kepada warung kecil ini. Ini kerana menu utamanya iaitu kueytiaw sup Thai dan pulut ayamnya sememangnya sedap. Harganya pula sangat murah.

Pemiliknya yang beberapa kali mengalami kegagalan dalam percubaan perniagaan makanan, akhirnya menemui resepi terbaik yang kekal disukai ramai sehingga kini.

Jadi, biasanya memang ada ramai pelanggan di sini. Adakalanya anda terpaksa menunggu agak lama kerana jumlah pelanggan yang ramai. Tapi, percayalah. Apa yang anda perolehi berbaloi dengan masa yang dihabiskan untuk menunggu itu.

 

13. Al-Sagoff Corner (Air Halia Asli)

Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar

Waktu Operasi: Setiap hari (530am – 1pm)

Al-Sagoff Corner (Air Halia Asli)
Imej via Foursquare

Wajib minum air halianya! Dikatakan bahawa ia yang asli dan terkenal sejak tahun 1976. Tapi anda datang ke sini bukan untuk minum sahaja.

Anda mesti cuba Nasi Kandar dan paling bagus jika anda boleh bersarapan di sini. Kalau Nasi Kandar bukan pilihan anda, masih ada banyak lagi pilihan masakan Melayu yang anda pasti suka seperti mee rebus. mee kari, laksa dan banyak kuih-muih.

Oh, mereka juga ada Roti Arab. Menu yang pelbagai inilah yang menarik ramai pelanggan ke sini. Jika ini membuka selera anda, jemput datang ke Al-Sagoff Corner yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammad, Jejawi.

 

14. Capati Arau

Alamat: No.28, Jalan 4, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (7am – 12pm, 430pm – 12am), Isnin (430pm – 12am)

Capati Arau
Imej via Foursquare

Kalau anda mahu capati, jemput ke Capati Arau. Ia paling terkenal di sini. Harganya juga tidak mahal menjadi tarikan ramai yang suka bersarapan di Capati Arau.

Apa lagi bila capatinya yang lembut digandingkan bersama kari. Memang sedap! Roti-rotinya yang lain juga sama hebatnya.

Tapi, bagi anda yang tidak mahu capati, anda masih boleh makan makanan lain yang turut disediakan di sini seperti pelbagai mee dan nasi. Pada waktu malam pula, mereka menyediakan masakan Thai yang tidak kurang hebatnya.

 

15. Capati Labu Sayung

Alamat: 26, Jalan Raja Syed Saffi Kampung Bintong, 01000 Kangar

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (7am – 2am) ditutup pada hari Rabu

Capati Labu Sayung
Imej via Foursquare

Jika anda mencari restoran di Kangar, besar kemungkinan penduduk tempatan akan mengesyorkan anda untuk makan di Capati Labu Sayung.

Ini kerana capatinya dikenali sangat sedap tidak kira anda menikmatinya sebagai sarapan atau pun makan malam. Oleh itu, ia mula dipenuhi seawal pagi semasa ramai sibuk mencari sarapan.

Jangan lupa juga gulai panasnya. Ia menu yang sering disebut-sebut di samping capati.

 

16. Blackwood Coffee & Chocolate

Alamat: Galeri 28, 6/8 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar

Waktu Operasi: Setiap hari 12pm – 1130pm

Blackwood Coffee & Chocolate
Imej via Foursquare

Ini cawangan yang lain selain di Arau dan beberapa lagi lokasi di Kedah. Mereka menyediakan menu yang diantaranya adalah steak, pizza, pasta dan beberapa menu tempatan seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng Ayam Paprik, dan Royal Chicken Percik.

Kenapa pelanggan menyukainya? Suasana restoran sangat selesa dan menarik. Sesetengahnya mengatakan keadaannya membuatkan mereka berasa seperti berada di dalam rumah.

Kopi, kek, dan menu yang lain, semuanya bagus. Walaupun harganya agak mahal tetapi pelanggan merasakan ia berbaloi. Jadi ia dipilih sebagai tempat untuk melepak bersama rakan-rakan.

 

17. Restoran RJ

Alamat: 11 Jalan Pengkalan, Taman Pengkalan Indah, 01000 Kangar

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 330pm), ditutup pada hari Ahad

Restoran RJ
Imej via Foursquare

Banyak pilihan makanan kampung atau nasi campur di Kangar. Ini salah satunya. Menunya pelbagai dengan harga yang murah. Makanan yang dihidangkan pula sering mendapat pujian.

Jadi, pelanggan merumuskan restoran ini sebagai “sedap dan murah”. Layanan yang baik, ruang restoran yang luas, keadaan yang bersih dan selesa – semua ini merupakan poin penting tambahan yang meletakkan restoran ini dalam senarai antara restoran paling popular.

 

Kesimpulan

Tempat makan sedap di Perlis yang mana menjadi pilihan anda. Jangan lupa komen, share dan like kami ya.Selain tempat makan di Perlis, kami juga ada menulis artikel tempat makan yang lain.

Penulis: Tim Saji.My

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰