Mencari kedai kopi di Johor Bahru?

Johor merupakan salah satu negeri di Malaysia yang membangun dengan pesat. Tambahan pula, ada pelbagai tarikan yang boleh didapati di sini.

Ini termasuklah juga dengan tempat makan yang beraneka jenis genrenya. Masakan tempatan, Barat, tradisional Johor dan kedai kopi, semuanya ada.

Masih tercari-cari kedai kopi di Johor Bahru? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 kedai kopi di Johor Bahru. Teruskan membaca!

#1 JWC, The Factory 30.

Alamat: 30, Jalan Mutiara Emas 5/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm

Maksud nama restoran ini sendiri ialah Just Want Coffee, jelas menunjukkan yang menu istimewa di restoran ini ialah kopi.

jwc the factory kedai kopi johor bahru
Imej via Foursquare

Antara kopi-kopi yang boleh anda cuba ialah Latte, Mocha, Hazelnut, Liberica, Inferno dan Columbia. Ianya dibru dengan segar oleh barista!

Untuk makanan pula, mereka menyajikan hidangan selera Barat. Makanan berat, pencuci mulut seperti kek keju dan wafel ada disajikan.

Terletak di kawasan perindustrian yang agak tertutup, JWC The Factory 30. ini boleh dikatakan sebuah hidden gem di JB.

#2 People & Places Cafe

Alamat: 45, Jalan Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Kafe ini cukup terkenal di JB, tambahan pula setelah bintang pop yang terkenal iaitu Jay Chou singgah di sini.

people & places cafe kedai kopi johor bahru
Imej via Foursquare

People & Places Cafe menyajikan variasi jenis kopi seperti Flat White, Latte, Iced Americano dan Espresso. Semuanya pekat dan padu, rugi tak cuba!

Untuk makanan pula, mereka menyajikan makanan Barat dan Asia seperti Quesadilla, Wild Mushroom Risotto dan Kimchi Cauliflower Rice.

#3 Mok Mok Brunch & Bistro

Alamat: 78, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 11 pm

Mahu singgah brunch di kafe moden yang menyajikan pelbagai jenis hidangan Barat? Singgah sahaja di Mok Mok Brunch & Bistro.

kedai kopi johor bahru mok mok brunch
Imej via Foursquare

Untuk kopi, anda boleh menikmati Piccolo, Black Coffee, White Coffee, Mocha dan Espresso.

Ingin menikmati hidangan terlaris di sini? Pesan sahaja soufflé pancake mereka yang cukup gebu dan lembut.

#4 Vege Coffee

Alamat:  56, Jln Austin Heights 8/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 11 am – 9 pm

Bukan mudah untuk cari kafe yang mesra vegetarian, namun ianya tidak mustahil. Di JB, anda boleh singgah di Vege Coffee untuk tujuan itu.

matcha latte vege coffee
Imej via Instagram

Kafe ini menyajikan pilihan kopi yang cukup sedap. Antaranya ialah Matcha Latte, Capuccino, Mocha, Caramel Macchiato dan Americano.

Untuk makanan, pesan sahaja Rojak, Satay, Miso Udon Mee dan Vermicelli Soup Noodle. Enak dan semestinya menyihatkan!

#5 Chaiwalla & Co. Container Cafe

Alamat:  36, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 12 pm – 12 am, Jumaat – Sabtu 12 pm – 1 am

Kafe ini memang cukup terkenal dengan teh atau chai dan juga kopi – Chaiwalla & Co. Container Cafe.

chaiwalla jjb kedai kopi
Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah Vietnamese Coffee, Chai Latte dan Coffee Caramel. Menyegarkan tekak dan cukup padu!

Jika anda teringin untuk mencuba teh, anda boleh pesan Thai Iced Tea, sejenis minuman yang menjadi rebutan ramai.

#6 Kopilicious

Alamat: 20, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm

Nama restoran pun Kopilicious, semestinya kopi merupakan hidangan yang paling istimewa di restoran ini.

Kopilicious menyajikan sajian Asia yang berbagai. Minumannya juga turut disukai ramai.

kopilicious jb
Imej via Foursquare

Minuman yang paling laris ialah Signature Kopi. Dari gambar sahaja anda boleh tahu yang kopinya pekat, memang sedap!

Kopi lain yang boleh anda cuba ialah White Kopi dan paling unik, Milo Kopi.

#7 The Brew Orchestra

Alamat: 19, Jln Molek 1/5C, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm, Ahad 10 am – 7 pm

Satu lagi kedai kopi di Johor Bahru yang mencuri tumpuan ramai ialah the Brew Orchestra.

Terletak di Taman Molek, kedai ini menyajikan selera Barat yang cukup bervariasi.

the brew orchestra kedai kopi johor bahru
Imej via Instagram

Untuk minuman, semestinya kopi mereka menjadi pilihan ramai. Anda wajib cuba Latte dan Americano mereka, memang terbaik!

#8 Fifty Trees

Alamat: 53, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Pernah singgah di kafe glasshouse yang tampak elegan? Jika belum, singgah sahaja di Fifty Trees jika anda berada di JB.

Kafe ini menyajikan sajian Barat dan untuk minuman, kopi merupakan minuman yang menambat perhatian ramai.

dare devil fifty trees jb
Imej via Facebook

Anda boleh cuba kopi signature mereka iaitu Dare Devil, kopi yang menggabungkan krim, susu dan espresso. Pekat dan berkrim!

#9 My Liberica Coffee

Alamat: 73, Jalan Molek 3/10, Taman Redang, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm

Jika anda peminat tegar kopi, inilah salah satu kedai kopi di Johor Bahru yang menyajikan jenis kopi yang susah didapati – My Liberica Coffee.

kopi liberica coffee
Imej via Foursquare

Kopi utama yang disajikan di sini ialah kopi jenis Liberica, sejenis kopi yang jarang didapati pada masa kini.

Rasanya sedikit manis dan berbuah, teksturnya tidak terlampau pekat namun masih sedap. Memang rugi jika tak singgah dan cuba!

#10 JWC Homies

Alamat: Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 11 am – 10 pm, Jumaat – Ahad 11 am – 11 pm

JWC Homies ini merupakan satu lagi cawangan untuk kafe JWC. Ianya terletak di Taman Molek, JB.

Kafe ini menyajikan hidangan seperti kek dan wafel yang sentiasa laku terjual. Kopinya juga turut menerima tempias yang sama.

jwc homies
Imej via Foursquare

Double Espresso, Matcha Machhiato, Cafe Latte dan Classic Cold Brew merupakan antara jenis kopi yang terbaik.

#11 I DRINK COFFEE

Alamat: 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 12.30 am

Menghirup kopi di kafe yang selesa sambil mendengar alunan muzik – satu idea bersantai yang pasti menyeronokkan.

Untuk itu, singgah sahaja di I DRINK COFFEE. Kafe ini menyediakan makanan Barat dan juga kopi yang berbagai pilihan.

i drink coffee jb
Imej via Foursquare

Untuk kopi, anda boleh cuba Signature Coffee, Rose Latte, Almond Latte dan Americano.

#12 Bev C’afe

Alamat: 54, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 10 am – 6 pm

Mencari kedai kopi yang menyajikan pastri, pencuci mulut dan kopi yang menyelerakan? Lekas serbu Bev C’afe untuk tujuan tersebut.

bev c
Imej via Foursquare

Bev C’afe menyajikan hidangan berasaskan selera Barat. Untuk kopi, Latte, Espresso Ice Cube, Espresso Macchiato dan Mocha merupakan minuman terlaris.

Untuk hidangan lain, anda boleh cuba Avocado Love, Dark Chocolate Pie dan Chocolate Mint Pie. Sedap dan berbagai!

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kopi di Johor Bahru yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.