Tercari-cari lokasi sarapan di Johor yang best ?

Johor merupakan negeri yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. Jadi, bukan satu perkara yang luar biasa jika negeri ini kerap dibanjiri dengan pelancong, terutamanya semasa cuti sekolah.

Sambil melancong, pasti anda mahu menikmati sarapan yang enak, bukan? Berikut kami senaraikan 8 lokasi sarapan di Johor yang mampu membangkitkan mood anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Pondok Santapan Larkin

Alamat: No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin, 80350, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 pagi – 12 tengah hari

Jika anda singgah di Larkin, memang rugi kalau anda tak bersarapan di restoran Pondok Santapan Larkin ini. Ianya merupakan antara port sarapan di Johor yang sangat popular!

lokasi sarapan di johor

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis menu sarapan yang boleh didapati di sini. Dari aneka jenis roti, nasi, bihun, mi ke kuih-muih, semuanya ada! Patutlah pelanggannya mengambil masa yang agak lama nak pilih menu. Rambang mata lah katakan!

Antara menu yang paling laris di restoran ini ialah roti Arab dan Nasi Ambeng. Roti Arabnya tebal dan lembut, cukup enak dimakan bersama kuah kari yang harum aromanya.

Nasi Ambeng yang merupakan hidangan Jawa juga sangat enak. Saiz hidangannya juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin. Sangat memuaskan hati!

#2 Warung Saga

Alamat:  5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7.01 pagi – 1 tengah hari

Laksa Johor dan Lontong – dua menu ini merupakan menu yang cukup popular di Johor. Ianya juga sangat sesuai dinikmati semasa sarapan, lazat dan mengenyangkan.

lokasi sarapan di johor

Imej via Foursquare

Di restoran Warung Saga, menu-menu ini merupakan antara menu yang terlaris. Laksa Johor di sini sangat dipuji ramai. Ianya bukan sahaja lazat rasanya, malah asli resepinya.

Selain itu, menu lain juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh cuba nasi lemak, tauhu goreng, mi rebus, bihun goreng dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan kualiti makanan yang dijanjikan.

#3 Restoran Kacang Pool Haji

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 11 malam

Restoran Kacang Pool Haji ini sudah tidak perlu kami perkenalkan kepada anda lagi. Merupakan salah satu restoran yang top di JB, restoran ini juga sudah lama beroperasi di sini.

kacang pool haji

Imej via Foursquare

Semestinya Kacang Pool merupakan menu yang paling terkenal di restoran ini. Ianya cukup enak dimakan begitu sahaja, atau dijamah bersama roti bakar.

Menu lain seperti mi rebus, tauhu bakar dan otak-otak juga turut disediakan. Pesan sahaja kesemuanya sekali, bukan selalu dapat menikmati sarapan selazat ini!

#4 Tapah Corner

Alamat:  1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 pagi – 4 petang

Pernah terdengar nama menu ini – Nasi Rawon? Nasi Rawon merupakan hidangan Indonesia yang menyajikan nasi bersama sup daging. Ianya bukan sup daging biasa, kerana sup daging ini berwarna hitam.

lokasi sarapan di johor

Imej via Foursquare

Hidangan ini sesuai dinikmati semasa sarapan mahupun makanan tengah hari. Ramai pelanggan mengakui yang rasanya persis Nasi Rawon di Indonesia. Supnya juga secukup rasa.

Menu lain yang boleh anda dapati di sini ialah nasi lemak, otak-otak, nasi dagang, putu bambu dan banyak lagi. Boleh bikin rambang mata sebab menunya memang beraneka!

#5 Warung Pokok Cherry

Alamat: Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 24 jam

Selain nasi lemak, menu apa lagi yang anda nikmati semasa sarapan? Semestinya anda mahu menikmati makanan berat untuk mengisi perut yang kosong, bukan?

lokasi sarapan di johor

Imej via Foursquare

Restoran Warung Pokok Cherry ini juga menyediakan pelbagai jenis menu sarapan. Antara menu yang boleh anda cuba ialah Nasi Kerabu dan Laksam yang merupakan antara menu yang laku keras di sini.

Untuk minuman pula, pesan sahaja teh tarik atau Kopi O di sini, memang sesuai dinikmati untuk sarapan. Pasti mampu membangkitkan mood pagi anda!

#6 Warung Mahmoodiah

Alamat: 4A, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, 7 pagi – 11 pagi

Satu lagi restoran yang wajib anda singgah untuk menikmati sarapan pagi yang enak dan murah ialah restoran Warung Mahmoodiah.

lokasi sarapan di johor

Imej via Instagram

Ada berbagai jenis menu sarapan yang boleh anda nikmati di sini. Antara yang wajib anda cuba ialah Lontong Kering dan Nasi Lemak Ayam Goreng.

Selain itu, soto juga merupakan antara menu yang paling sedap di sini. Anda boleh menikmatinya bersama mi atau bihun, mengikut citarasa masing-masing. Dijamin lazat!

#7 Bukit Chagar Roti Canai

Alamat: 394, Jalan Tengku Azizah, Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 11 pagi

Sebut sahaja menu sarapan, pasti roti canai turut tersenarai sekali. Tak sahlah kalau tiada, kerana menu ini memang makanan ruji orang kita untuk sarapan pagi.

Bukit Chagar Roti Canai

Imej via Foursquare

Untuk menikmati roti canai yang memang terlajak sedap, anda wajib cuba roti canai di restoran Bukit Chagar Roti Canai. Rotinya yang lembut dan tebal serta kuah dhal yang pekat memang cukup menyelerakan!

Selain roti canai, roti telur juga turut disukai ramai. Ianya rangup di luar dan lembut di dalam, memang terbaik!

#8 Restoran Serambi Uda

Alamat: 18 & 20, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi –  6 petang

Restoran Serambi Uda ini boleh anda singgah seawal jam 7 pagi lagi. Restoran yang terletak di Bandar Baru Uda ini terkenal dengan sajian Cina-Muslim yang sedap dan semestinya halal.

lokasi sarapan di johotr

Imej via Foursquare

Antara menu yang paling banyak menerima pesanan ialah Mi Wantan. Hidangan ini memang sesuai dinikmati untuk sarapan atau makanan tengahari. Melazatkan dan mengenyangkan.

Menu lain seperti Dim Sum juga turut digemari ramai. Ada berbagai jenis yang boleh didapati, pilih sahaja yang berkenan di hati!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu menyerbu lokasi sarapan di Johor yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika berpeluang ke sana.

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti terlepas peluang pula.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.