Mencari tempat makan satay di Johor Bahru?

Johor Bahru merupakan bandar di Johor yang kaya dengan tempat makan yang menarik. Masakan kampung, hidangan Barat, sajian tradisional Johor dan kedai kopi, semuanya ada. Ini termasuklah dengan tempat makan satay.

Bercadang untuk melancong ke Johor Bahru dan masih mencari tempat makan menarik? Berikut kami senaraikan 10 tempat makan satay di Johor Bahru. Teruskan membaca!

#1 Almizan Satay House BBU

Alamat: 2, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 3.30 – 11 pm

Almizan Satay House BBU – nama kedai satay di Johor Bahru yang sudah tidak asing lagi bagi orang JB. Bukti popularitinya terselah kerana kedai satay ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang memburu satay mereka.

almizan sate jb
Imej via Foursquare

Yang menariknya, satay di sini disediakan bersama ketupat. Satay kambing merupakan jenis satay yang laku keras, sememangnya lazat dinikmati bersama kuah kacang yang melengkapkan lagi rasanya. Satay lain seperti satay daging, ayam dan babat juga boleh didapati.

#2 Restoran Warisan Wak Radol

Alamat:  34, Jalan Siantan 1, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 4 pm – 12 am

Mencari tempat makan satay di Johor Bahru yang bukan sahaja menyediakan satay yang lazat dan berpatutan harga, malah sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan? Singgah sahaja di Restoran Warisan Wak Radol.

satay warisan wak radol
Imej via Foursquare

Pilihan satay di sini ialah satay daging, babat, ayam dan kambing yang berharga RM 1 untuk secucuk, memang murah. Kuah kacangnya tidak pedas, namun tetap secukup rasa. Jangan lupa untuk pesan nasi impit sebagai hidangan sampingan, dijamin sedap!

#3 Warung Boyan (Kubur Cina)

Alamat: Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 10 am – 9.30 pm, Jumaat 1 am – 9.30 pm

Warung Boyan merupakan restoran Indonesia yang terletak di Taman Dato Onn. Menyediakan pelbagai jenis hidangan Indonesia, satay merupakan antara menu yang menjadi rebutan ramai.

tempat makan sate Johor Bahru warung boyan kubur cina
Imej via Foursquare

Satay yang disajikan merupakan satay Madura, jenis satay yang cukup popular di Indonesia. Jenis satay yang boleh didapati ialah satay ayam, daging dan kambing yang berharga RM 1.20 untuk secucuk.

#4 Satay Yus

Alamat: 2, Jalan Tenang, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Sabtu – Khamis 12 – 9 pm, Jumaat 2 – 9 pm

Jika anda tanyakan kepada penduduk sekitar sini tentang cadangan kedai satay, pasti mereka akan mencadangkan ‘satay Kampung Pasir Putih’. Kedai satay yang dimaksudkan ialah Satay Yus yang popular sekitar sini.

satay yus kampung pasir putih johor
Imej via Instagram

Pilihan satay di sini cukup beraneka. Anda boleh menikmati satay ayam, daging, kambing, daging batang pinang dan babat. Nasi impit juga boleh didapati, semestinya lazat dinikmati bersama kuah kacangnya yang memang padu.

#5 Satay & Sate Padang Ajo Gindo

Alamat: Jalan Permas 1/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 6 – 10 pm

Kedai satay ini pernah tular di media sosial TikTok baru-baru ini. Menyajikan satay Padang asli, Sate Padang Ajo Gindo terletak di Bandar Baru Permas Jaya.

sate padang ajo gindo tempat makan sate johor bahru
Imej via Facebook

Dagingnya lembut dan diperap dengan baik. Semasa satay dibakar, aromanya memang harum. Yang paling istimewa semestinya kuah kacangnya yang pekat dan dikisar halus. Harga yang ditawarkan juga murah, serendah 80 sen untuk secucuk satay.

#6 Sate Ruby

Alamat: 2, Jalan Yahya Awal, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat, 6 – 11 pm

Sate Ruby yang turut dikenali dengan nama Sate Saga merupakan antara tempat makan satay di Johor Bahru yang terkenal. Bukan sahaja terkenal dengan kelazatan satay, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan.

tempat makan sate johor bahru sate ruby sate saga
Imej via Facebook

Satay ayam dan daging merupakan antara pilihan satay di sini. Nasi impit bersaiz mini juga boleh didapati. Satay bersaiz besar, tebal dan kuah kacangnya juga sangat sedap. Servis yang ditawarkan memang baik, tidak hairanlah kedai satay ini digemari ramai.

#7 Satay Pak Lah

Alamat: b33, Jalan Kebangsaan 31, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 4.30 – 11 pm

“Sedap, memang akan datang lagi” merupakan antara ulasan yang diberikan oleh pelanggan Satay Pak Lah, jelas menunjukkan yang satay di sini memang buat ramai ketagih. Kedai satay ini juga mula beroperasi lebih 15 tahun yang lalu.

tempat makan sate johor bahru satay pak lah skudai
Imej via Foursquare

Satay diperap dan dibakar dengan sempurna. Daging yang cukup lembut dan berempah serta kuah kacang yang melengkapkan rasa merupakan antara keistimewaan yang dijanjikan. Satay ayam, daging dan kambing merupakan antara pilihan yang boleh anda cuba.

#8 Kedai Makan Tosan

Alamat: 144A, Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, 80150 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 8 pm

Mengidam satay Madura? Sate Madura merupakan hidangan Indonesia yang cukup terkenal di sana. Anda boleh menikmati satay Madura asli di JB jika anda singgah di Kedai Makan Tosan.

tempat makan sate johor bahru kedai makan tosan sate madura
Imej via Facebook

Melihat gambarnya sahaja pasti sudah buat anda terliur. Rata-rata pelanggan yang menikmati satay di sini juga memuji keenakannya. Satay ini diperap dengan rempah Madura dan berganda kelazatannya jika dinikmati bersama kuah kacang.

#9 Satay Bajet

Alamat: 40, Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 4.30 – 7.30 pm

Bukan mudah nak jumpa satay yang bukan sahaja sedap, malah murah harganya. Namun, ianya tidak mustahil. Di Bandar Baru Uda, Satay Bajet merupakan antara gerai satay yang menawarkan harga yang cukup murah.

tempat makan sate johor bahru satay bajet
Imej via Facebook

Satay di sini berharga hanya 75 sen untuk secucuk satay. Pilihan satay ialah satay ayam dan daging. Nasi impit juga boleh didapati di sini. Kuah kacangnya mempunyai rasa pedas-pedas manis. Memang rugi jika tak cuba!

#10 Willy Satay Kajang @ JB – BBU Outlet

Alamat: 45, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 4 pm – 12 am

Nama Willy Satay pasti sudah tidak asing di kalangan pencinta satay. Mempunyai cawangannya di JB, gerai satay ini sentiasa menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari pelanggannya. Jelas membuktikan populariti dan kelazatan satay mereka.

satay willy jb
Imej via Facebook

Daging satay yang lembut, tebal dan cukup rasa merupakan antara tarikan istimewa satay di sini. Anda boleh cuba satay ayam, daging dan kambing. Kuah kacangnya juga pedas, memang kick!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan satay di Johor Bahru yang ingin anda singgah? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai selera, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.