Mencari tempat makan romantik di Kuantan?

Kuantan merupakan ibu bandar yang cukup terkenal. Ianya mempunyai banyak tarikan baik dari segi hiburan mahupun tempat makan. Untuk tempat makan, ada pelbagai jenis tempat makan yang boleh anda jumpa.

Tempat makan romantik merupakan salah satunya. Jadi, berikut kami senaraikan 12 tempat makan romantik di Kuantan buat anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran Lila Wadi

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 2 – 10 pm

Terletak di Taman Kerjasama, Restoran Lila Wadi merupakan antara tempat makan romantis di Kuantan yang paling popular. Dekorasinya dari luar sahaja mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.

Imej via Foursquare

Ruang restoran ini luas dan menunya juga beraneka. Set BBQ merupakan menu istimewa mereka manakala untuk pencuci mulut, kek mangga keju adalah antara yang terlaris. Pasti anda dan pasangan akan menggemarinya!

#2 D’Western Corner MEDAN WARISAN

Alamat: 10, Lorong Seri Teruntum 1, Medan Warisan, 27030 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 1 am

Kebanyakan restoran menyajikan beberapa jenis makanan Barat sahaja, pasti kurang memuaskan. Berlainan pula dengan D’Western Corner MEDAN WARISAN ini, kerana mereka menyajikan pelbagai jenis hidangan Barat yang menyelerakan.

Imej via Foursquare

Suasana restoran yang romantis juga patut dipuji. Menu yang boleh anda cuba di sini ialah Mushroom Steak, Lamb Chop, Blackpepper Steak dan Chicken Grill.

#3 Rimba by Loft

Alamat: A928, Lorong Seri Kuantan 4, Taman Teluk Sisik, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 12 am

Dari luar, dekorasi kafe Rimba By Loft ini pun sudah menampakkan suasana kafe yang romantik. Memang sesuai disinggah untuk anda dan pasangan! Menu di sini juga sedap-sedap.

Imej via Foursquare

Hidangan di Rimba by Loft berasaskan makanan Barat. Antara yang boleh dipesan ialah BBQ Burnt Ends Butter Rice. Kafe ini menyajikan daging yang dipanggang dengan sempurna, cukup segar dan sedap!

#4 Horizon Garden Restaurant

Alamat: a21, 23, Lorong Tun Ismail 12, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 12 – 3:30 pm, 6 – 11 pm

Restoran Horizon Garden – nama restoran yang sudah tidak asing lagi di negara kita. Restoran ini mempunyai cawangan di serata Malaysia, jelas membuktikan popularitinya.

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan mengakui yang kualiti hidangannya setaraf dengan hidangan di hotel. Sesuai juga untuk menikmati makan malam romantis. Menu yang wajib dicuba termasuklah sotong butter, udang nestum dan ayam lemon.

#5 Cherating Steakhouse Restaurant

Alamat: Jalan Beserah, Kampung Alor Akar, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 12 – 3 pm, 6 pm – 12 am

Dekorasi restoran yang dihiasi dengan kayu ini membuatkan ia kelihatan seperti kafe antik. Suasana restoran juga santai, sesuai buat anda yang ingin menikmati makan malam yang romantik.

Imej via Foursquare

Semestinya menu yang terkenal di Cherating Steakhouse Restaurant ini ialah stik. Anda boleh cuba Sirloin Steak dan Lamb Shank. Menu lain seperti Grilled Chicken Chop dan Lamb Chop juga turut menjadi rebutan.

#6 Kula Cakes

Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, hari minggu (11 am – 6.30 pm) manakala hujung minggu (11 am – 7.30 pm)

Sebut sahaja tentang kek mangga keju, pasti orang Kuantan tahu kedai kek yang paling popular dengan menu tersebut – Kula Cakes. Selain itu, kek dan pencuci mulut lain juga turut mendapat sambutan hangat.

tempat makan romantik kuantan
Imej via Foursquare

Suasananya yang aman membuatkan kedai kek ini sesuai disinggah oleh anda dan pasangan. Selain kek, anda juga boleh cuba brownies dan pavlova mereka yang tidak kurang hebatnya.

#7 Jaman Tory Resepi

Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 pm -1.30 am manakala Ahad – Isnin 12 pm – 1 am

Asyik makanan barat sahaja, teringin juga untuk menikmati masakan kampung bersama pasangan di restoran yang romantik suasananya. Apa kata anda singgah di Jaman tory resepi untuk tujuan itu?

tempat makan romantik kuantan
Imej via Foursquare

Restoran ini mempunyai dekorasi yang cantik dan ruangnya juga tertutup. Menu yang terlaris di sini ialah semestinya ialah gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Kampung Goreng dan Patin Bakar Tempoyak.

#8 La Casa Kuantan

Alamat: A-1820, Jalan Telok Cempedak, Taman Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

La Casa Kuantan ini terletak di Teluk Cempedak, salah satu tarikan pelancongan utama di Kuantan. Kafe elegan ini cukup terkenal dengan hidangan Barat yang beraneka dan sedap.

Imej via Facebook

Restoran ini menyediakan sajian Barat. Piza, stik, pasta dan makanan tempatan yang lain ada disediakan di sini. Bukan sahaja enak, malah dekorasi restoran juga cantik.

#9 Italian Bistro

Alamat:Teluk Cempedak Hyatt Recency Kuantan Resort, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 – 11 pm

Jika anda berada sekitar atau menginap di Hyatt Regency di Teluk Cempedak, anda wajib singgah di Italian Bistro. Restoran ini menyajikan makanan Itali yang bukan sahaja asli, malah menyelerakan.

Imej via Foursquare

Rata-raya pelanggan yang singgah di sini mengakui yang suasana di restoran ini cukup romantik. Tambahan pula, hotel ini terletak berdekatan dengan pantai. Pencuci mulut dan pizza merupakan menu yang anda harus cuba.

#10 Loteng

Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 12 am manakala Jumaat dan Sabtu 11 am – 1 am

Kafe Loteng ini merupakan antara tarikan utama di Teluk Cempedak. Kafe yang terletak berhampiran dengan pantai ini kerap dikunjungi ramai kerana keenakkan makananya serta suasana kafe yang romantis.

tempat makan romantik kuantan
Imej via Foursquare

Menu yang disajikan di sini berasaskan makann Barat. Antara yang boleh dicuba ialah Cheesy Wedges dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Thai Milk Tea juga merupakan antara minuman tersedap.

#11 Tjantek

Alamat: 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 10 pm manakala Sabtu 9 am – 11 pm

Menikmati makan malam bersama pasangan di kafe antik pasti best, bukan? Untuk itu, apa kata anda singgah di Tjantek Art Bistro yang terleta di jalan Besar ini? Kafe yang mempunyai koleksi barangan antik ini memang cantik dan elegan.

Imej via Foursquare

Menu di sini berasaskan makanan Barat. Dari pasta, makanan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. untuk pencuci mulut, kami sarankan anda cuba wafel dan kek keju mereka. Kualiti memang terbaik!

#12 Lena Cafe By Kayuwoods

Alamat: Jalan Teluk Sisek Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am – 11 pm

Lena Cafe by Kayuwoods ini merupakan kafe penjenamaan semula untuk Pagi & Daisy. Dekorasi kafe yang minimal dan cantik pasti menimbulkan suasana romantis yang akan menarik perhatian setiap pasangan di sini.

imej via Foursquare

Di sini, anda akan disajikann dengan menu berkonsepkan menu tempatan dan Barat. Anda boleh cuba nasi kerabu dan nasi dagang, memang sedap! Untuk makanan Barat, anda boleh cuba Aglio Olio Prawn, pasta yang cukup rasa dan sangat mengenyangkan.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan romantik di Kuantan yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.