Mencari tempat makan di Shah Alam Seksyen 7?

Shah Alam merupakan bandar yang cukup terkenal dengan pelbagai tarikan. Tempat makan yang beraneka jenis merupakan antara tarikan utama di Shah Alam.

Anda masih tercari-cari tempat makan yang boleh anda singgah? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 tempat makan di Shah Alam Seksyen 7. Teruskan membaca!

#1 Polperro Steak House Shah Alam

Alamat:  7 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 12 – 11 pm manakala Jumaat-Sabtu 12 – 11.30 pm

Ada penggemar stik di sini? Di Seksyen 7, antara steakhouse yang popular ialah Polperro Steak House. Ianya juga mempunyai cawangan lain di Seksyen 13 dan Seksyen 18, jelas membuktikan popularitinya!

tempat makan shah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh dicuba di sini ialah Wagyu Steak, Blackpepper Chicken Chop, T-Bone Steak dan Rib Eye Steak. Kami yakin anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti makanan di sini.

#2 Pak Li Kopitiam

Alamat: 42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam

Waktu operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 8 am – 1.30 am manakala Jumaat – Sabtu 9 am – 2.30 am

Ini merupakan antara port bersantai yang sangat terkenal di Seksyen 7 – Pak Li Kopitiam. Sajian tempatan yang enak-enak membuatkan restoran ini kerap dikunjungi ramai.

tempat makan shah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba ialah Nasi Ayam Lemon dan Nasi Ayam Hainan. Untuk minuman pula, smoothie mangga dan kopi putih merupakan minuman yang terlaris.

#3 Restoran Bisik Bisik

Alamat: Medan Selera Anjung7 No 9 & 10, Jalan Zirkon B7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Mengidamkan makanan Johor? Tak perlu jauh-jauh ke Johor, singgah sahaja di Restoran Bisik Bisik yang terletak di Seksyen 7 ini. Restoran ini ada menyajikan sajian Johor yang sedap-sedap.

tempat makan shah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Menu-menu yang disajikan termasuklah mi bandung udang galah, kacang pool dan asam pedas. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan keenakkan hidangan, memang rugi jika anda tak singgah di sini!

#4 Kafe Eat & Repeat

Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu 11 am – 10.30 pm manakala hujung minggu 11 am – 11 pm

Seperti namanya, kami yakin jika anda ke kafe Eat dan Repeat ini anda pasti akan makan bermangkuk-mangkuk. Makanan di sini memang dikatakan enak-enak, sesuai dengan citarasa ramai.

tempat makan syah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Hidangan di sini disajikan dalam mangkuk kecil, konsepnya ala-ala boat noodle. Jenis hidangan yang boleh didapati ialah sajian tempatan seperti laksa, lontong, rojak, mi rebus dan banyak lagi.

#5 Restoran Gegey

Alamat: No. 12 &  14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 11 pm

Bagi penggemar makanan Barat, Restoran Gegey merupakan antara tempat makan di Shah Alam Seksyen 7 yang wajib anda terjah. Restoran ini ada menyediakan pelbagai pilihan makanan Barat. dan tempatan.

tempat makan shah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah Nasi Gapo, Nasi Kerabu Gegey, Lamb Chop, Aglio Olio dan Western Platter. Memang berbagai pilihan, rugi jika anda tak singgah di sini!

#6 Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang

Alamat: Jalan Plumbum U 7/U, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Nasi kukus ayam goreng cincang merupakan menu yang digilai kebanyakan orang kita. Untuk mencuba nasi kukus yang tersedap di Shah Alam, anda wajib singgah restoran Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang ini.

Imej via Foursquare

Harganya cuma RM 5.50 sahaja, memang sesuai dinikmati oleh golongan pelajar. Bukan itu sahaja, saiz hidangan juga besar, sangat berbaloi! Untuk minuman, jangan lupa cuba teh tiga layer mereka.

#7 CRG Chicken Rice Guys

Alamat: Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 6.30 pm

Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca merupakan peminat tegar nasi ayam. Di Seksyen 7, restoran CRG Chicken Rice Guys ini sangat terkenal dengan nasi ayam mereka.

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan mengakui yang nasi ayam di restoran ini sangat menyelerakan. Selain itu, menu lain seperti mi kari, roti bakar dan mi wantan juga merupakan antara tarikan utama di sini.

#8 Jemari

Alamat: No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Bagi yang ingin menikmati makan malam di restoran yang santai dan selesa, anda boleh singgah di restoran Jemari ini, Restoran Jemari ada menyajikan sajian tempatan dan Thai yang digemari ramai.

tempat makan shah alam seksyen 7
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh didapati di sini ialah tomyam, nasi goreng ala Thai dan kerabu kangkung. Ketiga-tiga menu ini merupakan antara yang terlaris, rugi jika anda tak pesan!

#9 Restoran Al-Rawsha

Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 12 am

Ingin menikmati makanan Arab yang bukan sahaja sedap, malah asli? Singgah sahaja di Restoran Al-Rawsha ini, pasti anda akan berpuas hati.

Imej via Foursquare

Anda boleh cuba menu-menu seperti nasi mandy, kebab, shawarma dan banyak lagi. Saiz hidangan yang besar juga turut dipuji ramai, memang berbaloi!

#10 Murni Discovery Shah Alam

Alamat: Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 pm – 12 am

Restoran Murni Discovery ini tidak perlu kami perkenalkan lagi, kerana ianya cukup popular di sekitar Selangor. Ianya juga merupakan antara tempat makan di Shah Alam Seksyen 7 yang menarik.

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis menu yang disajikan di sini. Antaranya ialah Nasi Lemak Murni Discovery, Roti Fujiyama, Mee Raja Tomyam dan Nasi Goreng Buttermilk. Semuanya dijamin sedap-sedap belaka!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Shah Alam Seksyen 7 yang ingin diterjah? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya sedap-sedap belaka.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.