Mencari restoran Baba Nyonya di Melaka yang sedap dan halal?

Melaka merupakan bandar bersejarah yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. Sambil melancong menikmati susur galur sejarah negara di Melaka, kita boleh menikmati pelbagai genre makanan selain daripada asam pedas.

Apa kata anda singgah di restoran Baba Nyonya? Berikut kami senaraikan 10 restoran Baba Nyonya di Melaka yang boleh anda kunjungi. Teruskan membaca!

#1 Restoran Ole Sayang

Alamat:  198 & 199, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11:30 am – 2:30 pm, 6 – 9:30 pm

Restoran Ole Sayang – salah satu restiran yang menyediakan sajian Peranakan yang halal dan asli di Melaka. Popularitinya tidak dapat disangkal lagi. Jumlah pelanggan yang sentiasa ramai jelas menunjukkan yang ianya sangat terkenal.

ayam pong teh

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh anda nikmati jika ke sini ialah Ayam Pong Teh, Sambal Udang Petai dan Assam Fish. Buat pencinta cendol, cubalah Nyonya Cendol di sini, tidak terlampau manis namun masih enak!

#2 Kocik Kitchen

Alamat: 100, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, Ahad-Khamis 11 am – 6.30 pm manakala Jumaat & Sabtu 11 am – 5 pm, 6 – 9 pm

Nama restoran Kocik Kitchen ini sudah tidak asing di kalangan orang Melaka. Bukan sahaja dikunjungi oleh orang Melaka, malah pelancong luar pun ramai!

kocik kitchen

Imej via Foursquare

Menyajikan hidangan Baba Nyonya, antara menu yang wajib anda cuba jika ke sini ialah Ayam Buah Keluak, Udang Lemak Nenas, Kocik Otak Otak dan Ngo Hiang Rolls.

#3 Jonker 88

Alamat: 88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 6 pm

Restoran Jonker 88 bukan sahaja menawarkan makanan yang enak, malah konsep dekor yang klasik juga membuatkan ramai pengunjung berasa tertarik dengannya.

restoran baba nyonya melaka

Imej via Foursquare

Nyonya Assam Laksa dan Baba Laksa ialah hidangan tersedap di restoran ini. Nyonya Assam Laksa menggunakan kuah yang masam dan jonpedas manakala Baba Laksa datang dengan kuah laksa bersantan yang lebih berlemak rasanya.

#4 Baba Low’s

Alamat: Jalan Siantan Sek 2, Off, Jalan Tengkera, Kampung Lapan, 75200, Malacca

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, hari minggu 7 am – 6 pm manakala hujung minggu 7 am – 4 pm

Restoran Baba Low ini dikatakan mempunyai sijil Halal, jadi usah risau tentang status halal mereka. Hidangan Peranakan yang disajikan juga ada berbagai dan sedap-sedap semuanya.

baba lows

Imej via Foursquare

Ayam Buah Keluak, Nyonya Cendol, Laksa Nyonya, kuih Pie Tee dan  banyak laksa. Laksa Nyonya merupakan menu yang kerap menerima pesanan di sini. Kuahnya yang pekat memang enak dihirup begitu sahaja!

#5 Aida Rich Café

Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 11pm)

Aida Rich Café dikatakan mempunyai konsep menyerupai Old Town White Coffee dengan menekankan kepada makanan Melayu termasuk pilihan masakan Baba dan Nyonya.

aida cafe restoran baba nyonya melaka

Imej via Foursquare

Antara menu yang mendapat komen baik daripada pelanggan ialah Laksa Nyonya. Kuah karinya memang cukup rasa rempahnya. Aromanya sahaja sudah cukup untuk bikin sesiapa sahaja teliur!

#6 Big Nyonya Restaurant

Alamat: 33, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10:30 am – 9:30 pm

Satu lagi restoran yang menyajikan hidangan Peranakan tersedap di Melaka ialah Big Nyonya Restaurant. Restoran ini pada asalnya dikenali dengan Kenny’s Delight.

restoran baba nyonya melaka

Imej via Foursquare

Hidangan yang boleh anda cuba Udang Lemak Nenas, Ikan Gerang Assam, Ayam Buah Keluak dan Telur Cencalok. Jangan lupa untuk cuba Nyonya Cendol untuk minuman pencuci mulut!

#7 Cottage Spices Nyonya Restaurant

Alamat: 71, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 – 4 pm, 6 – 8:30 pm

Restoran yang terletak di Jalan Merdeka ini menyajikan makanan Baba Nyonya yang bukan sahaja enak dan halal, malah asli resepinya. Selain itu, hidangan di sini juga menepati citarasa ramai.

restoran baba nyonya melaka

Imej via Foursquare

Antara yang anda boleh cuba ialah Assam Fish, Ayam Pong Teh, Ayam Buah Keluak, Telur Cencalok, Kangkung Belacan dan Otak-Otak. Semuanya enak dan secukup rasa, rugi tak cuba!

#8 Seri Nyonya Peranakan

Alamat: Hotel Equatorial Melaka, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 2.30 pm

Sekiranya anda menginap di Hotel Equatorial atau berada sekitarnya, lekaslah singgah di restoran Seri Nyonya Peranakan yang terletak di dalam hotel tersebut.

seri nyonya

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan hidangan Baba Nyonya yang enak dan halal. Antara yang boleh anda pesan ialah Ayam Pong Teh, Telur Cencalok, Otak-Otak dan Nyonya Cendol.

#9 Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Alamat:  275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 9.30 pm

Walaupun restoran Ee Ji Ban ini terkenal dengan bebola ayam, hidangan Peranakan juga boleh didapati di sini. Jangan bimbang tentang status halal, kerana restoran ini mempunyai sijil Halal.

ee ji ban

Imej via Foursquare

Hidangan Peranakan yang boleh didapati ialah Nyonya Cili Garam Sotong dan Udang. Memang sangat memuaskan hati jika anda menikmatinya bersama nasi putih, telur cencalok dan bebola ayam!

10 Baba Charlie Nyonya Cake

Alamat: 72, Lorong Tengkera Pantai 2c, Kampung Tengkera Pantai Dua, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 3.30 pm

Asyik makanan berat dan lauk-pauk sahaja. Teringin juga nak cuba kuih-muih dan pencuci mulut Baba Nyonya. Percayalah cakap kami, jika anda ke sini pasti anda akan rambang mata kerana semuanya sedap dan menarik!

Baba Charlie

Imej via Foursquare

Onde-Onde merupakan kuih yang menjadi pilihan ramai. Selain itu, anda juga boleh cuba kuih Bingka Ubi, Nyonya Chang, Angku dan Pie Tee.

Kesimpulan

Anda pasti tak sabar-sabar mahu singgah restoran Baba Nyonya di Melaka yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika anda melancong di Melaka!

Kami juga ingin menasihatkan anda supaya datang pada waktu yang sesuai. Takut berebut ruang dalam restoran atau ruang parkir pula di kemudian hari. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Melaka? Klik sahaja pada link di bawah!
Tempat Makan Di Melaka

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.