Mencari port steamboat di Selangor yang bukan sahaja sedap, malah halal?

Asyik makan nasi goreng sahaja untuk menu makan malam. Teringin juga nak cuba menu buffet seperti steamboat. Terbayangkan aroma daging kambing yang dibakar sahaja sudah mampu bikin kecur air liur!

Bagi yang mencari port steamboat di Selangor, berikut kami senaraikan 10 port steamboat di Selangor yang berbagai pilihan lauk dan berpatutan harganya.

#1 Al-Fateh Steamboat & Grill

Alamat: Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Salah satu restoran yang namanya sudah tidak asing lagi bagi penduduk Klang ialah Al-Fateh Steamboat & Grill. Pilihan lauk steamboat yang beraneka membuatkan ramai pelanggan berasa senang hati jika ke sini.

Satu-satunya kekurangan restoran ini ialah ianya akan bikin ramai pelanggan rambang mata. Jumlah lauk yang ditawarkan memang banyak dan berbagai – dari daging, ikan, ayam ke makanan laut, semuanya banyak!

al fateh

Imej via Foursquare

Daging kambing merupakan lauk yang wajib anda cuba. Ianya diperap dengan begitu sempurna sehinggakan bila dibakar, aromanya cukup harum.

#2 Seoul Garden @ 1 Utama

Alamat:  LG 345, Lower Ground Floor, Highstreet, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, 47800, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10.30 pm

Siapa sahaja yang tak pernah terdengar nama restoran Seoul Garden? Restoran ini merupakan restoran steamboat yang sangat terkenal bukan sahaja di Selangor, malah di negara kita sendiri!

Sambil anda membeli belah di 1 Utama, singgah sahaja di restoran ini bagi menikmati steamboat yang terbaik kualiti. Soal halal, restoran ini sudah pun mendapat sijil halal dari JAKIM, jadi jangan risau.

seoul garden 1 utama port steamboat selangor

Imej via Foursquare

Antara lauk yang boleh anda pilih ialah daging kambing, sotong, ikan dory, ayam, daging lembu dan banyak lagi. Sup juga ada berbagai pilihan, pilih sahaja yang anda berkenan.

#3 ASAP Steamboat & Grill

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Restoran ASAP Steamboat & Grill ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal di Puchong. Konsep dekor yang unik dan santai serta ruang parkir yang luas membuatkan ramai pelanggan berasa selesa jika ke sini.

Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan makanan laut seperti sotong, udang dan kupang. Daging kambing merupakan antara pilihan lauk yang senang habis.

port steamboat selangor

Imej via Foursquare

Steamboat datang dengan tiga pilihan iaitu Sup Ayam, Tom Yam dan Kari. Tom Yam sering menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini, pedas dan secukup rasa!

#4 Capsicum Steamboat & Grill

Alamat: Capsicum Steamboat & Grill, Jln Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 – 12 am

Restoran Capsicum Steamboat & Grill ini bukan sahaja terkenal dengan pilihan lauk yang berbagai, malah harga yang berpatutan juga membuatkan ramai pengunjung senang hati jika ke sini.

port steamboat selangor

Imej via Foursquare

RM 20 untuk harga seorang dewasa memang sangat berbaloi! Lauk yang boleh anda pilih ialah ikan dory, daging kambing, ayam, kupang, lala dan banyak lagi.

#5 Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am manakala Ahad 3 pm – 12 am

Restoran steamboat yang cukup terkenal di Shah Alam ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Tambahan pula jika anda pencinta steamboat, pasti namanya sudah tidak asing lagi buat anda.

d kayangan port steamboat selangor

Imej via Foursquare

Lauk-pauk seperi ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah & banyak lagi boleh dipilih. Kambing golek juga turut disediakan di sini, rugi tak cuba!

#6 Island BBQ Steamboat

Alamat: U5, Lot 3370, Jalan Kemboja, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 – 11 pm

Kebanyakan hidangan steamboat menyajikan beberapa jenis menu sampingan sahaja. Kurang memuaskan? Semestinya. Namun, isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda ke Island BBQ Steamboat.

port steamboat selangor

Imej via Foursquare

Di samping pilihan lauk steamboat yang berbagai, menu sampingannya juga ada beraneka jenis. Laksa, bihun goreng dan nasi lemak merupakan antara yang boleh anda pesan.

#7 Monster Planet Grill & Steamboat

Alamat: LOT 3662-B JALAN BESAR KG, Kampung Bukit Lanchung, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am

Kebanyakan restoran steamboat menawarkan harga yang agak mahal, namun berlainan pula dengan restoran Monster Planet Grill & Steamboat yang terletak di Shah Alam ini.

port steamboat selangor

Imej via Foursquare

Harga RM 19.90 bagi orang dewasa boleh dikatakan berpatutan dengan kualiti dan aneka jenis lauk yang dihidangkan. Antara lauk yang boleh anda pilih ialah kambing, lembu dan berbagai jenis makanan laut.

#8 Umang Umang BBQ Steamboat

Alamat: Lot 5466, Jalan Sekolah, Kampung Bukit Kapar, 42200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 6 pm – 12 am

Satu lagi port steamboat di Klang yang wajib anda terjah ialah restoran Umang Umang BBQ Steamboat. Lokasinya tidak terlalu susah dicari kerana restoran ini agak besar.

umang

Imej via Foursquare

Lauk yang boleh anda pilih ialah daging yang berbagai jenis, ayam dan makanan laut. Selain pilihan lauk yang banyak, restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan untuk steamboat.

#9 Restaurant Pak John Steamboat & BBQ

Alamat: [email protected] Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Restora Pak John Steamboat & BBQ ini merupakan antara restoran steamboat yang paling popular di Petaling Jaya. Kualiti lauk yang disajikan merupakan antara keistimewaan utama restoran ini.

pak john

Imej via Foursquare

Ada 5 jenis sup yang boleh anda pilih – tomyam, udang, miso, ayam dan kari. Untuk lauk pula, ayam, udang, kambing, lembu, sotong, lala dan banyak lagi ada disediakan. Sangat berbagai lauknya, bikin ramai rambang mata!

#10 VIP Container Kebun Steamboat

Alamat: Jalan Telekom, Kampung Johan Setia, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 pm – 12 am

Restoran VIP Container Kebun Steamboat ini bukan sahaja terkenal dengan shell-out, malah hidangan steamboat di sini juga turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

port steamboat selangor

Imej via Instagram

Ada banyak pilihan lauk yang boleh anda cuba. Makanan laut yang ditawarkan juga cukup segar. Sotong, udang, kerang dan kepah merupakan antara yang menjadi rebutan.

Kesimpulan

Bagaimana? Anda pasti tak sabar-sabar mahu singgah di port steamboat di Selangor yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika anda berkunjung ke Selangor.

Datang pada waktu yang sesuai ya, takut berebut ruang dalam restoran atau ruang parkir pula. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.