Mencari tempat makan romantik di Melaka?

Negeri Melaka cukup kaya dengan pelbagai tarikan, termasuklah tarikan pelancongan. Tempat makan di sini juga berbagai – dari warung biasa, restoran, kafe hipster, semuanya ada.

Tempat makan romantik juga ada banyak di Melaka. Sedang mencarinya? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 tempat makan romantik di Melaka.

#1 Alto Sky Lounge

Alamat: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 12 am manakala Jumaat – Sabtu 4 pm – 1 am

Terletak di Hotel Hatten Melaka yang merupakan hotel 5 bintang, Alto Sky Lounge merupakan antara tempat makan romantik popular di Melaka. Ianya juga terletak di tingkat ke-22, jadi bolehlah anda menikmati pemandangan bandar Melaka yang cantik.

Imej via Foursquare

Mereka cukup terkenal dengan menu stik yang diakui segar dan sedap oleh pelanggannya. Susunan meja juga kemas dan dekorasinya sangat elegan. Sesuai untuk menikmati makan malam penuh romantis!

#2 Hard Rock Cafe

Alamat: 28, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am

Nama Hard Rock Cafe pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Ianya mempunyai cawangan di serta dunia dan Malaysia. Salah satu cawangannya terletak di Melaka sendiri.

Imej via Foursquare

Kafe ini juga kerap diserbu oleh pasangan yang ingin menikmati makan malam yang romantis. Suasana kafe ini santai dan ianya ditemani dengan muzik rock n roll. Menu di sini berasaskan makanan Amerika dan burger yang sedap-sedap belaka.

#3 Pampas Sky Dining Steakhouse

Alamat: Swiss Garden Residence, Jalan Persiaran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4 – 11.30 pm

Ingin menikmati stik yang enak bersama pasangan anda di steakhouse yang elegan? Jika anda berada di Melaka, singgah sahaja di Pampas Sky Dining Steakhouse. Pasti anda akan berpuas hati dengan stik dan pemandangan di sini!

Imej via Foursquare

Antara stik yang boleh anda cuba Black Angus Rib Eye, Black Angus Beef Tenderloin dan Grilled T-Bone Steak. Isi stik yang lembut serta saiz yang besar pasti menjanjikan kepuasan kepada anda dan pasangan anda.

#4 Wild Coriander Melaka

Alamat: 40, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, hari minggu 6 pm – 11 pm manakala hujung minggu 12 – 11 pm

Satu lagi kafe yang terletak berhampiran dengan sungai di Melaka ialah kafe Wild Coriander Melaka. Suasana kafe yang santai dan selesa pasti akan membuatkan anda dan pasangan menikmati masa yang diluangkan di sini.

tempat makan romantik melaka
Imej via Foursquare

Menu yang boleh anda cuba ialah nasi lemak bersama rendang daging, menu yang laku keras di kafe ini. Untuk minuman, avocado smoothies merupakan minuman yang mendapat pujian ramai. Menyegarkan tekak!

#5 Kaya-Kaya Cafe

Alamat: 32, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm

“Tempat yang sempurna untuk makan malm yang romantis” – salah satu ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjung kafe Kaya-Kaya. Suasana kafe yang santai dan dekorasi yang cantik membuatkan ramai pelanggan selesa menjamu selera di sini.

tempat makan romantik melaka
Imej via Foursquare

Menu yang terkenal di sini ialah roti bakar kaya dan Charcoal Toast with Scrambled Eggs & Smoked Salmon. Menu lain seperti pasta dan pencuci mulut juga turut disajikan. Jangan lupa cuba kopi mereka juga, dijamin sedap!

#6 Bert’s Garden Seafood

Alamat: 2078-C,, Jalan Kampung Pinang B, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 pm – 12 am

Ini merupakan antara restoran makanan laut yang paling popular di Melaka – Bert’s Garden Seafood. Restoran ini terletak di tepi pantai, jadi bolehlah anda dan pasangan menikmati makan malam penuh romantis sambil menghayati pemadangan yang cantik.

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan menu yang menjadi sebutan ramai di sini. Ianya dibakar dengan sempurna dan isinya cukup lembut. Makanan laut yang lain juga segar-segar belaka dan ada pelbagai aneka.

#7 Backlane

Alamat: 129, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm

Terletak di Jonker Street, Kafe Backlane ini terkenal dengan koleksi barangan antik di samping makanan dan minuman yang sefap. jika anda dan pasangan sukakan kafe antik yang selesa, inilah tempat yang wajib anda tuju.

tempat makan romantis melaka
Imej via Foursquare

Makaron di kafe ini merupakan antara hidangan yang terenak. Anda boleh cuba makaron Gula Melaka mereka. Untuk minuman pula, kami cadangkan agar anda cuba Mr. Owl Iced Latte, minuman yang menyajikan latte bersama kiub ais berbentuk burung hantu. Sangat unik!

#8 Bistro Year 1673

Alamat: 18, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hri, 12 pm – 12 am

Ruang restoran ini kelihatan kecil, namun ianya merupakan antara tempat makan romantik di melaka yang kerap dikunjungi ramai. Suasana kafe yang ala-ala kafe lama ini serta kebersihan kafenya merupakan antara faktor ianya begitu terkenal.

tempat makan romantik melaka
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan menu Barat. Anda boleh cuba 673 Signature Grilled Chicken with Black Pepper Sauce, menu istimewa yang terlaris di sini. Burger mereka juga turut mendapat sambutan yang hangat.

#9 Relish The Moment

Alamat: 100, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Imej via Foursquare

Ingin bersarapan bersama pasangan di kafe yang cantik dan selesa? Relish The Moment merupakan antara kafe yang sesuai untuk tujuan itu Kafe ini terletak di Jalan kampung Pantai dan lokasinya agak strategik.

Walaupun baharu sahaja beroperasi beberapa tahun lepas, kafe ini mendapat sambutan yang hangat dari ramai. Menu di sini berasaskan makanan Barat. Anda boleh cuba kek keju dan kopi jenis latte, pasti sedap!

#10 Limau-limau Cafe

Alamat: 9, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka

Sebut sahaj tentang tempat makan romantis, pasti anda membayangkan tempat makan yang selesa suasananya. Limau-limau Cafe merupakan antara tempat makan di Melaka yang cukup dipuji tentang keselesaannya di sampin aneka jenis hidangan yang sedap.

Imej via Foursquare

Menu sarapan di sini memang cukup terkenal. Susu kocak serta sandwich merupakan jenis hidangan yang wajib anda cuba. Tuna Bread with Cheese Melt ialah antara menu yang mendapat pujian dari ramai, rugi tak rasa!

#11 Al Dente Restaurant

Alamat: No. 30 & 32, Jalan MP 12, Taman Merdeka Permai, 75350 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Anda dan pasangan sukakan makanan Itali? Restoran Al-Dente merupakan antara restoran Itali yang wajib anda terjah untuk menikmati makanan Itali yang asli dan enak. Bukan itu sahaja, suasana restoran juga sangat romantis.

Imej via Foursquare

Menu di restoran ini didatangkan dengan set yang berbeza harganya, namun masih berpatutan. Menu setiap set termasuklah pasta, pizza dan pembuka selera. Yang penting, anda boleh menikmati makan malam secara candle light di sini, sangat romantik!

#12 Halia Inc.

Alaamt: 1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7.30 am – 11 pm

Jika anda berada sekitar Sungai melaka, singgah sahaja di kafe Haia Inc. ini untuk menjamu selera dalam susana yang santai dan romantis bersama pasangan and Kafe ini agak terkenal dan menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya agak strategik.

Imej via Foursquare

Pilihan makanan di sini memang berbagai. Anda boleh pesan pasta, pizza, makanan tempatan dan salad. Minuman kopi mereka juga berjaya menarik perhatian ramai. Yang penting, anda dapat menjamu selera sambil menikmati pemandangan sungai yang cantik.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan romantik di Melaka yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Tempat Makan Romantik di Shah Alam

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.