Mencari tempat makan romantik di Shah Alam?

Shah Alam memang ada banyak tempat makan. Jenis hidangan yang disajikan juga ada pelbagai genre, tidak hairanlah ianya sentiasa dibanjiri ramai orang terutamanya pada hujung minggu.

Ini termasuklah tempat makan romantik. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan romantik di Shah Alam dan sekitarnya. Teruskan membaca!

#1 BUCOLIC Cafe & Catering

Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 11 am – 8 pm manakala Jumaat-Sabtu 11 am – 9 pm

BUCOLIC Cafe & Catering ini merupakan salah satu tempat makan romantik di Shah Alam yang mendapat sambutan yang hangat. Terletak di Setia Alam, konsep dekorasi kafe ini cukup elegan.

Imej via Foursquare

Sebelum ke sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Makanan Barat di sini ada pelbagai. Anda boleh cuba The Dessert Platter yang menggabungkan pelbagai pencuci mulut dalam satu pinggan. Bolehlah berkongsi bersama teman anda!

#2 Laman Grill

Alamat: Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kami yakin pasti ramai pembaca mengenali Chef Zubir Masterchef, bukan? Laman Grill ini merupakan restoran milik beliau. Stik dan pencuci mulut di restoran ini mendapat pujian ramai.

Imej via Foursquare

Bagi yang ingin makan malam secara candle light, anda juga boleh membuat tempahan bersama pihak restoran sebelum ke sini. Ruang restoran yang luas dan selesa pasti akan membuatkan anda senang hati.

#3 La Belle Saison

Alamat: W, 13-G, Jalan Sungai Burung W 32/W, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11:30 am – 3 pm, 6:30 – 10 pm

Sebut sahaja tentang tempat makan romantis, semestinya anda akan terbayangkan kafe yang menyajikan hidangan yang bukan sahaja sedap, malah cantik persembahannya.

Imej via Foursquare

Di La Belle Saison, anda pasti akan berpuas hati dengan makanan di sini. Ianya sedap dan dihias dengan cantik, memang seronok melihatnya! Jenis makanan yang dihidangkan ialah makanan Barat dan menu istimewa mereka ialah stik.

#4 One Serambi Cafe

Alamat: G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9.30 am – 12 am manakala Jumaat 9.30 am – 1 pm, 3 pm – 12 am

Kafe hipster bukan sehaja menjadi tumpuan ramai untuk bergambar, malah ianya juga dapat dijadikan port tempat makan romantis disebabkan oleh dekorasi yang kebanyakannya minimal dan elegan.

Imej via Foursquare

One Serambi Cafe ialah salah satunya. Menu di sini berkonsepkan hidangan Barat, dan menu terlaris ialah aglio olio salmon. Isi ikan lembut serta pasta yang sedap membuatkan ramai menyukainya. Konsep kafe juga santai dan selesa.

#5 Signature by The Hill

Alamat: Sky Level, 1, First Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 12 am

Signature By The Hill @ the Roof ini sudah tidak asing lagi namanya. Pemandangan sekeliling yang cantik membuatkan restoran ini kerap disinggah ramai terutamanya di kalangan pasangan.

Imej via Foursquare

Makanan di sini dijamin sedap-sedap belaka. Persembahan pun sudah cantik, rasanya juga enak dan pasti akan buat anda tertarik. Jenis hidangan di sini ada berbagai – pencuci mulut, stik, makanan berat dan ringan, semuanya ada!

#6 Foodsbury Cafe

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis 12 – 10.30 pm, Jumaat 12 – 11 pm manakala Sabtu Ahad 12.30 – 11 pm

Nama kafe Foodsbury ini sudah tidak asing lagi di sekitar Shah Alam. Ianya merupakan salah satu kafe hipster yang agak popular di sini. Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh anda cuba.

Imej via Foursquare

Pasta, totilla,burger dan pencuci mulut merupakan antara jenis hidangannya. Yang penting dekorasi kafe yang cantik dan santai membuatkan ianya ideal untuk dijadikan tempat makan romantis.

#7 Senja Italian Restaurant

Alamat: The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jalan Lapangan Terbang SAAS, Saujana Resort, 40150, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6:30–10:30am, 12–2pm, 6:30–11:30pm

Makanan Itali sering disajikan di tempat makan romantik. Namun, untuk mencari yang betul-betul sedap agak susah. Jangan risau, Senja Italian Restaurant yang terletak di The Saujana Hotel Kuala Lumpur ini ada menyajikan hidangan Itali yang sedap.

Imej via Foursquare

Restoran ini berkonsepkan fine dining, jadi hiasan makanan di sini memang cantik. Yang penting, hiasan lampu yang indah serta dekorasi restoran yang elegan juga mampu membangkitkan suasana romantis, memang best!

#8 Tony Roma’s

Alamat: Setia City Mall Lot UG-29, Setia City Mall, 40170 Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 9.30 pm

Nama steakhouse ini sudah tidak asing lagi di Shah Alam. Tony Roma’s ini memang terkenal dengan pilihan hidangan stik yang sedap dan segar. Ulasan-ulasan positif di Internet jelas menunjukkan yang stik di sini memang berkualiti tinggi.

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, Tony Roma’s juga mempunyai konsep yang cukup santai dan selesa, sesuai jika anda ingin menikmati makan malam bersama pasangan anda. Pasti anda dan pasangan akan berpuas hati dengan stik di sini!

#9 Momento Cafe

Alamat: 39 Jalan Setia Indah X U13/X, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

“Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa” – salah satu ulasan yang jelas membuktikan Momento Cafe ini sangat sesuai disinggah oleh anda yang ingin menikmati hidangan bersama pasangan anda. Kafe ini mempunyai konsep yang ringkas dan santai.

Imej via Foursquare

Kopi merupakan minuman yang digemari ramai. Selain itu, kafe ini juga ada menyajikan menu lain seperti pasta, stik, pizza, ramen dan makanan berat lain yang menyelerakan.

#10 1986 Espresso Bar

Alamat: 10-1, Jln Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 8.30 am – 11 pm

Kafe 1986 Espresso Bar ini merupakan antara tempat makan romantis di Selangor yang terkenal. Konsep interior kafe ini moden dan dihiasi dengan lampu candelier yang elegan, jelas membangkitkan aura romantis.

Imej via Foursquare

Jenis makanan di sini juga ada berbagai dan berkonsepkan makanan Brata. Anda boleh cuba pasta dan pencuci mulut mereka, dijamin sedap!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan romantik di Shah Alam yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.