Tanjung Malim terletak di selatan Perak yang bersempadan dengan Negeri Selangor. Di sini juga terdapat institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan ramai pendidik di negara kita iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jom kita tengok tempat makan yang best di Tanjung Malim.

Jom kita lihat tempat makan Tanjung Malim yang menarik dicuba apabila berada di sini.

10 Tempat Makan Best Di Tanjung Malim

#1 Sarang Art Hub

Imej via foursquare

Sarang Art Hub merupakan sebuah restoran dengan ‘sarang’ seni. Ia dihias dengan gaya santai yang mempamerkan karya seni seperti lukisan, arca, dan graffiti. Hiasannya memang sangat menarik.

Dinding putihnya dipenuhi lukisan berwarna-warni dan ditambah pula dengan perabot dan kelengkapan pelbagai reka bentuk. Pelanggan yang datang dapat dipersembahkan dengan nyanyian dari kumpulan muzik pada setiap malam. Makanan yang dihidangkan pula dihias dengan penuh berseni tanpa mengurangkan kualiti makanannya.

Jadi, Sarang Art Hub menjadi pilihan ramai terutama anak muda untuk melepak. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dan berasa seronok di sini.

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (230pm – 1am)

Ditutup pada hari Khamis

 

#2  Gerai Nasi Lemak Haji Din

Imej via foursquare

Nasi lemak boleh dibeli di mana-mana di Malaysia. Tapi, jika penjualnya sudah menjual nasi lemaknya lebih 40 tahun, sudah tentulah ia amat istimewa. Gerai Nasi Lemak Haji Din berada di antara banyak gerai di Medan Selera Tanjung Malim yang terletak di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.

Ia sudah terkenal menyediakan pelbagai sarapan iaitu nasi lemak, mi, bihun goreng, dan aneka kuih-muih termasuk minuman. Gerai ini dibuka awal pagi dan kebiasaannya sudah pun kehabisan makanan lebih awal daripada waktu ia ditutup.

Alamat: Gerai 18, Medan Selera Tanjung Malim, Jalan Raja Itam, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (630am – 12pm)

 

#3 Kilang Roti Mokhtar (Roti Babu Abang Mokhtar @ Roti Babu Warisan)

Imej via foursquare

Baunya sahaja sudah membuatkan kita terliur. Makan roti yang masih panas, segar dari oven arang memang pengalaman yang menyeronokkan. Kilang roti yang menggunakan kaedah tradisional ini sudah bertahan berpuluh tahun lamanya.

Jadi, ramai pelanggannya yang merupakan pelanggan setia yang sudah memakannya sejak kecil. Mereka ada roti berinti klasik iaitu kelapa, kacang dan kaya. Roti-roti yang lain ialah bijan, krim, dan bantal. Roti berinti kelapa, kacang dan kaya dijual bermula jam 11:30 pagi, manakala yang lain pada pukul 12:15 tengah hari, 1 petang dan 1:15 petang.

Alamat: No. 1, Kampung Masjid Lama, Slim River, 35800 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1130am – 115am)

 

#4 Saudagar Sup Junior

Imej via foursquare

Resepinya sudah bertahan sejak 1988. Saudagar Sup Junior mengetengahkan masakan dari utara. Jadi, mereka bukanlah menjual aneka sup sahaja. Mereka turut menyediakan hidangan aneka mi dan Nasi Ayam. Namun, begitu, tidak dinafikan yang sup utara mereka merupakan menu terkenal dan istimewa mereka.

Restorannya ringkas dan bersih dengan tumpuan diberikan kepada kualiti makanan. Maka, tidak pelik bila rata-rata pelanggan memberikan rating yang tinggi kepada restoran ini.

Alamat: 21 – 27, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 11pm)

 

#5 TR Tom Yam House

Imej via foursquare

Biasanya, pelanggan yang datang ke sini adalah untuk makan shellout. Namun, mereka juga ada menyediakan aneka hidangan daripada udang galah dan ketam, Antara masakan untuk makanan laut di sini adalah Masak Butter, Masak Peda, Masak Cili Kering, dan Steam Loh Out.

Bagi yang mahu mengadakan majlis keraian, TR menyediakan dewan terbuka. Ruang parkir pula amat luas sehingga boleh menempatkan bas.

Alamat: Lot 3921, Mukim Slim, Daerah Muallim, 35800 Slim River

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 12am)

Makan tengah hari secara buffet (1030am – 230pm)

Ala carte shell out, Melayu Pattani, western (4pm – 12am)

 

#6 Andri Nasi Padang

Imej via foursquare

Makanannya sedap-sedap terutama ayam kampung goreng dan rendang. Itulah komen daripada ramai pelanggan Andri Nasi Padang. Jadi, mereka sanggup menunggu walaupun kedai belum dibuka.

Ia dibuka hanya bermula 130 petang dan akan ditutup sebelum waktu tutup jika makanan sudah habis. Dan biasanya, ia habis sejam sebelum waktu ia ditutup iaitu 430 petang. Jadi, siapa cepat, dia yang dapat!

Alamat: Jalan Slim, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (130pm – 430pm)

 

#7 Yik Mun Tanjung Malim Pau

Imej via foursquare

Ia antara lokasi makan-makan yang terkenal di Tanjung Malim. Yik Mun Tanjung Malim Pau terkenal dengan pau, kopi dan menu lain yang mesra Muslim. Jadi, jangan bimbang dengan status halalnya.

Yik Mun mengeluarkan kopi Hainan White Coffee sendiri yang mempunyai rasa yang sedap. Malah, ia dikatakan lebih sedap daripada yang boleh ditemui di tempat lain. Paunya pula datang dengan inti ayam, daging, kacang, dan kaya. Antara menu masakan lain yang terkenal di sini ialah mi kari, ayam goreng, dan Hainanese Chicken Chop.

Alamat: 1, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 9pm)

 

#8 Loveats

Imej via foursquare

Kepada peminat burger, jom datang ke Loveats. Mereka ada aneka pilihan burger daging, ayam, kambing, ikan dan sayur selain aneka sosej. Terdapat juga menu khas untuk kanak-kanak. Roti burger mereka berwarna hitam atau disebut sebagai Charcoal Buns.

Restoran ini kerap dikunjungi pelajar universiti kerana lokasinya yang berhampiran dengan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Loveats mendapat maklum balas positif dari para pelanggannya. Burger yang sedap, layanan yang baik dan suasana restoran yang ringkas dan kemas menjadi mata penting kenapa pelanggan menyukainya.

Alamat: No. 22, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (5pm – 11pm), ditutup pada hari Sabtu

 

#9 E Place

Imej via foursquare

Menu E Place amat pelbagai. Ini mungkin skor kemenangannya. Ia merangkumi masakan tempatan, Asia sampailah ke Barat. Di dalamnya juga ada makanan laut, steamboat, menu khas untuk pencinta sayur-sayuran dan menu khas untuk kanak-kanak.

Mungkin kerana pilihan makanan yang terlalu banyak, kualiti makanan juga pelbagai. Ada makanan yang mendapat pujian dan ada juga yang mengecewakan. Jadi, jika anda memilih menu yang pelbagai, jemput datang ke sini dan kongsi pengalaman anda.

Alamat: No. 15, Jalan Permai, Taman Ketoyong Permai, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (1130am – 1030pm)

Sabtu (330pm – 1130pm)

#10 Restoran Garden Seafood

Imej via foursquare

Restoran ini dikunjungi ramai pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama. Walaupun pemiliknya berbangsa Cina, namun status halal yang dimiliki restoran ini menyebabkan ia diserbu oleh pelanggan beragama Islam juga.

Menariknya adalah restoran ini dihias dengan barangan antik seperti gramofon, seterika lama, jam dan basikal tua. Restoran ini ada menyediakan makanan berasaskan daging rusa dan daging burung unta juga. Malah, turut disediakan menu khas untuk vegetarian.

Alamat: No. 7 & 8, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 1030pm)

 

Artikel Meanrik Lain

Jemput baca artikel menarik lain yang ditulis oleh kami. Jemput baca dan kongsi ya.

Penulis: anis

anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.