Mencari tempat makan di Cameron Highland? Cameron Highland adalah salah sebuah tempat peranginan yang menarik di Malaysia. Tempat ini sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Suasana yang sejuk dan pemandangan hijau yang memukau membuatkan anda pasti suka apabila berada di sini. Lebih-lebih lagi apabila menghirup udara segar di pagi hari yang nyaman.Ia pasti akan membuatkan anda lupa sebentar kesibukkan di bandar.

Jadi, di sini kami senaraikan tempat makan di Cameron Highland yang boleh anda singgah jika berpeluang melancong ke sini. Teruskan membaca ya!

#1 Cameron Bharat Tea Valley

Alamat: 34, Mile Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 6 petang manakala Jumaat – Ahad 8 pagi – 7 malam

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Jika anda mencari teh yang sedap dan menarik di Cameron Highland, Cameron Bharat Tea Valley mungkin tempatnya. Anda boleh menikmati kek dan teh sambil melihat pemandangan ladang teh yang begitu mengasyikkan.

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Tempat ini sangat sesuai jika anda ingin merasai pengalaman ala-ala ‘English breakfast’. Pelbagai menu dapat anda cuba di sini, seperti kek dan scone yang sedap-sedap belaka.

Apa salahnya jika anda bertukar selera ke arah ‘English breakfast’, bukan? Scone di sini memang laku keras. Rasanya lebih sedap jika disaluti bersama mentega dan jem strawberi – hidangan sarapan atau minum petang yang cukup sempurna!

#2 Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill

Alamat: 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 8 pagi – 12 tengah malam

Teringin menikmati steamboat? Jangan risau, anda boleh singgah sebuah restoran steamboat ini – Abang Strawberry Steamboat & Grill yang juga salah sebuah restoran yang terbaik sekitar Tanah Rata.

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Ada aneka jenis lauk yang boleh anda pilih. Untuk makanan laut ada lala, udang, sotong, dan banyak lagi. Kami sarankan anda pilih ayam dan daging kambing mereka yang diperap dengan sempurna.

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Untuk hidangan berat yang lain, anda boleh cuba Nasi Lemak mereka. Yang menariknya, nasinya berwarna hijau. Lauk yang terlaris ialah ayam goreng berempah, dijamin enak!

#3 The Lord’s Cafe

Alamat: Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 pagi – 6 petang

Kafe ini cukup sesuai untuk anda singgah untuk bersarapan atau minum petang. Menghidangkan pencuci mulut yang cukup berbagai, suasana kafe ini juga sangat santai.

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Sambil anda meluangkan masa bersama keluarga, cubalah kek dan skon di sini. Antara kek yang wajib anda cuba ialah kek keju strawberi mereka. Manis dan kaya dengan keju namun tidak memuakkan!

Selain itu, Strawberry Crepe dan Banana Crepe juga wajib anda cuba. Sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi atau teh semasa minum petang!

#4 Al Raudhah Arabian Food

Alamat: 12, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengahari – 9 malam

Jika anda mencari nasi arab di Tanah Rata ini, Al Raudhah Arabian Food mungkin sesuai dengan selera anda. Restoran ini terkenal dengan masakan masakan Kabsahnya.

Pendek kata, ianya merupakan salah satu tempat makanan untuk masakan Arab tersedap di Cameron Highland. Ada berbagai jenis makanan Arab yang disediakan di sini.

tempat makan cameron highland

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda nikmati di sini ialah Lamb Kabsah, Royal Arabian, Shawarma dan Hummos. Untuk minuman pula, Arabian Tea memang wajib anda pesan, dijamin sedap!

#5 Ferm Nyonya

Alamat: 8A-D, Persiaran Camelia 4, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari,  11 pagi – 3.30 petang dan dibuka semula 5.30 petang – 10 malam

Dari nama restoran ini sahaja pasti anda sudah boleh teka makanan apa yang disediakan di sini – semestinya makanan Babab & Nyonya! Selain itu, makanan Barat dan tempatan juga boleh didapati di sini.

steamboat @ ferm nyonya

Imej via Foursquare

Sukakan steamboat? Anda juga boleh menikmati steamboat di restoran ini. Ada beberapa lauk yang disediakan, seperti ayam dan daging. Makanan laut juga tidak ketinggalan.

#6 Restoran Sri Brinchang

Alamat: 25, Main Road Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 12 tengah malam

Restoran Sri Brinchang ini bukan sebarang restoran mamak. Merupakan antara restoran mamak yang terkenal di Tanah Rata, makanan yang disediakan di sini dikatakan sedap-sedap.

Kami sarankan agar anda cuba Cheese Naan mereka. Ramai pelanggan memuji rasanya yang sangat sedap dan kejunya yang banyak, memang sesuai buat peminat tegar keju!

briyani

Imej via Foursquare

Untuk makanan berat pula, Nasi Beriani bersama lauk-pauk seperti ayam goreng, kambing dan ayam Tandoori menjadi pilihan ramai.

#7 Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pagi – 11.30 malam

Tercari-cari medan selera yang menyajikan pelbagai jenis menu? Di Medan Selera Tanah Rata ini terdapat pelbagai jenis masakan anda boleh cuba. Dijamin cocok dengan citarasa anda!

makan @ medan selera tanah rata

Imej via Foursquare

Dari menu sarapan, makanan tengahari ke makan malam, semuanya ada. Singgah sahaja di mana-mana gerai yang anda berkenan, atau lebih baik, pesan sahaja makanan dari pelbagai gerai. Lebih meriah!

#8 Restoran Rasa Sayang

Alamat: No 12 Marigold Square, Jalan Besar, 59, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi -12 tengah malam

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan panas. Semestinya nasi goreng di sini menjadi pilihan ramai, dan dimakan bersama menu-menu lain.

makan @ rasa sayang

Imej via Foursquare

Harga makanan yang murah dan rasanya yang sedap menjadi punca utama restoran ini kerap dikunjungi pelanggan. Kami yakin anda juga akan berpuas hati jika anda ke restoran ini!

#9 Orchid Food Court Tanah Rata

Alamat: Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 12 tengah malam

Satu lagi medan selera yang wajib anda singgah ialah Orchid Food Court. Medan selera ini mempunyai pelbagai gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan

nasi berlauk

Imej via Foursquare

Ada yang menyediakan nasi ayam, nasi berlauk, capati, steamboat dan banyak lagi. Jika anda pesan makanan dari pelbagai jenis gerai, pasti lebih lazat!

#10 Anjer’s Corner

Alamat: Jalan Besar Tanah Rata Brinchang,Simpang Sungai Ruil, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 petang – 12 tengah malam

Sukakan hidangan shell-out? Restoran Anjer’s Corner ini wajib anda terjah untuk hidangan tersebut! Makanan laut yang disediakan juga ada banyak.

burger @ anjer corner

Imej via Foursquare

Burger mereka juga tidak kurang hebatnya. Saiznya yang besar ala-ala ‘tower burger’ dan sosnya yang banjir memang cukup lazat lagi mengenyangkan!

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan di Cameron Highland yang boleh anda lawati. Sambil bercuti, tidak salah jika anda isi perut dengan makanan yang enak-enak di sini.

Jadi, singgah sahaja di tempat makan yang kami cadangkan jika berpeluang. Anda juga dinasihatkan untuk datang pada waktu yang sesuai supaya tidak berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran nanti.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.