Senawang terletak di Negeri Sembilan, hanya 7km jaraknya dari Seremban. Sekiranya anda bercuti ke Seremban, bolehlah lajak berjalan ke Senawang dan singgah ke tempat makan best yang terdapat di Senawang.

Jom kita tengok senarai tempat makan best di Senawang ini.

10 Tempat Makan Senawang wajib Try

#1 Dapur Berasap

Imej via foursquare

Dapur Berasap menghidangkan masakan barat dengan harga mampu beli. Walaupun begitu, makanan yang dihidangkan tetap lazat, banyak dan semestinya menjadi pilihan ramai. Antara menu paling laris ialah Chicken Chop dan Lamb Chop. Chicken Chop dijual pada harga RM5 dan Lamb Chop pada harga RM11.50 sahaja. Dapur Berasap turut menyediakan menu yang lain seperti Nasi Kambing pada harga RM11.50. Ia juga merupakan menu paling laris di Dapur Berasap.

Alamat: 6, Jalan Taman Komersil Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (6pm – 11pm), ditutup pada hari Ahad

 

#2 Doll Restaurant

Imej via foursquare

Pelanggan biasanya datang ke sini untuk makan Tom Yam bersama-sama dengan pelbagai lagi hidangan yang ada dalam menu mereka. Antaranya siakap stim limau dan sotong goreng tepung.

Ruang kedainya berinspirasikan senibina Melayu. Suasana di dalamnya luas, selesa dan santai. Jadi, tempat ini menjadi pilihan pelanggan yang datang makan bersama-sama keluarga atau dalam kumpulan. Aneka hidangan dalam menu juga menjadi sebab mengapa kedatangan dalam kumpulan menjadi pilihan.

Alamat: Jalan Senawang, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 12pm)

 

#3 Restoran Haslinda Sim Abdullah

Imej via foursquare

Rating restoran ini agak tinggi di kalangan para pelanggannya. Jika anda mahukan masakan Cina yang halal, jemput datang ke sini. Masakannya sedap walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah pelanggan. Bagi pelanggan yang lain pula, ia adalah restoran yang boleh menjadi pilihan ramai.

Alamat: No.8, Jalan Senawang 2, Kawasan Perusahaan Senawang, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

 

#4 Nasi Lemak Senawang

Imej via foursquare

Walaupun nasi lemak biasanya dimakan sebagai sarapan, tapi di sini nasi lemak dihidangkan bermula petang sehingga tengah malam.

Nasi lemak datang dengan aneka pilihan lauk seperti ayam goreng, sambal paru, sambal udang dan rendang. Minuman teh Tarik leleh mereka pula kerap mendapat pujian pelanggan. Selain nasi lemak, mereka juga ada masakan lain. Tapi, kerana nasi lemaknya menjadi keistimewaan mereka, jadi pelanggan yang datang ke sini biasanya kerana mahu makan nasi lemak.

Alamat: D’Cattleya, G-9 Persada Cattleya 2, 70450 Senawang

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 12am)

 

#5 Nasi Arab Damsyik

Imej via foursquare

Peminat masakan Timur Tengah dijemput datang ke restoran ini. Makanan yang dihidangkan adalah dalam kuantiti yang besar, sedap tapi pada harga yang berpatutan.

Restorannya pula cukup luas, bersih dan selesa. Terdapat juga ruang meletak kereta berbayar bagi kemudahan pelanggan. Restoran Nasi Arab Damsyik mendapat sambutan yang baik di kalangan pelanggannya. Mereka tampak berpuas hati dengan apa jua menu yang dipesan.

Alamat: Jalan Paroi, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Sabtu – Isnin (11am – 11pm)

Rabu – Khamis (11am – 11pm)

Jumaat (2pm – 11pm)

Ditutup pada hari Selasa

 

#6 Restoran Mohammad Raffi

Imej via foursquare

Aneka roti, ikan bakar, sup kambing, tom yam dan burger adalah antara masakan yang anda boleh dapati di sini. Menunya biasa-biasa tapi kualiti makanannya bagus walaupun anda hanya memesan nasi goreng.

Hiasan kedainya juga biasa-biasa tapi cukup selesa untuk menikmati hidangan anda. Kerana ia dibuka selama 24 jam, jadi anda boleh datang pada bila-bila masa. Restoran Mohammad Raffi turut menyediakan perkhidmatan katering. Hubungi mereka di 012-3393428 untuk tempahan.

Alamat: No. 79, Jalan MSJ 4, Medan Perniagaan Senawang Jaya, Fasa 2, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

 

#7 Mama One Stop Bakery & Café

Imej via foursquare

Ruang makan restorannya luas dengan susunan meja makan yang bagus dan memberi keselesaan. Pokok-pokok hiasan menambah damai pelanggan yang datang makan di sini.

Pengunjung dihidangkan dengan makanan tempatan seperti pelbagai jenis nasi dan mi serta aneka pilihan kek dan kuih-muih tradisional. Mama One Stop Bakery & Café adalah pilihan bagi mereka yang sukakan donut. Ada pelanggan yang menyamakan donut mereka dengan donut berjenama terkenal tapi dapat dibeli dengan harga yang lebih murah di sini.

Alamat: Kampung Sentosa, 70400 Seremban

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8am – 7pm), ditutup pada hari Isnin

 

#8 Sate Tulang

Imej via foursquare

Daging yang lembut dan kuah kacang yang sedap merupakan ciri-ciri sate yang bagus. Biasanya, ia membuatkan pelanggan sanggup menunggu lama untuk menunggu giliran mereka.

Itulah yang anda perolehi di Sate Tulang Jelebu walaupun Sate Tulang menggunakan bahagian ayam yang bertulang untuk sate mereka. Tapi, pelanggan menyukainya kerana ia memberi pengalaman sedikit berbeza daripada semasa makan sate yang dihasilkan daripada isi atau dagingnya.

Alamat: 101, Jalan Taman Komersil Senawang 4, Taman Komersil Senawang, 70400 Senawang

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 1215am)

 

#9 Restoran Bayu Village

Imej via foursquare

Ia dikatakan antara restoran makanan laut yang terbaik. Apa jua yang anda pesan memberi kepuasan kepada anda. Pelanggan rata-rata bersetuju yang makanannya lazat walaupun harganya agak mahal bagi sesetengah orang. Ruang makannya luas, ringkas, terbuka dan santai.

Cuma masalahnya, nyamuk kadang-kadang mengganggu. Tapi ini bukan halangan kepada ramai pelanggannya untuk makan di sini.

Alamat: Taman Kiambang Indah, Jalan Paroi – Senawang, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 1am)

 

#10 Koffeekabin by Umai Kopitiam

Imej via foursquare

Nikmati kopi yang sedap di sini dengan menu masakan Malaysia dan barat yang sama hebat kualitinya. Jadi, ia ada banyak pilihan makanan.

Harganya pula berpatutan walaupun untuk seorang pelajar. Layanan yang diberikan setakat ini tidak mengecewakan. Restorannya dihias agar memberi keselesaan dan santai kepada para pelanggan yang menikmati hidangan. Cuma, lampunya yang agak suram mungkin bukan untuk semua orang.

Alamat: No. 435, Jalan Pusat, Jalan Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1030am – 1030pm), ditutup pada hari Jumaat

 

Artikel Menarik Lain

Anda suka yang mana? Selain tempat makan Senawang, ada artikel tempat makan meanrik wajib anda cuba. Jemput baca ya. Jangan lupa share dan komen ya.

Penulis: anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.