Mencari restoran ikan bakar di Port Dickson?

Port Dickson merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang sangat terkenal dengan tarikan pelancongan yang menarik. Tidak hairanlah bandar pantai ini kerap dikunjungi ramai walaupun semasa hari minggu.

Semestinya ikan bakar merupakan menu yang wajib anda cuba jika ke sini. Jadi, berikut kami senaraikan 8 restoran ikan bakar di PD untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Alamat: Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ini merupakan antara restoran ikan bakar di Port Dickson yang cukup terkenal. Sebut sahaja namanya kepada penduduk di sini, pasti mereka tahu restoran yang anda maksudkan.

Imej via Foursquare

Ada beraneka jenis makanan laut berkualiti tinggi yang boleh anda pilih. Antara yang boleh didapati ialah udang, sotong, ketam, lala dan beraneka jenis ikan.

Cara masakan juga boleh dipilih, jadi pesan sahaja cara masakan yang anda suka. Servis dan kebersihan restoran juga dijamin terbaik, memang rugi jika anda tak singgah di sini!

#2 Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson

Alamat: Jalan Seremban, Batu 1, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 1 am

Medan selera yang beroperasi sejak tahun 2010 ini juga merupakan antara medan selera yang popular dengan gerai ikan bakar yang sedap-sedap. Terletak di Jalan Seremban, medan selera ini dibuka seawal jam 5 petang.

ikan bakar port dickson
Imej via Foursquare

Ada 4 jenis gerai ikan bakar yang anda boleh serbu. Jenis ikan bakar di sini juga berbagai dan semestinya ianya segar dan berkualiti tinggi. Aroma ikan bakar yang harum pasti boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur!

#3 Samudra Ikan Bakar

Alamat: Kampung Gelam, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 5:00 pm- 12:00 am

Restoran Samudra Ikan Bakar yang terletak di Kampung Gelam ini sentiasa diserbu ramai pelanggan yang ingin menikmati makanan laut yang sedap dan berbagai.

Pilih sahaja makanan laut yang anda ahu, pasti semuanya ada. Kesegarannya terbukti kerana kualiti makanan laut di sini memang bagus. Cara masakan juga boleh dipilih.

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, udang butter, lala masak pedas dan banyak lagi. Harganya berpatutan dengan kualiti masakan yang ditawarkan, sangat berbaloi!

#4 Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Alamat: Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Satu lagi restoran ikan bakar di Port Dickson yang sentiasa diterjah orang ramai ialah Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Bakar. Restoran ini merupakan antara restoran yang top di PD.

ikan bakar port dickson
Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah ikan bakar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Sotong goreng tepung ini juga digemari kerana saiz sotong yang besar, rugi jika anda tak cuba.

#5 Embok Village Steamboat & Seafood

Alamat: Batu 2 1/2 Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12.15 am

Penggemar makanan laut semestinya mahu singgah di restoran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut, Restoran Embok Village Steamboat & Seafood merupakan antara restoran ikan bakar yang pasti akan membuatkan anda teruja.

ikan bakar port dickson
Imej via Foursquare

Hal ini demikian kerana restoran ini mempunyai pelbagai pilihan makanan laut dan ini termasuklah ikan bakar yang sangat laris. Selain itu, Coconut Shake di sini juga turut dipuji ramai. Ianya manis dan menyegarkan tekak.

#6 Warung Salai

Alamat: Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 7 pm

Alang-alang singgah di PD, kami sarankan agar anda cuba masakan Negeri Sembilan yang pasti kena dengan citarasa anda. Untuk itu, singgahlah di Warung Salai ada menyajikan hidangan Negeri Sembilan yang asli ini.

ikan bakar port dickson
Imej via Foursquare

Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan masakan kampung, malah ikan bakar salai mereka juga turut menjadi rebutan ramai. Dihidangkan bersama sambal yang secukup rasa, ikan bakar di sini sememangnya menyelerakan!

#7 Restoran Warinee Tomyam

Alamat: Jalan Pandai 1013, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 3 pm, 5:30 – 10 pm

Ingin menikmati hidangan Thai? Anda wajib singgah di Restoran Warinee Tomyam yang terletak di Kampung Bahasa Kapor di Port Dickson ini. Mereka ada menyajikan hidangan Thai yang asli dan kena dengan citarasa ramai.

Imej via Foursquare

Semestinya ikan bakar juga turut disediakan, dan ada juga boleh pesan hidangan lain dalam bentuk set. Menu yang wajib anda cuba ialah ayam pandan, siakap stim limau, tomyam dan pulut mangga. Dijamin enak tak terkata!

#8 Restoran Pantai Ria

Alamat: Jalan Pantai, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.20 am – 11 pm

Restoran Pantai Ria ini merupakan restoran Cina-Muslim yang menyajikan makanan laut yang enak, segar dan halal. Semestinya kebanyakan hidangan ini berkonsepkan selera Cina, dan kami berani jamin semuanya sedap-sedap belaka.

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah siakap bakar, Nyonya Steamed Siakap, Salted Egg Butter Crab, Nestum Prawn dan Salted Egg Squid. Jangan lupa pesan sayur kangkung belacan mereka, lebih berganda kelazatannya.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Port Dickson yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.