Mencari kafe di Seremban?

Seremban mempunyai banyak tempat makan menarik. Baik restoran, warung mahupun kafe moden, semuanya ada dan berbagai selera. Jika anda melancong ke sini, memang tidak sah jika tidak food hunting sekitar sini.

Kafe moden di sini juga semakin bertambah. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 kafe di Seremban yang terkini untuk anda terokai. Teruskan membaca.

#1 The Muffin House

Alamat: 277, Jalan S2 B12, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 am – 8 pm

The Muffin House adalah salah satu kafe di Seremban yang pasti disinggah oleh pencinta kopi dan kafe moden. Kafe ini juga menyediakan kek, roti dan pastri yang cukup menggamit selera.

the muffin house kafe di seremban
Imej via Instagram

Untuk kopi, anda boleh cuba rose latte dan capuccino. Kopi di sini mendapat pujian ramai, tidak terlalu manis namun tetap sedap. Menu lain seperti salted egg croissant dan fish and chips merupakan antara yang kerap dipesan. Untuk sarapan, jangan lupa untuk mencuba Big Breakfast yang bersaiz besar dan mengenyangkan.

#2 W Cafe Dining

Alamat: Pusat Dagangan, 46, Jalan S2 B16, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Khamis 10 am – 9 pm, Jumaat – Ahad 9 am – 10 pm

W Cafe Dining menyediakan sajian Barat. Kafe yang menerapkan konsep interior moden ini juga memang menjadi buruan penggemar kafe hipster, jadi tak sah jika anda tak singgah menjamu selera sambil bersantai di sini.

kafe seremban w cafe dining
Imej via Instagram

Sourdough pizza adalah menu yang wajib anda cuba. Piza buatan sendiri ini mempunyai topping yang berbagai. Antaranya ialah Sriracha Roast Beef, Tropicana, Margherita dan Hawaiian. Untuk minuman pula, mereka menyediakan kopi, teh dan matcha.

#3 N9 Container Cafe

Alamat: 99, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 5 – 11 pm

Mula beroperasi sejak tahun 2015, nama kafe kontena ini sudah tidak asing lagi buat peminat kafe hipster di Seremban. N9 Container Cafe menyediakan makanan Barat yang kena dengan citarasa ramai.

n9 container cafe kafe seremban
Imej via Instagram

Hidangan berat, snek, salad, pasta dan pencuci mulut boleh didapati di sini. Ramai pelanggan memuji saiz hidangan yang besar di samping harganya yang berpatutan. Dekorasi kafe yang cantik juga merupakan antara punca kafe ini menjadi tumpuan ramai.

#4 Bungaa & Gula Seremban 2

Alamat: 86, Jalan Haruan 4/1, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11 am – 7 pm

Jika anda cari “kafe seremban” di aplikasi Tiktok, pasti kafe Bungaa & Gula Seremban ini tersenarai dalam hasil carian. Tidak dinafikan, ianya merupakan antara kafe di Seremban yang cukup popular.

bunga gula seremban kafe
Imej via Foursquare

Sekali imbas, kafe ini kelihatan seperti kafe Inggeris yang memang cantik. Pasta dan pencuci mulut merupakan antara jenis menu yang laku keras. Kek mereka juga dibuat sendiri, satu bonus untuk pencinta kek. Jangan lupa untuk cuba hidangan seperti Biscoff Madness Swiss Roll, kek pandan gula melaka dan salted egg seafood pasta.

#5 Hutan Nursery Cafe

Alamat: 957, Jalan Labu, batu 5, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 4 – 11 pm

Ingin menjamu selera di kafe yang bukan sahaja menyediakan hidangan yang berbagai, malah santai suasananya? Singgah sahaja di Hutan Nursery Cafe. Di sekelilingnya, terdapat banyak bunga dan tanaman yang cukup cantik, sesuai disinggah bagi yang suka bergambar.

hutan nursery seremban
Imej via Instagram

Selera Asia adalah jenis sajian yang disediakan di kafe ini. Hawaiian fried rice adalah jenis nasi goreng yang mencuri hati ramai. Secukup rasa dan cukup mengeyangkan kerana saiz hidangannya memang besar.

#6 Vanilla Cafe

Alamat: 132, Jln S2 B21, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Kafe comel ini juga merupakan antara kafe moden yang wajib anda singgah jika berada di Seremban – Vanilla Cafe. Dekorasi yang comel, minimal dan santai membuatkan kafe ini sentiasa menjadi pilihan ramai.

vanilla cafe seremban
Imej via Instagram

Kek merupakan jenis hidangan yang popular di sini. Kek butterscotch, vintage sponge, pavlova dan medovik merupakan antara yang terlaris. Kebersihan kafe yang terjaminserta interior yang ala-ala kafe di Paris merupakan antara tarikan istimewa di sini. Tak sah jika tidak bergambar!

#7 HIPcafe

Alamat: 11, 3P Pusat Perniagaan Paroi, Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 4- 10 pm (manakala Jumaat dan Sabtu 4 pm – 12 am)

“Menghubungkan orang ramai melalui makanan dan kopi yang enak di Negeri Sembilan” – ini adalah moto utama HIPcafe. Sememangnya, kafe yang terletak di Taman Paroi Jaya ini mencapai moto mereka kerana ianya bukan sahaja menyediakan sajian yang enak, malah ramai pelanggan selesa bersantai di sini.

hipcafe seremban
Imej via Instagram

Pasta, hidangan bergoreng dan snek adalah antara jenis hidangan yang boleh didapati. Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Creamy Seafood Tomyam dan Butter Chicken Rice adalah antara menu yang dijamin enak.

#8 Daun Hijau Cafe

Alamat:  Jln S2 B15, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 11 pm

Daun Hijau Cafe ini pula merupakan kafe yang menyediakan santapan Barat dan Asia. Kepelbagaian menu yang disediakan merupakan antara faktor kafe ini sentiasa disinggah oleh penduduk di sini.

daun hijau cafe seremban
Imej via Instagram

Bagi yang datang beramai-ramai, anda boleh pesan hidangan set seperti Special Set yang berharga RM 159.90 untuk 4 orang. Untuk set ini, anda akan disajikan dengan sajian seperti cheesy wedges, fish and chip, nasi goreng, pasta, lamb chop, bebola daging dan coleslaw.

#9 Heirloom155

Alamat: 155, Jalan Seng Meng Lee, Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Rabu – Ahad, 10 am – 6 pm

Ada penggemar pastri buatan sendiri? Anda wajib singgah di kafe Heirloom155 jika anda berada di Seremban. Kafe ini terkenal dengan pastri dan kopi yang disediakan. Suasana kafe juga memang tenang.

heirloom155 seremban
Imej via Instagram

Antara pastri yang boleh dicuba ialah Thai basil sourdough roll, Canelé, Lemon Madeleine dan bagel. Untuk makluman, kafe ini terletak di kawasan perumahan, jadi sebolehnya gunalah aplikasi Waze di pautan ini jika anda ingin ke sini.

#10 2nd Space

Alamat: 294, Jalan Tan Sri Manikavasagam, Taman Saga, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad, 11 am – 5 pm

Kafe 2nd Space yang terletak di Taman Saga ini boleh diakatakan sebagai satu hidden gem di Seremban. Konsep interior yang minimal membuatkan kafe ini sesuai disinggah untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil menjamu selera.

2nd space seremban
Imej via Instagram

Kopi yang dibru segar adalah keistimewaan utama kafe ini. Pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya, antara yang wajib anda cuba ialah chiffon cake yang berbagai jenis. Lembut dan manis, memang sesuai dinikmati bersama kopi di sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa kafe di Seremban yang ingin anda singgah? Semua kafe yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi lawatilah yang mana yang anda berkesempatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.