Pak Li Kopitiam – bagi yang tidak pernah terdengar nama restoran yang terletak di Seksyen 13 ini, pasti anda terfikir yang ianya merupakan kopitiam biasa, bukan? Tekaan anda salah!

Restoran yang mula beroperasi lebih 30 tahun ini merupakan antara restoran yang paling popular di Shah Alam. Jika anda baca ulasan tentangnya di Internet, kebanyakannya positif-positif belaka.

pak li kopitiam

Imej via Foursquare

Wah, nampaknya bukan calang-calang restoran! Agak-agak apa yang membuatkan Pak Li Kopitiam begitu istimewa di hati para pelanggannya? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Nasi Ayam Lemon, Hidangan Kegemaran Ramai

Restoran ini memang menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan. Bukan satu perkara yang mengejutkan jika anda rambang mata, kerana menunya memang berbagai!

nasi ayam lemon @ pak li kopitiam

Imej via Foursquare

Namun, dalam banyak-banyak menu, ada satu menu yang cukup laris di sini – Nasi Ayam Lemon! Kedengaran biasa-biasa sahaja, namun bagi yang pernah mencubanya, keenakkannya memang luar biasa!

Keistimewaan utama semestinya terletak pada ayamnya. Isinya yang lembut namun tidak lembik di luarnya, dilengkapi dengan kuah lemon yang masam-masam manis, cukup lazat!

Katong Laksa, Laksa Yang Kaya Dengan Rasa

laksa katong

Imej via Foursquare

Pernah terdengar tentang Laksa Katong? Laksa Katong ini merupakan laksa lemak yang berasal dari daerah Katong di Singapura. Jika anda teringin untuk mencubanya, Pak Li Kopitiam ada menyediakannya.

laksa katong @ pak li kopitiam

Imej via Foursquare

Hidangan ini juga merupakan antara hidangan yang terlaris di sini. Ramai pelanggan memuji kuahnya yang berlemak dan rasanya yang persis dengan Laksa Katong di Singapura.

Menu ini disajikan bersama udang, telur rebus dan tauhu goreng. Saiz hidangannya juga besar, jadi keenakkannya semestinya berganda!

Nasi Lemak Pak Li Special, Seistimewa Namanya

Bila ada perkataan ‘special’ sahaja pada sesebuah menu, semestinya ianya lain daripada yang lain, bukan? Yang pasti, hidangan itu seharusnya lebih sedap dari yang biasa.

Macam menu sarapan ini iaitu Nasi Lemak Pak Li Special, ianya merupakan antara menu sarapan paling ‘top’ di samping Nasi Lemak Kari Ayam dan Nasi Lemak Rendang Ayam.

nasi lemak pak li special

Imej via Foursquare

Hidangan ini menyajikan nasi lemak bersama kari ayam, telur rebus, hirisan timun, serunding, ikan bilis dan sambal udang. Lauk tambahan untuk menu ini semestinya menggandakan keenakannya.

Banyak Lagi

kuey tiaw @ pak li kopitiam

Imej via Foursquare

Teringin untuk menikmati makanan berat yang lain? Cubalah Hokkien Kuay Teow Goreng, Hainanese Chicken Chop dan Golden Fried Rice. Menu-menu ini juga tidak kurang hebatnya, sentiasa saja menjadi pesanan ramai.

dessert @ pak li kopitiam

Imej via Foursquare

Untuk pencuci mulut pula, cendol juga turut disediakan. Ada Ice Cendol, Snowy Ice Durian Cendol dan Snowy Ice Kacang Merah. Jika dinikmati semasa cuaca panas-panas, pasti menyegarkan tekak!

Kesimpulan

Sebenarnya, ada banyak lagi menu yang sedap-sedap yang boleh anda cuba di restoran ini. Jika kami senaraikan kesemuanya, pasti tak akan habis. Jadi, anda kena cuba sendiri!

Kami yakin pasti ramai sudah tidak sabar-sabar mahu menikmati menu di sini, bukan? Singgah sahaja sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: 2, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad- Khamis bermula dari jam 9 pagi – 11 malam manakala Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 9 pagi – 12 tengah malam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.